From Wikipedia, the free encyclopedia
Diana, Puteri Wales (Diana Frances; née Lady Diana Spencer; 1 Julai 1961 - 31 Ogos 1997) ialah isteri pertama Charles, Putera Wales, anak sulung kepada Ratu Elizabeth II dan juga perwaris takhta kerajaan United Kingdom dan 15 lagi negara di dalam Kerajaan Komanwel. Anak-anak beliau, Putera William dan Harry masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga di dalam susunan pewarisan takhta semasa hayatnya. Diana dilahirkan dalam kalangan keluarga bangsawan Inggeris dan dibesarkan dalam suasana keluarga diraja di hartanah mereka di Sandringham.
Diana | |
---|---|
Puteri Wales | |
Permaisuri | Charles, Putera Wales (1981–1996)[1] |
Anakanda | |
Putera William dari Wales Putera Harry dari Wales | |
Nama penuh | |
Diana Frances Spencer[2] | |
Gelaran | |
Diana, Princess of Wales HRH The Princess of Wales Lady Diana Spencer The Hon Diana Spencer | |
Wangsa | House of Windsor |
Ayahanda | Edward, Earl Spencer |
Bonda | Frances, Viscountess Althorp |
Lahir | Park House, Sandringham England | 1 Julai 1961
Ditansir | St. Mary Magdalene Church, Sandringham |
Mangkat | 31 Ogos 1997 36) Paris, France | (umur
Dikebumikan | Althorp, Northamptonshire, England |
Diana dilahirkan Diana Frances Spencer, anak bongsu kepada Edward Spencer, Viscount Althorp, dan isteri pertamanya, Frances Spencer, Viscountess Althorp di Park House, Sandringham Estate. Beliau dibaptiskan di Gereja St. Mary Magdalene di Sandringham, oleh Percy Herbert (rektor gereja dan bekas biskop Norwich dan Blackburn); ibu bapa pembaptisannya ialah John Floyd dan Mary Colman (seorang anak saudara Elizabeth, Bonda Ratu).
Diana mempunyai latarbelakang keluarga diraja dan bangsawan. Di sebelah ibunya, Diana mempunyai darah orang Amerika. Moyang Diana merupakan seorang wanita dari keluarga berada dari Amerika, Frances Works. Di sebelah bapanya, Diana merupakan keturunan langsung Raja Charles II melalui dua anak lelaki yang luar nikah dan menerusi Raja James II melalui seorang anak perempuannya yang luar nikah. Menurut penyusun biografi Diana, Lady Colin Campbell, moyang kepada moyang Diana, Eliza Kewark (beberapa sumber mengeja nama Kewark sebagai "Kevork" atau "Kevorkian") berasal dari Bombay, India dan kemungkinan keturunan orang India, walaupun keluarga Diana sering mengatakan yang keluarga "Kevork/Kewark" adalah dari Armenia.
Setelah perceraian ibu bapanya, Diana telah dijaga oleh bapanya. Dengan kematiannya datuk di sebelah bapa, Albert Spencer pada 1975, bapa Diana menjadi Earl Spencer ke-8 dan Diana diberi gelaran Lady Diana Spencer dan berpindah dari rumah kanak-kanaknya di Park House ke rumah keluarga besar mereka di Althorp. Setahun kemudian, bapanya berkahwin dengan Raine, Countess Dartmouth, anak perempuan kepada novelis romantik, Barbara Cartland.
Diana menerima pendidikannya di Riddlesworth Hall di Norfolk dan di West Heath Girls' School, di Sevenoaks, Kent, di mana beliau dianggap sebagai seorang pelajar berprestasi rendah. Diana juga telah gagal dalam peperiksaan O-levelnya. Pada 1977, semasa berusia 16 tahun, Diana meninggalkan sekolah West Heath untuk menuntut di Institut Alpin Videmanette di Switzerland, sebuah sekolah yang menitikberatkan pendidikan budaya dan menyediakan pelajar-pelajarnya untuk aktiviti-aktiviti sosial. Di situ juga, Diana telah berkenalan dengan bakal suaminya yang pada masa itu sedang keluar dengan kakaknya, Lady Sarah. Walaupun Diana tidak cemerlang dalam pelajarannya, beliau lebih terserlah dalam bidang sukan dan juga merupakan seorang penyanyi amateur yang baik.
Pada 31 Ogos 1997 Diana meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu laju di jalan terowong Pont de l'Alma di Paris bersama-sama dengan Dodi Al-Fayed dan pemandu Henri Paul [3].
Kereta Mercedes-Benz W140 (no pendaftaran 688 LTV75) dipandu oleh pemandu keselamatan Hôtel Ritz Paris, Henri Paul dipandu laju bagi mengelak jurugambar paparazzi. Analisis darah menunjukkan Henri Paul telah minum alkohol 3 kali lebih dan mengurangkan kstabilan semasa memandu. Tetapi teori konspirasi menyatakan sampel darah itu kepunyaan orang lain kerana biasanya pemandu keselamatan dan profesional tidak minum pada malam Diana berada. Henri Paul berjaya melintasi 13 tiang terowong tetapi gagal mengawal kereta selepas itu. Soalnya mengapa di dalam terowong. Terowong dua hala itu dibina tanpa halangan logam. Semua yang berada dalam kereta tidak memakai tali keledar. Anehnya pengawal peribadi Fayed yang bernama Trevor Rees-Jones terselamat. Dodi Fayed dan Diana duduk di tempat duduk belakang. Pendarahan dalam berlaku dan mereka mati di tempat kejadian jam 4 pagi. Pengkebumian diadakan pada 6 September 1997 dan disiar secara langsung ke seluruh dunia termasuk stesen televisyen RTM TV1, RTM TV2 dan TV3 di Malaysia, ditonton lebih 1.5 bilion penonton di seluruh dunia.
Ekoran kematian Diana, pelbagai teori konspirasi muncul. Bapa Dodi Fayed ialah Mohamad Fayed seorang peniaga berketurunan Mesir yang memiliki kedai mewah Harrods. Banyak teori mengaitkan perisik M16, CIA dan Mossad terlibat dalam komplot membunuh puteri yang diramal akan memeluk Islam dan diramal mempunyai anak berugama Islam. Rakaman CCTV tidak menunjukkan tanda-tanda Henri Paul mabuk ketika berjalan keluar menuju kereta mereka. Peguam Michael Shrimpton turut menyokong Henri Paul tidak ada tanda-tanda mabuk atau kesan dadah.
Sekumpulan jurugambar paparazzi tiba di Alma. Mereka terdiri dari Serge Arnal, Christian Martinez, Stéphane Darmon dan Serge Benhamou. Pada 13 Julai 2006, majalah Chi yang terbit di Itali menyiarkan gambar-gamabar puteri Diana menerima bantuan oksigen dari petugas paramedik selepas kemalangan kereta itu. Gambar itu diambil beberapa minit selepas kemalangan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.