From Wikipedia, the free encyclopedia
Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya, The Commission of Kuching North City Hall (Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasan DBKU) merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya Kuching, Sarawak. Kuching telah dinaikkan ke taraf bandar raya pada 1 Ogos1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh. Memandangkan Daerah Kuching mempunyai keluasan yang agak besar, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua, iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Bandar raya Kuching dibahagi kepada dua kawasan: Utara dan Selatan. Setiap satu ditadbir oleh Datuk Bandar - iaitu Pesuruhjaya Kuching Utara untuk Kuching Utara dan Datuk Bandar bagi Kuching Selatan.
Dewan Bandaraya Kuching Utara | |
---|---|
Jenis | |
Jenis | Kerajaan Tempatan |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 Ogos 1988 |
Didahului oleh | Majlis Perbandaran Kuching |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | HAJI HILMY BIN HAJI OTHMAN (sejak September 2023) |
Moto | |
Untuk Masyarakat Berbudaya | |
Tempat persidangan | |
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya 93050 Kuching Sarawak | |
Laman sesawang | |
https://dbku.sarawak.gov.my/modules/web/index.php | |
sunting |
Bandaraya Kuching Utara merujuk kepada kawasan yang diurus tadbir oleh Suruhanjaya ini, merangkumi sebahagian kecil kawasan dahulunya di bawah Kuching Municipal Council (KMC) tetapi pada masa yang sama menyerap masuk kawasan yang dahulunya ditadbir oleh Kuching Rural District Council (KRDC) dengan keluasan kesuluruhan pentadbiran DBKU adalah 369.48 kilometer persegi manakala jumlah hartanah pula sebanyak 43,575 unit.
Pentadbiran secara bersama lahir atas keperluan sistem yang efisien untuk membolehkan pembangunan seimbang dan taburan populasi di kedua-dua kawasan. Penubuhan DBKU adalah tepat kerana ini akan memastikan Majlis Bandaraya Kuching Selatan dapat menjalankan tanggungjawab penuh sebagai sebuah PBT dan tidak akan dibebani oleh tanggungjawab membangunkan kawasan luar bandar dalam sebahagian kawasan Bandaraya Kuching Utara yang sebelumnya dibawah kawalselia KRDC.[1]
Oleh kerana penubuhannya yang tidak menyamai mana-mana Kerajaan Tempatan lain di Sarawak, Bandaraya Kuching Utara
dikawalselia oleh Suruhanjaya ini yang merupakan sebuah badan korporat. Pesuruhjaya Kuching Utara yang dilantik TYT Yang di-Pertua Negeri dibantu oleh beberapa orang ahli Lembaga Penasihat dan Pesuruhjaya Kuching Utara bertanggungjawab serta melapor secara terus kepada Ketua Menteri Sarawak. Bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya adalah termaktub dibawah suatu ordinan yang digubal khas untuk Kuching Utara disebut sebagai Ordinan Bandaraya Kuching Utara. Melalui ordinan ini juga, Pesuruhjaya Kuching Utara secara sah boleh disebut dengan gelaran Datuk Bandar sekiranya perlu. Selain dibantu oleh Ahli Lembaga Penasihat, Datuk Bandar turut dibantu oleh seorang Pengarah dalam urusan pentadbiran harian. Manakala Pengarah pula dibantu oleh 6 orang Timbalan Pengarah yang tiap-tiap satunya mengetuai Jabatan masing-masing. Sebanyak 24 bahagian terdapat di DBKU yang dinaungkan dibawah 6 jabatan iaitu:[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.