From Wikipedia, the free encyclopedia
Bakri Siregar (14 Disember 1922 – 19 Jun 1994) ialah seorang pengkritik sastera dan penulis sosialis Indonesia.
Bakri Siregar | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 19 Jun 1994 71) | (umur
Warganegara | Indonesia |
Terkenal kerana | Kritikan kesusasteraan Indonesia |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Kritikan sastera, penulis lakon |
Bakri Siregar dilahirkan di Langsa, Aceh, Hindia Timur Belanda pada 14 Disember 1922.[1] Beliau aktif menulis semenjak pendudukan Jepun di Indonesia pada awal tahun 1940-an, seperti yang dapat dilihat dengan satu daripada cerita pendeknya, "Tanda Bahagia" yangditerbitkan dalam Asia Raja (EYD: Asia Raya) pada on 1 September 1944.[2]
Selepas kemerdekaan Indonesia, Bakri berkunjung ke Kesatuan Soviet untuk mengkaji sosialisme dengan lebih mendalam. Beliau menganggap yang sistem di Kesatuan Soviet lebih cekap dan menguntungkan rakyat, dan ini mengukuhkan ideologi beliau. Beliau juga memuji penulis-penulis Soviet yang menolak kosmopolitanisme dan abstraksionisme.[3] Beliau menerbitkan beberapa drama sebaik pulang ke Indonesia, termasuk karya asal Tugu Putih (1950), Dosa dan Hukuman (berlandaskan Crime and Punishment oleh Fyodor Dostoyevsky), dan Gadis Teratai (berlandaskan sebuah mitos Korea).[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.