From Wikipedia, the free encyclopedia
Robin Cho[1] atau lebih dikenali sebagai Choice37 adalah seorang penerbit rakaman, penulis lagu dan DJ berketurunan Korea-Amerika Syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan.[2] Beliau menyertai syarikat rakaman YG Entertainment (YGE) sebagai penerbit pada tahun 2009[3] dan sejak itu telah menghasilkan lagu-lagu untuk penyanyi K-pop termasuklah BIGBANG, BLACKPINK, G-Dragon, iKON dan Lee Hi.[4][5][6][7][8]
Choice37 | |
---|---|
Nama lahir | Robin Cho |
Kelahiran | Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
Genre | K-pop, Hip hop, R&B |
Pekerjaan | Penerbit rakaman, penulis lagu, DJ |
Syarikat pengurusan | YG |
Pengkarya berkait | Longevity Crew |
Choice37 telah dilahirkan dan dibesarkan Los Angeles, California, Amerika Syarikat, di mana beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan hip-hop, Longevity Crew. Kumpulan ini telah melancarkan sebuah album iaitu Everything Builds pada tahun 2005.[9] Choice37 juga sendiri telah melancarkan satu album solo, Diligence.[10] Pada 2008, beliau berpindah ke Korea Selatan di mana beliau diperkenalkan kepada ketua pegawai eksekutif YGE ketika itu, Yang Hyun-suk melalui rakan masa kecil dan penerbita rakaman Teddy Park. Choice37 kemudiannya bekerja untuk YG dan lagu beliau "Butterfly" (Kupu-kupu) yang dipersembahkan oleh G-Dragon dilancarkan pada tahun 2009.[2]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2013 | Anugerah Rhythmer | Penerbit Tahun Ini | Menang | [2] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.