Bahasa-bahasa Hellenik

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bahasa-bahasa Hellenik

Hellenik ialah cabang rumpun bahasa Indo-Eropah dengan anggota utamanya bahasa Yunani.[3] Dalam kebanyakan pengelasan, cabang Hellenik hanya mengandungi bahasa Yunani sahaja,[4][5] tetapi sesetengah ahli bahasa menggunakan istilah Hellenik sebagai rumpun yang merangkumi bahasa Yunani dan variasi-variasi lain yang dipercayai berkait tetapi cukup berbeza untuk menjadi bahasa tersendiri, sama ada di kalangan bahasa-bahasa purba sejiran[6] atau salah satu variasi bahasa Yunani moden.[7]

Fakta Segera Hellenik, Taburan geografi: ...
Hellenik
Yunani
Taburan
geografi:
Yunani, Cyprus, Itali, Anatolia dan rantau Laut Hitam
Klasifikasi bahasa:Indo-Eropah
  • (?) Greko-Frigia[1]
    • Hellenik
Bahasa-proto:Bahasa Yunani Purba
Pembahagian:
ISO 639-5:grk
Linguasphere:56= (filozon)
Glottolog:gree1276[2]
Tutup

Yunani dan Makedonia purba

Kebanyakan catatan bertulis di Makedonia purba ditulis dalam bahasa Yunani Attik (kemudiannya dalam bahasa Yunani Koine),[8][9] namun bahasa daerah juga digunakan di Makedonia, ditemui pada nama, glosari purba dan batu-batu bersurat yang ditemui di Makedonia, seperti loh sumpahan Pella.[10][11][12] Variasi tempatan ini biasanya dikelaskan oleh pakar sebagai sejenis dialek Yunani Dorik Barat Laut,[nota 1] dan kadangkala sebagai dialek Yunani Aeolia[nota 2] atau bahasa menjadi/saudara bahasa Yunani yang tersendiri.[nota 3] Sesetengah pakar mencadangkan semua bahasa ini dikelompokkan dalam satu rumpun yang dipanggil "Hellenik," yang merangkumi bahasa Makedonia purba bersama dengan bahasa Yunani.[6][24]

Bahasa-bahasa Hellenik moden

Di samping itu, sesetengah ahli bahasa menggunakan "Hellenik" bagi bahasa Yunani moden dan bahasa-bahasa moden lain yang berkait tetapi dianggap bahasa tersendiri kerana tiada kesalingfahaman antara penutur kedua-dua bahasa.[25] Status "bahasa tersendiri" ini kerap melabelkan bahasa Tsakonas,[25] yang dipercayai turun daripada bahasa Dorik dan bukan Yunani Attik, serta bahasa Yunani Pontus dan Kappadokia di Anatolia.[26] Variasi Griko dan Italiot bahasa Yunani yang dituturkan di Itali selatan juga tidak begitu difahami oleh penutur bahasa Yunani biasa.[27] Sesetengah pakar juga menganggap bahasa Yunani Cyprus sebagai bahasa yang tersendiri tetapi ini tidak begitu mudah disokong.[28] Sebaliknya, bahasa Yevanik (Yahudi Yunani) boleh difahami oleh penutur bahasa Yunani biasa tetapi ia kadangkala dianggap sebagai bahasa yang berasingan disebabkan perbezaan etnik dan budaya.[28] Secara amnya, ahli linguistik Yunani menganggap semua variasi ini sebagai dialek satu bahasa.[4][29][30]

Pohon bahasa

Hellenik 
 Greek 
 IoniaAttik 

Yunani Moden Baku

Yevanik

Bahasa Yunani Cyprus

Bahasa Yunani Cappadocia

Pontus

Bahasa Yunani Krimea (Mariupolis)

Romano-Yunani (bahasa campuran)

Bahasa Yunani Italiot (diperdebatkan) 

Griko (dipengaruhi Dorik)

Yunani Calabria

Aeolia

Arcadocyprus † (berkait dengan bahasa Mikenai?)

Pamphylia

Mikenai

 Dorik 

Tsakonia (Koine dipengaruhi Dorik?; amat terancam)

(?) Makedonia Purba


Pengelasan

Hellenik merupakan cabang keluarga bahasa Indo-Eropah. Bahasa-bahasa purba yang mungkin paling rapat dengannya—bahasa Makedonia purba[31][32] (sama ada dialek Yunani kuno atau bahasa Hellenik yang tersendiri) dan Frigia,[33] tidak terakam dengan cukup bagus untuk dibandingkan dengan terperinci. Daripada semua bahasa Indo-Eropah yang masih dituturkan sehingga kini, bahasa Yunani sering dikatakan paling berkait rapat dengan bahasa Armenia[34] (lihat juga bahasa Greko-Armenia) dan bahasa Indo-Iran (lihat Graeco-Aryan).[35][36]

Nota

  1. Dipelopori oleh Friedrich Wilhelm Sturz (1808),[13] dan disokong oleh Olivier Masson (1996),[14] Michael Meier-Brügger (2003),[15] Johannes Engels (2010),[16] J. Méndez Dosuna (2012),[17] Joachim Matzinger (2016),[18] Emilio Crespo (2017),[11] Claude Brixhe (2018)[19] and M. B. Hatzopoulos (2020).[13]
  2. Dicadangkan oleh August Fick (1874),[14] Otto Hoffmann (1906),[14] N. G. L. Hammond (1997)[20] dan Ian Worthington (2012).[21]
  3. Dicadangkan oleh Georgiev (1966),[22] Joseph (2001)[6] and Hamp (2013).[23]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.