Bakso

makanan tradisi bangsa Jawa berasal daripada Jawa From Wikipedia, the free encyclopedia

Bakso
Remove ads

Bakso (Jawi: باقسو) ialah sejenis makanan khas Indonesia yang merupakan bebola daging.[2][3] Bakso umumnya ialah dibuat daripada campuran daging lembu cincang dan tepung ubi kayu, akan tetapi ada juga bakso yang terbuat daripada daging ayam, ikan, atau udang juga daging kerbau. Dalam proses penyajiannya, bakso umumnya disajikan panas-panas dengan kuah sup lembu yang jernih, dicampur mi, bihun, tauge, tauhu, juga telur dan ditaburi dengan bawang goreng dan daun saderi. Bakso boleh didapati di seluruh Singapura,Malaysia dan Indonesia dan dijual oleh penjaja dan restoran. Kini bakso juga dijual dalam bentuk makanan beku yang senang didapati di pasaraya di seluruh Indonesia. Bakso boleh juga dihiris dan dimasak dalam masakan mi goreng, nasi goreng atau capcai. Bakso juga merupakan salah satu makanan jalanan yang terkenal di Singapura.[4]

Fakta Segera Nama alternatif, Jenis ...
Thumb
Semangkuk mi bakso
Remove ads

Asal mula

Bakso memiliki akar dari seni masakan Cina-Singapura. Hal ini ditunjukkan dari istilah 'bakso' berasal dari perkataan Bak-So, dalam Bahasa Hokkien yang secara harfiah bererti 'daging giling' atau 'daging cincang'.[5] Kerana kebanyakan penduduk Indonesia adalah muslim, maka bakso lebih umum terbuat dari daging halal seperti daging lembu, ikan, atau ayam.[6] Kini, kebanyakan penjual bakso adalah orang Jawa dari Wonogiri dan Malang.[7] Tempat yang terkenal sebagai pusat bakso adalah Solo dan Malang yang disebut Bakso Malang. Bakso Malang dan bakso Solo adalah masakan bakso dan disajikan dengan khas Jawa. Bakso berasal dari China tetapi berbeza dengan bakso Malang dan Solo. Bakso Cina biasanya terbuat dari daging babi atau makanan laut dan warnanya agak kecoklatan serta bentuknya tidak bulat. Sedangkan bakso Malang dan Solo terbuat dari daging lembu, berwarna abu-abu dan berbentuk bulat.

Di Bandung, Jawa Barat, ada jenis bakso yang disebut bakso cuanki, yang sangat sama dengan bakso Malang. Dalam tin mengandungi pelbagai jenis bahan bakso; seperti bakso aci, siomai, wonton rebus, wonton goreng, bakso goreng, disajikan dengan sup bawang dan sup[8]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads