From Wikipedia, the free encyclopedia
Berma[1] (Jawi: برما), Berhama atau Berahma (Jawi: برهما, Sanskrit: ब्रह्मा, rumi: Brahmā ) merupakan pencipta alam semesta dalam kepercayaan agama Hindu dan salah satu daripada Trimurti selain Wisnu (sebagai dewa pemelihara) dan Siwa (sebagai dewa pemusnah) yang dipercayai berterusan selama-lamanya. Brahma tidak sama dengan Brahman dalam falsafah Vedanta.
Rencana ini adalah mengenai dewa pencipta dalam agama Hindu. Untuk konsep agama Buddha, sila lihat Brahma (agama Buddha). Untuk kegunaan lain, lihat Brahman (nyahkekaburan).
Berma Berhama/Berahma | |
---|---|
Ukiran Brahma di sebuah kuil di Halebidu | |
Dewa pencipta | |
Devanagari: | ब्रह्मा |
Penggabungan: | Dewa |
Kediaman: | Brahmapura |
Pasangan: | Saraswati |
Wahana/Gunung: | Angsa |
Maka, Brahma merupakan sumber, benih segala-galanya. Brahma menjadi sumber yang melahirkan ruang, masa, sebab-akibat, nama dan rupa. Secara falsafah, Brahma merupakan tahap pertama penjelmaan idea keindividuan atau ego (ahankara). Secara teologi, Brahma adalah Pencipta yang tidak dicipta (Svayambhu), Manusia Pertama.
Meskipun Brahma adalah Tuhan Maha Esa dalam fungsinya sebagai Pencipta, tidak ada kuil khusus untuk pemujaan-Nya kecuali kuil di Pushkar (berdekatan Ajmer, Rajasthan). Beberapa Purana cuba memberikan alasan yang lemah untuk menjelaskan keadaan pelik ini. Namun, kemungkinan kultus Brahma telah wujud pada zaman sebelum Veda dan kemudiannya, kebangkitan kultus-kultus Vishnu dan Siva telah mengatasi kultus Brahma. Dengan perkembangan konsep Shakti, kedua-dua Vishnu dan Siva mempunyai Shakti masing-masing untuk membantu proses ciptaan. Maka, dengan perkembangan konsep bahawa Tuhan bersatu dengan Shaktinya untuk mencipta alam semesta ini, telah menjadikan Brahma hilang fungsi, dan akhirnya kedudukannya sebagai Tuhan Maha Esa.
Setiap kuil, sama ada Vishnu dan Siva, mesti mempunyai sebuah sudut di dinding utara untuk imej Brahma. Imej ini mesti dipuja setiap hari kerana Brahma adalah Parivaradevata (Pengiring Dewa utama).
Nama 'Narayana' ('seseorang yang berada di lautan' atau 'kediaman manusia') pada asalnya digunakan untuk Brahma dan hanya kemudian untuk Maha Vishnu.
Biasanya Brahma digambarkan dengan empat kepala yang menghadap empat arah. Empat kepalanya juga secara simbolik merujuk kepada empat Veda, empat Yuga (zaman), dan empat varna (pembahagian masyarakat berdasarkan sifat semulajadi, persekitaran dan pekerjaan). Biasanya, Brahma mempunyai janggut dan mata-Nya sering tertutup dalam meditasi. Brahma mempunyai empat tangan dalam gaya-gaya berlainan. Tangan-tangan-Nya juga merujuk kepada empat arah (utara, selatan, timur, dan barat). Objek-objek yang dipegang-Nya ialah akshamala (tasbih), kurca (berus daripada rumput kusa), sruk (senduk), sruva (garpu), kamandalu (kendi), dan pustaka (kitab). Kombinasi ini sering bertukar dari imej ke imej.
Akshamala atau tasbih menunjukkan masa dan kendi air bermaksud, Air Sebeb-Penyebab yang mewujudkan dunia ini. Brahma mengawal masa dan prinsip sebab-penyebab. Rumput kusa, senduk, dan garpu mewakili sistem ritual korban. Kitab ialah simbol ilmu sekular dan ilmu rohani. Brahma adalah pemberi segala ilmu.
Tangan Brahma menandakan gaya abhaya (perlindungan) dan varada (rahmat).
Ikon Brahma biasanya berada dalam keadaan berdiri (atas sekumtum teratai) atau duduk di atas Hamsa (sejenis burung angsa). Hamsa juga adalah simbol ilmu dan diskriminasi antara baik-buruk.
Terdapat beberapa cerita mitos mengenai Brahma sebagai Pencipta dan Pasangan-Nya, Saraswati Devi (Dewi Ilmu). Antaranya ialah:
Meskipun, di India hanya terdapat sebuah kuil Brahma di Pushkar, Rajasthan, Brahma adalah seorang dewa yang popular di luar benua India. Terdapat beberapa buah kuil-kuil Brahma di Indonesia dan Thailand.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.