Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dinasti Nanda ialah sebuah pemerintahan yang menguasai bahagian utara subbenua India ketika abad keempat SM, dan mungkin abad kelima SM juga. Masyarakat Nanda menggulingkan Dinasti Shaishunaga di Magadha di timur India lalu meluaskan pengaruh hingga sebahagian besar utara India. Sumber-sumber purba memberi pelbagai versi berkenaan nama-nama raja Nanda serta tempoh pemerintahan, tetapi berdasarkan rujukan tradisi Buddha Mahavamsa, mereka memerintah pada sekitar 345–322 SM meskipun beberapa teori menetapkan permulaan pemerintahan pada abad kelima SM.
Empayar Nanda | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
tidak diketahui; antara abad kelima atau pertengahan abad keempat SM–s. 322 SM | |||||||||||
Ibu negara | Pataliputra | ||||||||||
Agama | Hinduisme Buddhisme Jainisme[3] | ||||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||||
Maharaja | |||||||||||
Era Sejarah | India Zaman Besi | ||||||||||
• Didirikan | tidak diketahui; antara abad kelima atau pertengahan abad keempat SM | ||||||||||
• Dibubarkan | s. 322 SM | ||||||||||
| |||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Bangladesh India Nepal |
Sejarawan moden lazimnya menetapkan pemerintah Gangaridai dan Prasii yang disebut dalam rujukan Yunani-Rom purba sebagai seorang raja Nanda. Perekod sejarah Alexander Agung yang menceroboh barat laut India pada 327–325 SM, mencirikan baginda sebagai seorang raja yang kuat tenteranya. Hal ini menyebabkan Alexander terpaksa berundur dari India tanpa mengisytiharkan sebarang perang terhadapnya.
Empayar Nanda dibina di atas kejayaan Dinasti Haryanka and Shaishunaga, dan memiliki sistem pemerintahan yang lebih terpusat. Sumber-sumber purba mengiktiraf mereka kerana mengumpul kekayaan besar yang mungkin terbit daripada sistem mata wang dan percukaian baharu. Teks-teks purba juga menyatakan bahawa Nanda adalah kurang popular akibat kadar kelahiran rendah, percukaian melampau dan sikap kurang beradab. Raja Nanda terakhir digulingkan Chandragupta Maurya yang menubuhkan Empayar Maurya serta mentornya Chanakya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.