bekas parti politik di Sarawak From Wikipedia, the free encyclopedia
Barisan Rakyat Jati Sarawak atau Sarawak Native People's Front (BARJASA) merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada Disember 1961 di Sarawak, Malaysia.[1] Parti ini merupakan parti politik alternatif kepada masyarakat Islam, dan mendapat sokongan kuat daripada orang Melayu dan suku kaum Melanau di kawasan pilihan raya Sri Aman dan Sibu. Pada 28 Mac 1968, parti ini bergabung dengan Parti Negara Sarawak (PANAS) untuk membentuk Parti Bumiputera yang kemudian bercantum dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada 30 April 1973.[2][3]
Barisan Rakyat Jati Sarawak | |
---|---|
Pemimpin | Tuanku Haji Bujang |
Ditubuhkan | Disember 1961 |
Dibubarkan | 28 Mac 1968 |
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
Semasa penubuhannya, BARJASA dipengerusikan oleh Tuanku Haji Bujang, dengan Alfred Unteng Mason selaku Setiausaha Agungnya. Penyertaan keahlian kebanyakannya daripada golongan muda yang berpelajaran, termasuk Pehin Sri Abdul Taib Bin Mahmud, yang merupakan Setiausaha Agungnya semasa pengabungan dan pembentukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada 1973.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.