Khujand

From Wikipedia, the free encyclopedia

Khujandmap

Khujand (Tajik: Хуҷанд, rumi: Xujand; Rusia: Худжанд, rumi: Khujand; Parsi: خجند‌, rumi: Xojand), kadangkala Khodjent serta dahulunya Leninabad (Rusia: Ленинабад, rumi: Leninabad; Tajik: Ленинобод, rumi: Leninobod; Parsi: لنین‌آباد‌, rumi: Leninâbâd) dari 1936 hingga 1991, ialah bandar kedua terbesar di Tajikistan serta ibu kota provinsi Sughd. Bandar ini berkedudukan berdekatan sempadan antarabangsa negara dengan Uzbekistan serta Kyrgyzstan.

Fakta Segera Rusia: Худжанд Tajik: ХуҷандLeninabad, Negara ...
Khujand
Rusia: Худжанд
Tajik: Хуҷанд
Leninabad
Thumb
Khujand
Thumb
Thumb
Thumb
Khujand
Kedudukan di Tajikistan
Koordinat: 40°17′N 69°38′E
Negara Tajikistan
ProvinsiSughd
Keluasan
  Bandar Raya40 km2 (20 batu persegi)
  Metro
2 651.7 km2 (1 023.8 batu persegi)
Aras
300 m (1,000 ft)
Penduduk
 (2019)[1]
  Bandar Raya181,600
Zon waktuUTC+5
Kod kawasan00 992 3422
Bahasa
Laman sesawangwww.khujand.tj
Tutup

Khujand merupakan antara kota tertua di Asia Tengah, dengan usia mencecah 2,500 tahun sejak zaman Empayar Parsi. Berkedudukan di Syr Darya di Lembah Fergana, Khujand merupakan kota utama di Jalan Sutera. Selepas ditawan oleh Alexander Agung pada 329 SM, bandar ini dinamakan sebagai Alexandria Eschate dan sejak itu, telah dipegang oleh pelbagai empayar, termasuk Khalifah Umayyad (abad ke-8), Empayar Mongol (abad ke-13) dan Empayar Rusia (abad ke-19).[3] Kini, penduduk Khujand terdiri daripada orang Tajik majoriti.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.