Billy Zulkarnain

From Wikipedia, the free encyclopedia

Billy Zulkarnain merupakan sebuah duo muzik pop Malaysia, terdiri daripada dua bekas ahli kumpulan Phyne Ballerz, iaitu Sheikh Ahmad Rabily Sheikh Abdul Rahman (Billy) dan Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri (Nine). Duo ini meraih kejayaan dalam tempoh singkat, terkenal dengan single popular seperti "Hati Terluka" dan "Talian Terputus".[1][2][3] Pada tahun 2018, mereka merupakan salah satu daripada peserta Gegar Vaganza musim kelima.

Fakta Segera Berasal dari, Genre ...
Billy Zulkarnain
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif
  • 2005–2006
  • 2018–kini
Syarikat rakaman
KRU Records
Pengkarya berkait
Phyne Ballerz
Bekas ahli
Tutup

Sejarah

Berikutan pembubaran kumpulan Phyne Ballerz pada lewat 2005, dua daripada empat ahlinya, Billy dan Nine menubuhkan kumpulan baru yang mengambil nama mereka sebagai nama kumpulan, iaitu Billy Zulkarnain sebagai pecahan kepada Phyne Ballerz.[4] Album studio pertama senama mereka telah dikeluarkan di bawah KRU Records, 3 lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, iaitu "Hati Terluka", "Talian Terputus" dan "Kembali Lagi". Ekoran faktor pasaran muzik pada masa itu, Billy Zulkarnain hanya bertahan selama setahun, sejak itu Billy dan Nine memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing.[5] Pada tahun 2018, selepas lebih 12 tahun menyepi, Billy Zulkarnain membuat kemunculan semula dalam rancangan Gegar Vaganza musim kelima.

Gegar Vaganza 2018

Billy Zulkarnain merupakan salah satu daripada 3 kumpulan yang bertanding sebagai peserta Gegar Vaganza musim kelima pada 2018. Mereka telah memenangi tempat kelima sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000. Berikut ialah senarai persembahan duo ini:

Maklumat lanjut Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 5), Konsert ...
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 5)
Konsert Tema Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Oh Dia Ke? "Hati Terluka" Diri mereka sendiri Ke-7 SELAMAT
Minggu 2 Dalam Diam Aku Mencintaimu "Mentari Muncul Lagi" Slam Ke-6 SELAMAT
Minggu 3 Lain Macam "Mahakarya Cinta" Faizal Tahir Ke-3 SELAMAT
Minggu 4 Bergegar Bergabung "Hanya Memuji" (duet bersama Siti Nordiana) Shanty & Marcell Ke-8 SELAMAT
Minggu 5 Lama Tak Dengar "Antara Anyer dan Jakarta" Sheila Majid Ke-6 SELAMAT
Minggu 6 Terbaik, Bos! "Back at One" Brian McKinght Ke-8 SELAMAT
Minggu 7 Road To Final Pusingan 1: "Mengenangmu"
Pusingan 2: "Mulanya Di Sini"
Kerispatih
Freedom
Ke-6 SELAMAT
Minggu 8 Final Round Duet Platinum: "Curiga" (duet bersama Idayu)
Battle (Hip Hop): "Bunga" (bersama Zamani Ibrahim)
Ning Baizura
Altimet
Ke-2
Ke-3
TEMPAT KEENAM
Tutup

Diskografi

Album studio

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...
Tajuk Butiran album
Billy Zulkarnain
Tutup

Single

Maklumat lanjut Tahun, Judul Lagu ...
Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2005 "Hati Terluka" Billy Zulkarnain
2006 "Talian Terputus"
"Kembali Lagi"
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.