From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Tutong, juga dikenali sebagai Basa Tutong, ialah bahasa yang dituturkan oleh kira-kira 17,000 orang di Brunei. Ia adalah bahasa utama orang Tutong, kumpulan etnik majoriti di Daerah Tutong Brunei.
Tutong | |
---|---|
Tutong 2 | |
Kawasan | Brunei |
Penutur bahasa | 17,000 (2006)[1] |
Austronesia
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | ttg |
Glottolog | tuto1241 |
Tutong ialah sebuah bahasa Austronesia dan tergolong dalam kumpulan bahasa Rejang–Baram yang dituturkan di Brunei serta Kalimantan, Indonesia, dan Sarawak, Malaysia.[2] Bahasa Tutong berkaitan dengan bahasa Belait dengan kira-kira 54% perbendaharaan kata asas adalah serumpun.[3]
Hari ini, ramai penutur Tutong beralih daripada bahasa tradisional dan pencampuran kod dengan Bahasa Melayu Brunei, Bahasa Melayu baku dan Bahasa Inggeris.[4] Bahasa ini telah diberi penarafan daya hidup 2.5 berdasarkan skala 0–6 yang menggunakan ukuran kadar penghantaran kepada generasi akan datang, tahap sokongan rasmi dan kepekatan geografi penutur.[2][5] This means it is considered endangered.
Namun begitu, pemuliharaan bahasa ada diusahakan. Sejak 2012, satu modul telah diajar dalam bahasa Tutong di Universiti Brunei Darussalam.[6] Begitu juga, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei menerbitkan kamus Tutong–Melayu, Melayu–Tutong pada tahun 1991 dan senarai perkataan beberapa bahasa Brunei pada tahun 2011.[2][6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.