From Wikipedia, the free encyclopedia
"Di Bawah Langit Yang Sama" ialah lagu nyanyian kumpulan rock Indonesia, D'Masiv yang dimuatkan dalam album kelima kumpulan ini yang menggunakan nama mereka sebagai judul album. Ia merupakan lagu tema filem animasi Malaysia, BoBoiBoy: The Movie.[1][2] Ia juga digunakan sebagai lagu tema BoBoiBoy Galaxy.
"Di Bawah Langit Yang Sama" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh D'Masiv | ||||
daripada album D'Masiv | ||||
Dilancarkan | 5 Februari 2016 | |||
Dirakamkan | 2016 | |||
Tempat | Indonesia | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 3:54 | |||
Syarikat | Musica Studio's | |||
Penulis | Iksan Skuter | |||
Penerbit | Animonsta Studios | |||
Kronologi Kronologi single D'Masiv | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Menurut vokalis D’Masiv, Rian dalam temu ramah bersama Harian Metro, mereka berterima kasih kepada pihak Animonsta Studios yang melihat bakat dan latar belakang mereka.[3]
"Pihak Animonsta mahukan sebuah kumpulan yang bersih daripada sebarang kontroversi. Memandangkan D’Masiv tidak pernah ada rekod buruk, kami dipilih untuk menjadi salah satu kumpulan selain Bunkface dari Malaysia. Tambahan pula, saya sendiri adalah Duta Anti Kekerasan Terhadap Anak-anak di Indonesia sejak 2014. Jadi, bertepatan dengan program animasi kanak-kanak dan menyasarkan lagu berkonsepkan kedamaian, D’Masiv dipilih".[3]
"Di Bawah Langit Yang Sama" digubah dan ditulis oleh Ihsan Skuter. Menurut Rian, pertama kali memperdengarkan lagu itu, apa yang jelas, notasi dan melodinya sangat kedengaran seperti muzik D'Masiv yang lain.[3][4]
Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Indonesia | 5 Februari 2016 | Muat turun digital[5] Penstriman digital[6] |
Musica Studio's |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.