Banjir Arab Saudi 2009
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada tahun 2009, sebuah banjir besar menjejaskan kawasan Jeddah, di pantai Laut Merah (barat) Arab Saudi, dan kawasan-kawasan lain di wilayah Makkah.[2][3] Banjir ini telah disifatkan oleh para pegawai pertahanan awam sebagai yang terburuk dalam masa 27 tahun.[4] Tepat pada 29 November 2009, dilaporkan 106 orang telah terbunuh,[1] manakala 350 orang lagi hilang.[2] Sebilangan jalan raya ditenggelami sedalam satu meter pada 26 November, sementara kebanyakan mangsanya dipercayai lemas dalam kereta sendiri. Sekurang-kurangnya 3,000 buah kenderaan dihanyutkan atau dimusnahkan oleh banjir.[2][5][6] Bilangan mangsa terkorban dijangka meningkat setelah air bah surut untuk membolehkan pasukan penyelamat mencari kenderaan yang terkandas.[7]
Tarikh | – |
---|---|
Tempoh | 25 November 2009 |
Tempat | Jeddah dan kawasan-kawasan lain di wilayah Makkah |
Lokasi | Arab Saudi |
Kematian | 106 [1] (lebih 350 hilang) |
Harta benda rosak | SAR 1 juta (kerugian perniagaan sahaja)AS$270 juta (kerugian perniagaan sahaja) |
Hujan lebat berukuran lebih 90 milimeter (3½ inci) bercurah di Jeddah dalam masa empat jam sahaja pada 25 November,[2][5] iaitu hampir dua kali purata taburan hujan sepanjang tahun,[8] menjadikannya hujan yang terlebat di Arab Saudi dalam masa sedekad.[9] Banjirnya tiba dua hari sebelum Aidiladha[4] dan di tengah-tengah perarakan haji tahunan ke Makkah.[10] Kerugian perniagaan dianggarkan pada sebilion riyal (AS$270 juta).[note 1] Kawasan-kawasan perumahan kurang berpendapatan di selatan Jeddah teruk terjejas khususnya,[11][12] begitu juga kawasan sekeliling Universiti Raja Abdulaziz yang ditutup sempena cuti ketika berlakunya banjir, sekaligus mengelakkan ramai lagi mangsa terkorban.[13]
Bandaraya Jeddah terletak di pantai Laut Merah, di bawah tubir utara lembah rekah Laut Merah yang dikenali sebagai Jabal al-Hejaz, yang mencecah 600–1,000 meter (1,800–3,000 kaki) di situ. Jumlah penduduk bandaraya itu adalah sekitar 3.4 juta (anggaran 2009) dalam kawasan bandar seluas 1,765 km2 (681 batu persegi), maka ketumpatan penduduknya ialah 1,900 orang/km2 (5,000 orang/batu persegi). Iklimnya kering-kontang, tetapi menerima hujan antara dari bulan November hingga Januari dengan iringan ribut petir.[14]
Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
11.2 (0.4) |
4.5 (0.2) |
4.2 (0.2) |
1.0 (0.0) |
0.9 (0.0) |
0.0 (0.0) |
0.1 (0.0) |
0.0 (0.0) |
0.1 (0.0) |
0.6 (0.0) |
18.2 (0.7) |
16.2 (0.6) |
Jumlah: 56.1 mm (2.2 in.). Sumber: Global Historical Climatology Network, version 1 |
Sekurang-kurangnya tertumpunya 11 buah wadi di bandaraya,[11] maka sering berlakunya pembanjiran kecil setempat selepas hujan. Pada November 2009, hanya kira-kira 30% kawasan bandaraya terlindung daripada banjir kilat, itupun dengan saluran paip berdiameter satu inci (25 milimeter) sahaja.[15]
Hari Rabu, 25 November ialah hari pertama perarakan Haji sekitar Makkah sempena Aidiladha, bermula dari Jeddah sebagai pintu masuk utama untuk jemaah haji dari luar negara. Bilangan jemaah haji dari luar negara, dan juga warga Saudi,[16] tidak seramai tahun-tahun terdahulu, gara-gara wabak selesema H1N1. Bagaimanapun, lebih 1.6 juta dipercayai menyertai perarakan haji kali ini.[9]
Menurut Kementerian Dalam Negeri Saudi, tiada sesiapa mangsa banjir yang menyertai ibadah haji.[2][3] Namun begitu, lebuhraya Haramain utama di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dan Makkah ditutup pada 25 November, menyebabkan ribuan jemaah haji terkandas. Beberapa bahagian lebuh raya berukuran 80 kilometer (50 batu) itu dilaporkan roboh, manakala jambatan Jamia di bahagian timur Jeddah runtuh separanya.[4] Lebuh raya itu kekal ditutup pada 26 November atas kebimbangan bahawa jambatan tersebut akan runtuh sepenuhnya.[6]
Hujan turun dengan begitu lebat di Makkah pada 25 November,[10] dan juga di bandar Mina, tempat perkhemahan jemaah haji besar-besaran. Cuacanya kembali cerah pada 26 November, tetapi para jemaah haji terpaksa mengharungi bahang terik di dataran Gunung Arafat pada hari kedua perjalanan mereka.[9][17] Hassan Al-Bushra, seorang ahli epidemiologi di pejabat Kaherah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, berkata “tiadanya bukti” bahawa hujan akan memburukkan perebakan virus A(H1N1), begitu juga dengan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.[17]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.