baka anjing dari Bulgaria From Wikipedia, the free encyclopedia
Barak Bulgaria[lower-alpha 1], atau hanya barak, ialah satu baka anjing pemburu dari Bulgaria. Baka ini lazim di rantau utara, barat daya, tengah di Bulgaria. Kerabat terdekatnya ialah anjing penuding berbulu kasar Slovakia.[1]
Nama lain | Barak | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Bulgaria | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Barak tergolong sesama zuriat hound berbulu panjang yang pertama kali diperihalkan oleh F. Laszka pada tahun 1905 dan merupakan satu-satu baka hound berbulu panjang di rantau ini.[2]
Piawaian baka barak Bulgaria daripada Persekutuan Kinologi Kebangsaan Bulgaria menempatkan anjing ini dalam kumpulan 6 - "Anjing pemburu bau dan baka serupa", seksyen 1.2 - "Anjing pemburu bau bersaiz sederhana". Baka ini tidak diiktiraf oleh FCI.
Barak Bulgaria ialah anjing pemburu bau dengan ketinggian sederhana. Tubuhnya seimbang, kuat, dengan garis luar segi empat tepat. Lapis bulu kasarnya berwarna kuning kemerah-merahan dalam pelbagai cahaya warna, kuning jerami, atau merah gelap. Lapis bulunya dapat memiliki satu warna atau bergabung dengan kelabu atau hitam-kelabu dalam bahagian tengah tubuh. Sesetengah tompok putih dapat diterima di tempat-tempat tertentu.
Pada tahun 2020, sebuah kajian DNA mitokondrion mendapati bahawa satu spesimen anjing yang ditemukan di pekan Zaman Gangsa Via Ordiere, Solarolo, Itali yang bertarikh pada 3,600–3,280 tahun lalu mengongsi jujukan DNA (haplotip) yang terdapat pada barak Bulgaria. Tambahan pula, hampir semua spesimen purba Bulgaria dalam kajian itu mengongsi haplotip-haplotip dengan sampel-sampel purba Itali.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.