From Wikipedia, the free encyclopedia
Demam bintik Pergunungan Rocky ialah penyakit riketsia yang paling berbahaya[1] dan yang paling kerap dilaporkan di Amerika Syarikat. Penyakit ini telah didiagnosis di seluruh Benua Amerika. Sesetengah kata seerti untuk demam bintik Pergunungan Rocky di negara lain termasuklah "tifus sengkenit", "demam Tobia" (Colombia), " demam São Paulo atau "febre maculosa" (Brazil), dan "fiebre manchada" (Mexico). Penyakit ini berbeza daripada jangkitan bawaan sengkenit yang viral, demam sengkenit Colorado. Penyakit ini disebabkan oleh Rickettsia rickettsii, satu spesies bakterium yang disebarkan kepada manusia oleh sengkenit Dermacentor. Tanda dan gejala awam bagi penyakit ini termasuk permulaan tiba-tiba bagi demam, sakit kepala, dan nyeri otot, diikuti oleh perkembangan ruam. Penyakit ini boleh menyusahkan diagnosis pada peringkat awal, dan tanpa rawatan segera dan betul, ini boleh membawa maut.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.