Bahasa Bhojpuri (Mengenai audio inisebutan ) ialah bahasa daerah yang dituturkan di India tengah-utara dan timur, iaitu di:

Fakta Segera Asli kepada, Kawasan ...
Bahasa Bhojpur
๐‘‚ฆ๐‘‚ท๐‘‚”๐‘‚ฃ๐‘‚ณ๐‘‚ฉ๐‘‚ฒ
Asli kepadaIndia, Nepal, Mauritius, Nepal, Fiji, Surinam, Guyana, Trinidad dan Tobago, Singapura, Amerika Syarikat
KawasanNepal, Bihar, Uttar Pradesh, Jharkhand, Assam, Delhi, Madhya Pradesh, Bengal Barat
Penutur bahasa
180 juta
Indo-European
Kaithi
Kod bahasa
ISO 639-1bh
ISO 639-2bho
ISO 639-3
bho
Tutup

Bahasa Bhojpuri juga dituturkan di kawasan Purvanchaldi (bersebelahan Purvanchal) di dataran selatan Nepal, selain daripada Guyana, Suriname, Fiji, Trinidad dan Tobago, serta Mauritius. Kelainan bahasa Bhojpur yang dituturkan oleh orang Hindustan Suriname juga dikenali sebagai bahasa Hindi Sarnami (atau secara mudah sebagai Sarnami) apabila dicampurkan dengan perkataan Inggeris (Kreol) atau Belanda. Di Guyana dan Trinidad, satu peratusan orang India yang lebih kecil memahami bahasa Bhojpur, berbanding dengan peratusan orang India di Suriname.

Bahasa Bhojpur ialah sebahagian kontinum bahasa Hindi-Timur atau Begal yang pada suatu ketika dituturkan di kawasan yang terbentang dari Assam dan Begal ke Benares. Semasa Bihar dan Uttar Pradesh beransur-ansur menggunakan bahasa Hindi baku, bahasa Bhojpur masih banyak dituturkan di kawasan-kawasan di antara Patna dan Benares. Pemerintahan India, semasa menjalani banci, tidak bersetuju bahawa bahasa Bhojpur merupakan satu bahasa yang berasingan, tetapi sebaliknya menganggap bahasa itu sebagai salah satu dialek Hindi. Bagaimanapun, pemerintahan India kini bersedia untuk memberikan status statutori sebagai bahasa terjadual negara kepada bahasa Bhojpur.

Bhojpuri berkongsi perbendaharaan kata dengan bahasa Sanskrit, Hindi, Urdu dan bahasa-bahasa Indo-Arya India utara yang lain. Bhojpuri dan sebilangan bahasa yang amat berkait, termasuk bahasa Maithili dan bahasa Magadhi, bersama-sama dikenali sebagai bahasa Bihar. Bahasa-bahasa tersebut merupakan sebahagian daripada kumpulan bahasa Indo-Arya Zon Timur yang meliputi bahasa Benggala dan bahasa Oriya.

Terdapat banyak dialek Bhojpuri, termasuk tiga atau empat di bahagian timur Uttar Pradesh pada dirinya.

Mahapandit Rahul Sankrityayan, seorang sarjana, pakar pelbagai bidang, dan penutur pelbagai bahasa, menulis sesetengah karyanya dalam bahasa Bhojpur.[1]

Penulis lain yang terbilang termasuk Viveki Rai. Terdapat penulis lain yang juga menulis dalam bahasa Bhojpuri tetapi jumlahnya kecil sahaja berbanding dengan jumlah penuturnya. Tokoh berbahasa Bhojpur terkenal yang lain termasuk:

Beberapa tokoh terkenal lainnya adalah Bhojpuri legendaris pejuang kemerdekaan Sahajanand Swami Saraswati, presiden pertama India Rajendra Prasad, Manoj Bajpai, dan bekas Perdana Menteri India, Lal Bahadur Shastri, Chandra Shekhar. Padma Shri kokila Bihar Sharda Sinha adalah penyanyi terkenal Bhojpuri rakyat.

Bihar Kokila Padma Shri Sharda Sinha ialah seorang penyanyi muzik rakyat Bhojpur yang terkenal.

Lihat juga

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.