Presiden Mali From Wikipedia, the free encyclopedia
Bah Ndaw (juga dieja Ndiaw, N'Daw, N'Dah, dan N'Daou; lahir 23 Ogos 1950) ialah seorang pegawai tentera dan ahli politik Mali. Beliau telah menjadi presiden Mali sejak 25 September 2020. Antara Mei 2014 dan Januari 2015 beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.
Bah Ndaw | |
---|---|
Presiden Mali (Pemangku) | |
Memegang jawatan 25 September 2020 | |
Perdana Menteri | Moctar Ouane |
Naib Presiden | Assimi Goïta |
Didahului oleh | Assimi Goïta (sebagai Ketua Jawatankuasa Nasional untuk Keselamatan Rakyat Mali) |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 28 Mei 2014 – Januari 2015 | |
Presiden | Ibrahim Boubacar Keïta |
Perdana Menteri | Moussa Mara |
Didahului oleh | Soumeylou Boubèye Maïga |
Butiran peribadi | |
Lahir | San, Sudan Perancis (sekarang Mali) | 23 Ogos 1950
Alma mater | École Militaire Interarmes, Koulikoro École de guerre[1] |
Kerjaya ketenteraan | |
Kesetiaan | Mali |
Perkhidmatan | Tentera Udara Mali |
Tahun perkhidmatan | 1973-2012 |
Pangkat | Kolonel |
Ndaw lahir pada 23 Ogos 1950 di San, Mali.
Beliau menyertai Angkatan Tentera Mali sebagai sukarelawan pada 1973 dan lulus dari interarmes militaire l'École (EMIA) di Koulikoro pada tahun yang sama. Pada 1974 beliau dihantar ke Kesatuan Soviet untuk menerima latihan helikopter.[2]
Pada 1977 Ndaw menjadi sebahagian daripada Tentera Udara Mali.[2] Pada satu ketika, Ndaw berperanan sebagai pembantu kepada Presiden Mali Moussa Traoré.[3] Beliau mengundurkan diri dari jawatan ini pada 1990 sebagai protes campur tangan isteri Traoré dengan urusan pemerintahan.[1]
Di bawah pemerintahan Presiden Alpha Oumar Konaré, Ndaw bertugas sebagai timbalan ketua kakitangan Tentera Udara Mali antara tahun 1992 dan 2002.[1] Pada 1994, beliau lulus dari École de guerre di Paris, Perancis.[2] Pada 2003 Ndaw menjadi ketua kakitangan Tentera Udara Mali.[1] Sepanjang kerjayanya, beliau juga berkhidmat sebagai timbalan ketua kakitangan Pengawal Kebangsaan Mali.[2]
Dari tahun 2008 sehingga bersara pada 2012, beliau menjadi ketua Biro urusan veteran dan mangsa perang.[4] Ndaw bersara dengan pangkat Kolonel Mejar.[5]
Pada 28 Mei 2014 Ndaw menggantikan Soumeylou Boubèye Maïga sebagai Menteri Pertahanan di bawah Presiden Ibrahim Boubacar Keïta.[5][6][7] Semasa dalam jawatan beliau menandatangani perjanjian pertahanan dengan Perancis. Beliau juga mengusahakan penyusunan semula Angkatan Tentera Mali.[5]
Pada 21 September 2020 setelah rampasan kuasa beberapa minggu sebelumnya, Ndaw dilantik sebagai presiden oleh sekumpulan 17 pemilih.[8] Assimi Goïta dilantik sebagai naib presiden. Pemerintahan sementara mereka dijadualkan untuk memimpin dalam tempoh 18 bulan setelah rampasan kuasa 2020 di Mali,[3] langkah pencalonan ini turut mendapat pujian pemimpin berpengaruh tertentu seperti Mahmoud Dicko.[3] Pemimpin M5-RFP yang aktif sejak protes Mali 2020, juga memberi isyarat sokongan.[6] Ndaw dirasmikan sebagai presiden pada 25 September.[9]
Setelah menjawat jawatan secara rasmi Ndaw menyatakan bahawa beliau akan memerangi rasuah, penipuan pilihan raya dan menghormati perjanjian antarabangsa yang telah dibuat sebelumnya.[9] Beliau juga menegaskan akan terus memerangi pasukan pengganas dan mencegah penyalahgunaan orang awam oleh angkatan bersenjata Mali.[10][11] Berikutan pelantikan Ndaw, Jean-Claude Brou, Presiden Suruhanjaya Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS) menyatakan bahawa ECOWAS hanya akan menarik balik sekatan terhadap Mali sekiranya seorang Perdana Menteri awam dilantik oleh Ndaw.[9][11] Pada 28 September Ndaw menamakan Moctar Ouane sebagai Perdana Menteri.[12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.