Diskografi Twice

From Wikipedia, the free encyclopedia

Diskografi Twice

Kumpulan wanita Korea Selatan, Twice telah mengeluarkan lapan album studio, tiga belas album mini (EP), satu album studio keluaran semula, tiga album mini keluaran semula, empat album kompilasi, satu album mini kompilasi dan satu album remix.

Fakta Segera Album studio, Keluaran semula album studio ...
Diskografi Twice
Thumb
Twice pada bulan Julai 2018
Album studio8
Keluaran semula album studio1
EP13
Keluaran semula EP3
Album kompilasi4
EP kompilasi1
Album remix1
Tutup

Dibentuk oleh JYP Entertainment pada tahun 2015 melalui rancangan realiti, Sixteen, Twice membuat kemunculan pertama pada bulan Oktober 2015 menerusi album mini pertama mereka, The Story Begins. Album mini kedua Twice, Page Two telah dikeluarkan pada bulan April 2016. Pada bulan Oktober 2016, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka, Twicecoaster: Lane 1. Album mini ini menjadi salah satu album terlaris oleh kumpulan wanita dalam sejarah Gaon Album Chart, dengan lebih 475,000 salinan terjual.[1] Perilisan semulanya, Twicecoaster: Lane 2 telah dikeluarkan pada bulan Februari 2017 dan album mini keempat kumpulan ini, Signal kemudian dikeluarkan pada bulan Mei. Pada bulan Oktober, album studio sulung mereka, Twicetagram dan single utamanya muncul di nombor satu dalam carta Billboard World Albums dan carta World Digital Song Sales, masing-masing, menjadi artis Korea wanita pertama yang mengungguli kedua-dua carta secara serentak.[2] Album itu kemudiannya dikeluarkan semula sebagai Merry & Happy pada bulan Disember. Tiga perilisan terdahulu menjadi tiga teratas album terlaris oleh kumpulan wanita pada tahun 2017.[3]

Pada 2018, kumpulan ini mengeluarkan album mini kelima mereka, What Is Love? pada bulan April dan telah dikeluarkan semula sebagai Summer Nights pada bulan Julai. Yes or Yes, album mini keenam mereka, diikuti pada bulan November, dengan keluaran semula bertajuk The Year of "Yes" pada bulan Disember. Kumpulan ini mengekalkan status kumpulan wanita terbaik mereka tahun ini.[4] Menjual lebih 250,000 salinan, What Is Love?, Summer Nights dan Yes or Yes masing-masing memperoleh pengiktirafan platinum daripada Persatuan Kandungan Muzik Korea (KMCA).

Pada tahun 2019, album mini ketujuh dan kelapan kumpulan ini, Fancy You dan Feel Special, masing-masing dikeluarkan pada bulan April dan September. Pada tahun 2020, album mini kesembilan kumpulan ini, More & More telah diperakui 2× platinum oleh KMCA dan memasuki Billboard 200. Album studio Korea kedua Twice, Eyes Wide Open, turut mencatatkan carta di Billboard 200.

Pada tahun 2021, Album mini kesepuluh Twice, Taste of Love menduduki tempat pertama dalam carta Billboard Top Album Sales, menjadikannya album mini pertama daripada kumpulan wanita yang berbuat demikian. Ia juga merupakan album mini pertama daripada kumpulan wanita yang memasuki 10 teratas Billboard 200. Kemudian pada tahun yang sama, album studio Korea ketiga mereka, Formula of Love: O+T=<3, telah dikeluarkan. Pada 2022, selepas pembaharuan kontrak kumpulan dengan JYP Entertainment, album mini kesebelas mereka, Between 1&2 menjadi album terlaris mereka di Korea Selatan, terjual lebih sejuta salinan. Pada 2023, album mini kedua belas kumpulan itu, Ready to Be telah dikeluarkan, menjadi album mini terlaris mereka di Korea Selatan. Pada 2024, album mini ketiga belas kumpulan itu, With You-th telah dikeluarkan, menjadi penyertaan nombor satu pertama mereka di Billboard 200.

Di Jepun, Twice memulakan debut pada bulan Jun 2017 dengan album kompilasi pertama mereka, #Twice, memperoleh pengiktirafan platinum pertama mereka daripada Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ). Album studio Jepun pertama kumpulan ini, BDZ dikeluarkan pada tahun 2018 dan kemudiannya diperakui platinum.[5] Pada tahun 2019, album kompilasi kedua mereka, #Twice2 telah dikeluarkan pada bulan Mac dan diperakui platinum oleh RIAJ. Edisi repackaged album ini dikeluarkan pada bulan Disember 2018.[6] Pada tahun 2019, album kompilasi kedua mereka, #Twice2 telah dikeluarkan pada bulan Mac dan mendapat pengiktirafan platinum oleh RIAJ. Pada bulan November tahun yang sama, mereka mengeluarkan album Jepun kedua mereka, &Twice. Pada tahun 2020, sebuah repackage dari &Twice dan album kompilasi ketiga mereka, #Twice3 telah dikeluarkan. Album studio Jepun ketiga Twice, Perfect World (album Twice), telah dikeluarkan pada 2021. Album kompilasi #Twice4 dan album studio Celebrate masing-masing telah dikeluarkan pada bulan Mac dan Julai 2022. Kumpulan itu bersedia untuk mengeluarkan album studio Jepun kelima mereka, Dive pada tahun 2024.

Sehingga tahun 2022, Twice telah memperoleh sepuluh album nombor satu di Korea Selatan, sembilan album nombor satu di Carta Album Oricon Jepun dan enam album nombor satu di Billboard Japan Hot Albums. Kumpulan ini ialah kumpulan wanita terlaris di Korea Selatan, dengan lebih 7.2 juta album terjual setakat tahun 2021.[7] Mereka telah menjual lebih 14 juta album di Korea Selatan dan Jepun, secara kumulatif, pada tahun 2022.[8]

Album

Album studio Korea

Album studio Korea dipasarkan oleh JYP Entertainment sebagai "Full Album".

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran ...
Senarai album studio Korea yang menunjukkan butiran terpilih, kedudukan carta terpilih, angka jualan dan pengiktirafan rakaman muzik
Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Jualan Pensijilan
KOR
[9]
BEL
(FL)
[10]
CAN
[11]
JPN
[12]
JPN Hot.
[13]
UK
[14]
US
[15]
US
World

[16]
Twicetagram 1712 1
Eyes Wide Open
  • Dikeluarkan: 26 Oktober 2020
  • Label: JYP Entertainment, Republic
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
217631037722
Formula of Love: O+T=<3
  • Dikeluarkan: 12 November 2021
  • Label: JYP Entertainment, Republic
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
164172173931
  • KMCA: 3× Platinum[22]
"—" menunjukan album yang tidak menduduki carta atau tidak dikeluarkan di kawasan tersebut.
Tutup

Album studio Jepun

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...
Senarai album studio Jepun yang menunjukkan butiran terpilih, kedudukan carta terpilih, angka jualan dan pensijilan rakaman muzik
Tajuk Butiran album Peak chart positions Jualan Pensijilan
JPN
[12]
JPN
Hot

[13]
BDZ
  • Dikeluarkan: 12 September 2018
  • Repackage: 26 Disember 2018
  • Label: Warner Music Japan
  • Format: CD, muat turun digital, DVD, LP, penstriman
11
&Twice
  • Dikeluarkan: 20 November 2019
  • Perilisan semula: 5 Februari 2020
  • Label: Warner Music Japan
  • Format: CD, muat turun digital, DVD, LIVE, penstriman
11
Perfect World
  • Dikeluarkan: 28 Julai 2021
  • Label: Warner Music Japan
  • Format: CD, muat turun digital, DVD, LIVE, penstriman
21
Celebrate
  • Dikeluarkan: 27 Julai 2022
  • Label: Warner Music Japan
  • Format: CD, DVD, LP, muat turun digital, penstriman
22
Dive
  • Dikeluarkan: 17 Julai 2024[31]
  • Label: Warner Music Japan
  • Format: CD, DVD, LP, muat turun digital, penstriman
Akan diumumkan
Tutup

Album studio keluaran semula

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...
Senarai album studio keluaran semula yang menunjukkan butiran terpilih, kedudukan carta terpilih, angka jualan dan pengiktirafan rakaman muzik
Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[32]
JPN
[33]
JPN Hot
[34]
Merry & Happy
  • Dikeluarkan: 11 Disember 2017
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
18[b]38
Tutup

Album mini

Dipasarkan oleh JYP Entertainment sebagai "Mini Album".

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran ...
Senarai album mini yang menunjukkan butiran terpilih, kedudukan carta terpilih, angka jualan dan pengiktirafan rakaman muzik
Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Jualan Pengiktirafan
KOR
[37]
AUS
Dig.
[38]
CAN
[11]
JPN
[39]
JPN Hot.
[40]
FRA
[41]
SPA
[42]
UK Down
[14]
US
[15]
US World]]
[16]
The Story Begins
  • Dikeluarkan: 20 Oktober 2015
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
34315
Page Two
  • Dikeluarkan: 25 April 2016
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
2166
Twicecoaster: Lane 1
  • Dikeluarkan: 24 Oktober 2016
  • Re-edition: 19 Disember 2016
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
1103
Signal
  • Dikeluarkan: 15 Mei 2017
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
1113
What Is Love?
  • Dikeluarkan: 9 April 2018
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
22103
  • KMCA: 2× Platinum[22]
Yes or Yes
  • Dikeluarkan: 5 November 2018
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
1177
  • KMCA: 2× Platinum[22]
Fancy You
  • Dikeluarkan: 22 April 2019
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
22211188464
  • KMCA: 2× Platinum[22]
Feel Special
  • Dikeluarkan: 23 September 2019
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
131347426
  • KMCA: 2× Platinum[22]
More & More
  • Dikeluarkan: 1 Jun 2020
  • Label: JYP Entertainment, Republic
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
113252002
  • KMCA: 2× Platinum[22]
Taste of Love
  • Dikeluarkan: 11 Jun 2021
  • Label: JYP Entertainment, Republic
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
2382152361
  • KMCA: 2× Platinum[22]
Between 1&2
  • Dikeluarkan: 26 Ogos 2022
  • Label: JYP Entertainment, Republic
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
2402102331
Ready to Be
  • Dikeluarkan: 10 Mac 2023
  • Label: JYP Entertainment, Republic
  • Format: CD, LP, muat turun digital, penstriman
111315151721
With You-th
  • Dikeluarkan: 23 Februari 2024
  • Label: JYP Entertainment, Republic
  • Format: CD, LP, muat turun digital, penstriman
2411151711
"—" menunjukan album yang tidak menduduki carta atau tidak dikeluarkan di kawasan tersebut.
Tutup

Album mini keluaran semula

Dipasarkan oleh JYP Entertainment sebagai "Special Album".

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran ...
Senarai album mini keluaran semula menunjukkan butiran terpilih, kedudukan carta terpilih, angka jualan dan pengiktirafan rakaman muzik
Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Jualan Pensijilan
KOR
[32]
JPN
[33]
JPN Hot
[34]
US World
[16]
Twicecoaster: Lane 2
  • Dikeluarkan: 20 Februari 2017
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
113[f]4
Summer Nights
  • Dikeluarkan: 9 Julai 2018
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
14144
  • KMCA: 2× Platinum[22]
The Year of "Yes"
  • Dikeluarkan: 12 Disember 2018
  • Label: JYP Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
23[g]72
"—" menunjukan album yang tidak menduduki carta atau tidak dikeluarkan di kawasan tersebut.
Tutup

Kompilasi

Album kompilasi

Dipasarkan oleh Warner Music Japan sebagai "Best Album".

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...
Senarai album kompilasi yang menunjukkan butiran terpilih, kedudukan carta terpilih, angka jualan dan pengiktirafan rakaman muzik
Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan Pengiktirafan
JPN
[83]
JPN Hot
[84]
NZ Heat.
[85]
#Twice
  • Dikeluarkan: 28 Jun 2017
  • Label: Warner Music Japan
  • Format: CD, muat turun digital, DVD, LP, penstriman[h]
228
  • JPN: 329,293 (physical)[87]
  • JPN: 27,645 (digital)[88]
#Twice2
  • Dikeluarkan: 6 Mac 2019
  • Label: Warner Music Japan
  • Format: CD, muat turun digital, DVD, LP, penstriman[i]
11
  • JPN: 315,453 (physical)[90]
  • JPN: 8,364 (digital)[91]
#Twice3
  • Dikeluarkan: 16 September 2020
  • Label: Warner Music Japan
  • Format: CD, muat turun digital, DVD, LP, penstriman[j]
11
  • JPN: 145,047 (physical)[93]
  • JPN: 2,278 (digital)[94]
#Twice4
  • Dikeluarkan: 16 Mac 2022
  • Label: Warner Music Japan
  • Format: CD, muat turun digital, DVD, LP, penstriman[k]
11
  • JPN: 85,558 (physical)[96]
  • JPN: 1,945 (digital)[97]
"—" menunjukan album yang tidak menduduki carta atau tidak dikeluarkan di kawasan tersebut.
Tutup

Album remix

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...
Senarai album remix menunjukkan butiran terpilih dan kedudukan carta
Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta
JPN Hot
[40]
The Remixes
  • Dikeluarkan: 22 November 2023
  • Label: JYP Entertainment, Republic
  • Format: Muat turun digital, penstriman
73
Tutup

Videografi

Video muzik Korea

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Senarai video muzik Korea, menunjukkan tahun keluaran dan pengarah
Tajuk Tahun Pengarah Ruj.
"Like Ooh-Ahh" (Ooh-Ahh하게) 2015 Naive Creative Production [98]
"Cheer Up" 2016 [99]
"TT" [100]
"Knock Knock" 2017 [101]
"Signal"[l] [102]
"Likey"[m] [103]
"Heart Shaker"[n] [104]
"Merry & Happy" Mustache Films [105]
"What Is Love?"[o] 2018 Naive Creative Production [106]
"Dance the Night Away"[p] [107]
"Yes or Yes"[q] [108]
"The Best Thing I Ever Did"
(올해 제일 잘한 일)
Mustache Films [105]
"Fancy"[r] 2019 Naive Creative Production [109]
"Feel Special" [110]
"More & More"[s] 2020 [111]
"I Can't Stop Me]l"[t] Lee Gi-baek (Tiger Cave Studio) [112]
"Alcohol-Free" 2021 Rigend Film [113]
"Scientist"[u] [114]
"Talk That Talk" 2022 [115]
"Merry & Happy" (2022 version) Tidak diketahui [116]
"Set Me Free" 2023 Yang Soon-shik (YSS Studio) [117][118]
"One Spark" 2024 Flipevil [119]
Tutup

Video muzik Jepun

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Senarai video muzik Jepun, menunjukkan tahun keluaran dan pengarah
Tajuk Tahun Pengarah Ruj.
"TT" (Japanese version) 2017 Jimmy (BS Pictures) [120]
"One More Time" Naive Creative Production [121]
"Candy Pop" 2018 Naive Creative Production
Takahiko Kyōgoku (animation)
[122]
[123]
"Brand New Girl" Jimmy (BS Pictures) [124]
"Wake Me Up" [125]
"BDZ" Naive Creative Production [126]
"Happy Happy" 2019 [127]
"Breakthrough" [128]
"Fake & True" Vishop (Vikings League) [129]
"Fanfare" 2020 Jakyoung Kim (Flexible Pictures) [130]
"Better" Beomjin (VM Project Architecture) [131]
"Kura Kura" 2021 Yoojeong Ko (Edie Ko) [132]
"Perfect World" [133]
"Doughnut" Jeong Nuri (COSMO) [134]
"Celebrate" 2022 Rigend Film [135]
"Hare Hare" 2023 Sunny Visual [136][137]
"Dive" 2024 Tidak diketahui [138]
Tutup

Video muzik Inggeris

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Senarai video muzik Inggeris, menunjukkan tahun keluaran dan pengarah
Tajuk Tahun Pengarah Ruj.
"I Want You Back" 2018 Jimmy (BS Pictures) [139]
"The Feels" 2021 Oui Kim [140]
"Moonlight Sunrise" 2023 Kim In-tae (AFF) [141]
"I Got You" 2024 Guzza (Kudo) [142]
Tutup

Nota

  1. Angka jualan Jepun untuk Twicetagram dan Merry & Happy pada bulan Mei 2020. Jualan untuk kedua-dua keluaran digabungkan.[18]
  2. Jualan untuk Twicetagram dan Merry & Happy digabungkan di Jepun. Selepas keluaran perilisan semula, Twicetagram memasuki semula Carta Album Oricon di nombor 8.[35]
  3. Angka jualan Jepun untuk Twicecoaster: Lane 1 dan Twicecoaster: Lane 2 pada bulan Mei 2020. Jualan untuk kedua-dua keluaran digabungkan.[49]
  4. Angka jualan fizikal dan digital Jepun untuk Yes or Yes dan The Year of "Yes" pada bulan Mei 2020. Jualan untuk kedua-dua keluaran digabungkan.[57]
  5. Jualan untuk Twicecoaster: Lane 1 dan Twicecoaster: Lane 2 digabungkan di Jepun. Selepas keluaran Twicecoaster: Lane 2, Twicecoaster: Lane 1 memasuki semula Carta Album Oricon di nombor 13.[77]
  6. Jualan untuk Yes or Yes dan The Year of "Yes" digabungkan di Jepun. Selepas keluaran perilisan semula, Yes or Yes memasuki semula Carta Album Oricon di nombor 3.[81]
  7. Versi digital dan penstriman #Twice dikeluarkan dalam format EP, hanya mengandungi runut bahasa Jepun.[86]
  8. Versi digital dan penstriman #Twice2 dikeluarkan dalam format EP, hanya mengandungi runut bahasa Jepun.[89]
  9. Versi digital dan penstriman #Twice3 dikeluarkan dalam format EP, hanya mengandungi runut bahasa Jepun.[92]
  10. Versi digital dan penstriman #Twice4 dikeluarkan dalam format EP, hanya mengandungi runut bahasa Jepun.[95]
  11. Versi alternatif Jepun dikeluarkan pada 2017.
  12. Versi alternatif Jepun dikeluarkan pada 2019.
  13. Versi alternatif Jepun dikeluarkan pada 2019.
  14. Versi alternatif Jepun dikeluarkan pada 2019.
  15. Versi alternatif Jepun dikeluarkan pada 2019.
  16. Versi alternatif Jepun dikeluarkan pada 2019.
  17. Versi alternatif Jepun dikeluarkan pada 2020.
  18. Versi alternatif Jepun dikeluarkan pada 2020.
  19. Versi alternatif Jepun dikeluarkan pada 2022.
  20. Versi alternatif Jepun dikeluarkan pada 2022.

Rujukan

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.