Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Darjah, biasanya disimbolkan dengan °, adalah ukuran sudut yang dapat dibentuk pada bidang antara dua satah, menggambarkan 1⁄360 daripada sebuah putaran penuh. Ertinya, besar 1 darjah adalah satu juring pada lingkaran yang dibahagi menjadi 360 buah juring yang besarnya sama. Jika sudut tersebut dinyatakan terhadap sebuah meridian rujukan, sudut tersebut menunjukkan sebuah lokasi pada sebuah bulatan besar sebuah bola (seperti Bumi, Marikh atau sfera cakerawala) [1].
Awal mula satu bulatan dibahagi kepada 360° berasal dari Kerajaan Babylon Kuno kerana sistem bilangan Babylon Kuno menggunakan bilangan yang berasaskan 60. Sedangkan kita saat ini terbiasa menggunakan sistem bilangan berasaskan 10.
Selain itu, penggunaan nombor 360 sebagai jumlah 'darjah' dalam bulatan amat berguna kerana ia senang dibahagikan. 360 mempunyai 24 pembahagi (termasuk 1 dan 360), termasuk setiap nombor dari 1 hingga 10 kecuali 7.
1° sama dengan 60 minit (ditulis 60') dan 1' sama dengan 60 saat (ditulis 60"). Darjah dan unit pembahaginya adalah satu-satunya unit yang penulisan angka dan simbol unitnya tidak dipisah (contoh 15° 30', bukan 15 ° 30 ').
Dalam matematik, darjah bukanlah salah satu unit yang sering dipakai, terdapat unit lain iaitu radian. Satu radian setara dengan 57.2957795131° atau dalam kata lain 2π radian = 360°. Panjang lilitan satu bulatan penuh ialah π sekiranya diameter bulatan tersebut ialah 1.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.