From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Sogdia ialah sebuah bahasa Iran Timur yang dituturkan terutamanya di wilayah kuno Sogdia di Asia Tengah (ibu kota: Samarkand; bandar-bandar utama termasuk Panjakent, Fergana, Khujand dan Bukhara), kini terletak di kawasan Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan,[4] dan Kyrgyzstan.[5] Selain itu, bahasa ini juga ditutur oleh beberapa komuniti pendatang Sogdia di China purba. Bahasa Sogdia adalah salah satu bahasa-bahasa terpenting dalam rumpun bahasa Iran Tengah bersama dengan bahasa Bactria, bahasa Saka, Parsi Pertengahan, dan bahasa Parthia. Bahasa ini mempunyai korpus sastera yang besar.
Sogdian | |
---|---|
suγδīk, 𐼼𐼴𐼶𐼹𐼷𐼸[1] | |
Asli kepada | Sogdia |
Kawasan | Asia Tengah, China |
Era | 100 SM – 1000 M Berkembang menjadi Bahasa Yaghnobi |
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-2 | sog |
ISO 639-3 | sog |
Glottolog | sogd1245 |
Bahasa Sogdia biasanya dikelaskan ke dalam bahasa-bahasa Iran Timur Laut. Tidak ada bukti langsung mengenai versi bahasa sebelumnya (Sogdia Kuno) yang dijumpai, walaupun penyebutan kawasan dalam prasasti Parsi Kuno bermaksud bahawa Sogdia yang terpisah dan dikenali wujud sejak sekurang-kurangnya sejak Kerajaan Achaemenid (559–323 SM).
Seperti bahasa Khotan, bahasa Sogdia mempunyai tatabahasa dan morfologi yang lebih konservatif berbanding Parsi Pertengahan [perlu rujukan]. Bahasa Iran Timur moden, bahasa Yaghnobi ialah keturunan dialek Sogdia yang dituturkan sekitar abad ke-8 di Osrushana, sebuah wilayah di sebelah selatan Sogdia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.