Christina Liew Chin Jin
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
YB Datuk Seri Panglima Christina Liew Chin Jin (lahir 14 September 1953) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan Sabah dan ADUN Api-Api. Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR (dilantik), Pengerusi Biro Politik PKR Sabah dan Ketua PKR Cabang Kota Kinabalu.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Christina dilahirkan di Hong Kong British sebagai anak daripada ibu bapa Cina Hakka. Ibu bapanya berhijrah ke Tawau di bawah Jajahan Mahkota Borneo Utara ketika beliau berusia beberapa bulan.[2] Christina berkahwin dengan orang Cina Indonesia berketurunan Hokkien yang berhijrah ke Amerika Syarikat tetapi sering merantau untuk tinggal bersamanya dan anak-anak mereka.[2][3]
Kontroversi dan kritikan
Christina mendapat kritikan daripada penduduk Tawau selaku Ahli Parlimen Tawau kerana dilihat kurang mengambil kisah berkenaan nasib penduduk Tawau. Menurut wakil penduduk, Christina didakwa jarang datang ke Tawau, dan dikatakan hanya pernah dilihat turun padang ketika pilihan raya negeri Sabah pada 2020.[4] Ketika meletusnya sebuah protes di Kampung Muhibbah Raya, Tawau pada April 2021 susulan tekanan penduduk akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, Christina dikutuk oleh pihak pemuda PKR Sabah kerana menunda pemberian bantuan makanan selama 'seminggu dua' selepas protes tersebut.[5] Pada Pilihan raya umum Malaysia 2022, beliau akhirnya telah dikalahkan di Parlimen Tawau oleh calon muda dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Tuan Lo Su Fui dengan menggunakan tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pada tahun 2014, Christina adalah salah satu daripada tiga orang yang diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB) kerana mendorong peserta Skim Pekebun Kecil Bahagak secara salah untuk melanggar perjanjian usaha sama mereka (JVA) dengan BSSB.[6]
Remove ads
Sokongan Terhadap Hajiji
Pada 6hb Januari 2023, Pengerusi UMNO Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah dan ADUN Lamag bersama beberapa ADUN UMNO yang lain telah menarik sokongan terhadap Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Hal ini disebabkan, tindakan beliau dan kesemua ADUN BERSATU telah keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN). Walau bagaimanapun terdapat beberapa ADUN UMNO yang bertindak kekal menyokong Hajiji seperti Shahelmey Yahya, James Ratib, Mohd Arsad Bistari, Jasnih Daya dan Yusof Yacob serta Andi Muhammad Suryady Bandy dan Harun Durabi.
Christina Liew sebagai Pengerusi PH Sabah telah membawa 7 ADUN PH iaitu 4 DAP, 2 PKR dan 1 UPKO untuk menyokong Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Tindakan 7 ADUN UMNO kekal menyokong Hajiji dengan sokongan 7 ADUN PH telah menyebabkan Hajiji memperoleh majoriti mudah untuk terus kekal sebagai KM Sabah.
Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim merestui Hajiji Noor untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi juga turun ke Sabah mengiringi PM bagi membincangkan hal ini dan mencadangkan agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk di Sabah.
Walau bagaimanapun, berlaku rombakan kabinet Sabah yang mana Bung Moktar Radin telah digugurkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah. Beliau telah digantikan oleh Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan. Beberapa ADUN UMNO yang berkhidmat sebagai Pembantu Menteri juga digugurkan.
Kesan daripada sokongan ADUN PH, Christina Liew (PKR) dan Phoong Jin Zhe (DAP) masing-masing dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sabah dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah. Tan Lee Fatt (DAP) dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Peto Galim (PKR) dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian Sabah.
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Sabah :
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2024)
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2018)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads