From Wikipedia, the free encyclopedia
Daerah Kanowit ialah sebuah daerah dalam Bahagian Sibu di Sarawak, Malaysia. Keluasan Daerah Kanowit ialah 2,253.5 kilometer persegi (870.1 batu persegi) sementara jumlah penduduk ialah 31,400 orang pada tahun 2016.[1][2] Pekan bagi daerah ini ialah Kanowit. Daerah Kanowit merupakan salah satu dari tiga daerah dalam Bahagian Sibu; daerah-daerah lain ialah Daerah Selangau dan Daerah Sibu.[3]
Majlis Daerah Kanowit ialah kerajaan tempatan yang bertanggungjawab terhadap seluruh kawasan Daerah Kanowit. Ia beribu pejabat di Pekan Kanowit.
Daerah Kanowit diwakili dalam Dewan Rakyat Malaysia oleh sebuah kerusi iaitu Kanowit dengan kod P210, sementara dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak ia diwakili oleh dua kerusi iaitu Ngemah (N49) dan Machan (N50).[4][5]
Mengikut statistik pada tahun 2016, Daerah Kanowit mempunyai jumlah penduduk seramai 31,400 orang. Daripada jumlah tersebut, 16,000 orang adalah terdiri dari lelaki dan 15,400 adalah perempuan.[2] Penduduk dalam Daerah Kanowit terdiri dari beberapa bangsa dan kaum etnik: Iban merupakan penduduk majoriti dengan keramaian 26,500 orang, diikuti dengan Cina dengan jumlah 3,200 orang, Melayu 1,000 orang, Melanau 500 orang dan Bidayuh 100 orang.[2] Terdapat juga kaum bumiputera yang lain dengan jumlah keseluruhan 100 orang.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.