From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Irwan Shah Abdullah (lahir Dhammi Jagjit a/l Sukhdev; 14 Februari 1948)[1] atau lebih dikenali dengan nama pentas beliau DJ Dave merupakan salah seorang penyanyi Malaysia yang terkenal.
D J Dave PJN PGDK | |
---|---|
Kelahiran | Dhammi Jagjit Sukhdev 14 Februari 1948 |
Nama lain | Irwan Shah Abdullah @ DJ Dave |
Pekerjaan | Penyanyi, penghibur, usahawan |
Tahun aktif | 1972–kini |
Pasangan | Mahshid Golabatoonchi (2025 - Present) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Life Rekod, EMI |
Pengkarya berkait | Sarena Hashim, Uji Rashid, Sharifah Aini |
Datuk D J Dave pernah bertugas di Pejabat Pos Malaysia,[2] dan mendapat gelaran Datuk sempena kelahiran T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah yang ke-59, tahun 2005.
Kerjaya Dave mula menjulang dalam arena seni suara menerusi lagu irama Hindustan seperti Maafkanlah, Ku Tak ingin Menangis Lagi dan Harum Bunga Kembang apabila dia mula menjadi artis rakaman Life Rekod pada tahun 1972.
Pada tahun 1973, Irwan Shah telah menyertai EMI untuk merakam album Ingin Bersua, sebelum membuka syarikat sendiri Dave Enterprise untuk mengeluarkan rakaman terbaru lagu-lagu irama Hindustan tidak lama lagi.[3]
Dia menjawat jawatan pengetua program realiti Audition dan juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Articulate. Dia juga merupakan artis pertama Malaysia yang melancarkan album Hindi berjudul Mar Gaye Oye di India, Disember 2005.
Beliau pernah berduet dengan penyanyi wanita antaranya Sarena Hashim, Datuk Sharifah Aini dan Uji Rashid. Terbaru beliau berduet dengan Dayang Nurfaizah dalam lagu Segalanya yang pernah dinyanyikan bersama Liza Aziz pada konsert Journey Through Song. Konsert mega terakhir D.J Dave itu diadakan bersempena meraikan 40 tahun pembabitannya dalam arena nyanyian. Ia bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Jun 2012 di Panggung Sari, Istana Budaya. Konsert ini turut dijayakan oleh Uji Rashid dan Marsha, selain komposer S. Atan sebagai pengarah muzik. Konsert anjuran Shahdave Entertainment itu mendapat sokongan penaja seperti Celcom, Sogo, Hotel Concorde, AirAsia dan Hard Rock Cafe.
DJ Dave bersama 51 peserta selain sukarelawan, pakar perubatan dan petugas media telah mengikuti misi melawat pelarian masyarakat Rohingya, selaku Presiden Yayasan Artis 1Malaysia pada tahun 2012.[4]
Di luar kerjaya muziknya, DJ Dave telah menjadi penyokong kuat untuk tujuan sosial. Beliau sangat terlibat dalam meningkatkan kesedaran dan dana untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan cacat di Malaysia. Sebagai presiden Yayasan Seniman Kebangsaan Malaysia (YKAT), beliau telah menyokong lebih 1,900 artis, menawarkan bantuan kepada mereka yang menghadapi kemalangan, penyakit, atau kesusahan lain.[5]
Advokasinya meluas kepada kelestarian alam sekitar, di mana beliau telah mempromosikan projek tenaga boleh diperbaharui, termasuk loji pengegasan biojisim di Malaysia, Sri Lanka dan Turki. Kerjanya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui sejajar dengan usahanya yang lebih luas untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menggalakkan tanggungjawab alam sekitar.
Sumbangan DJ Dave kepada kedua-dua seni dan masyarakat telah meninggalkan kesan yang berkekalan pada landskap budaya Malaysia. Melalui muziknya, usaha dermawan dan usaha perniagaan, dia terus mempengaruhi masyarakat tempatan dan antarabangsa. Komitmen berterusan beliau terhadap kemampanan dan tujuan sosial menggariskan legasi beliau sebagai ikon pelbagai segi.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1977 | Menanti Hari Esok | Dirinya sendiri | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Bersama DJ Dave | Pengacara | TV1 | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.