From Wikipedia, the free encyclopedia
Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ) merupakan kumpulan perdagangan yang terdiri daripada perbadanan-perbadanan yang terlibat dengan industri muzik. RIAJ dibentuk pada tahun 1942 sebagai Persatuan Kebudayaan Rakaman Fonogram Jepun dan mengguna pakai namanya yang terkini pada 1969. Beribu pejabat di Minato, Tokyo, RIAJ dianggotai oleh 18 syarikat ahli dan beberapa anggota bersekutu dan sokongan lain;[1] sesetengah syarikat anggota merupakan cawangan di Jepun bagi perbadanan berbilang negara yang beribu pejabat di tempat lain.
一般社団法人日本レコード協会 | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | RIAJ |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan |
Keanggotaan (2021) | 18 anggota utama, 20 anggota bersekutu dan 24 anggota sokongan[1] |
Anggota bagi | Arts and Culture Forum |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 30 April 1942 |
Pengurusan | |
Pengerusi dan CEO | Shunsuke Muramatsu (Sony Music) |
Naib pengerusi | Shinji Hayashi (Avex Inc.) Naoshi Fujikura (Universal Music) Takashi Yoshimura (Pony Canyon) Kazuyuki Kobayashi (Warner Music) |
Pengarah urusan kanan dan COO | Yasuharu Hara |
Pengarah urusan dan ketua pengarah | Yoichiro Hata |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Kita-Aoyama, Minato, Tokyo |
Lokasi | |
Koordinat | 35.669189°N 139.744656°E |
Catatan kaki | |
[2] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Antara kegiatan RIAJ termasuklah mempromosikan jualan muzik, penguatkuasaan undang-undang hak cipta, kajian mengenai industri muzik di Jepun serta bertanggungjawab dalam memberi pengiktirafan terhadap album dan single di Jepun. Persatuan ini juga menerbitkan buku tahunan RIAJ, suatu ringkasan perangkaan jualan muzik hujung tahun serta mengedarkan pelbagai data yang lain.
Pada tahun 1989, Persatuan Industri Rakaman Jepun memperkenalkan sistem pengiktirafan rakaman muzik dan ia diberikan berdasarkan pada angka-angka penghantaran cakera padat atau pita kaset yang dilaporkan oleh syarikat-syarikat rakaman. Pada prinsipnya, kriteria tersebut diguna pakai secara terhad untuk karya yang dilancarkan selepas 21 Januari 1989.
Buat masa kini, kesemua jualan muzik termasuklah single, album, single muat turun digital adalah di dalam kriteria yang sama. Tidak seperti kebanyakan negara yang lain, pengiktirafan tertinggi yang diberikan adalah "Juta".
Nilai ambang bagi setiap pengiktirafan | |||||
---|---|---|---|---|---|
Emas | Platinum | 2× Platinum | 3× Platinum | Juta | Berjuta-juta |
100,000 | 250,000 | 500,000 | 750,000 | 1,000,000 | 2,000,000+ |
Sebelum penyatuan kriteria dan pengenalan kategori video muzik pada Julai 2003, suatu skala berasingan telah digunaa pakai untuk memberi pengiktirafan.[3]
Format | Jenis | Nilai ambang bagi setiap pengiktirafan[3] | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Emas | Platinum | 2x Platinum | Juta | 3x Platinum | 4x Platinum | |||
Album | Domestik | 200,000 | 400,000 | 800,000 | 1,000,000 | 1,200,000 | 1,600,000 | |
Antarabangsa | 100,000 | 200,000 | 400,000 | 600,000 | 800,000 | |||
Single | Domestik | 200,000 | 400,000 | 800,000 | 1,200,000 | 1,600,000 | ||
Antarabangsa | 50,000 | 100,000 | 200,000 | 300,000 | 400,000 | |||
Pengiktirafan bagi lagu dan album yang dilancarkan secara digital bermula pada 20 September 2006 dengan menggunakan data muat turun yang dikumpul sejak awal 2000-an. Dari tahun 2006 hingga 2013, terdapat tiga kategori untuk pengiktirafan ini iaitu nada benar, nada benar penuh dan muat turun PC untuk lagu-lagu yang dibeli pada perkhidmatan dalam talian seperti iTunes. Pada 28 Februari 2014, kategori nada benar penuh dan PC digabungkan kepada kategori runut single.[4]
Format | Nilai ambang bagi setiap pengiktirafan[4] | |||||
---|---|---|---|---|---|---|
Emas | Platinum | 2x Platinum | 3x Platinum | Juta | ||
Nada benar (R) | 500,000 | 750,000 | 1,000,000 | |||
Runut single | 100,000 | 250,000 | ||||
Album |
Setakat April 2020,[5] RIAJ telah mula memberi pengiktirafan kepada penstriman lagu, seperti yang dilakukan pada penghantaran fizikal dan jualan muat turun digital. Tidak seperti format penghantaran fizikal dan jualan muat turun digital, pengiktirafan penstriman mempunyai peringkatnya tersendiri kerana jumlahnya yang lebih tinggi berbanding format lain. Data penstriman tersebut diperoleh daripada pemberi perkhidmatan muzik dalam talian seperti Amazon Music Unlimited, Apple Music, AWA, d Music, Google Play Music, HMVmusic, KKBOX, Line Music, Rakuten Music, RecMusic dan Spotify.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.