From Wikipedia, the free encyclopedia
Badan Peguam Malaysia atau Majlis Peguam Malaysia ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 (kemudian dimansuhkan digantikan oleh Akta Profesion Undang-undang 1976). Tujuan badan ini adalah untuk mendukung kedaulatan undang-undang dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang dan kepentingan orang ramai.
Profesion undang-undang Malaysia mempunyai lebih kurang 12,000 ahli dan keahliannya sedang bertambah sebanyak 10-15% setahun. Setiap peguam bela dan peguam cara adalah ahli Badan Peguam Malaysia secara automatik asalkan mereka memegang perakuan amalan yang sah.
Badan Peguam Malaysia terdiri daripada tiga enam (36) ahli yang dipilih setiap tahun untuk menguruskan urusan-urusan dan melaksanakan fungsi-fungsi badan ini:
Ahli-ahli jawatankuasa Badan Peguam Malaysia yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari dipilih setiap tahun oleh Badan Peguam dalam mesyuarat pertama yang secara tradisi diadakan sebaik saja Mesyuarat Agung Tahunan bertamat. Ahli-ahli jawatankuasa adalah pengamal undang-undang penuh masa dan pelantikan-pelantikan kehormat ini adalah tertakluk kepada pemilihan semula setiap tahun. Kecuali jawatan Bendahari yang tidak diperuntukkan dalam Akta, setiap ahli jawatankuasa tidak boleh memegang jawatannya melebihi dua tahun berturut-turut. Ahli-ahli jawatankuasa memegang jawatan ketika dipilih oleh mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan bertamat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikut. Mereka berkhidmat secara sambilan dan sukarela kerana Akta Profesion Undang-undang melarang sebarang pembayaran yuran atau gaji.
Untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan pengurusan tentang urusan-urusan Badan Peguam Malaysia, badan peguam ini menugaskan kuasa dan fungsi-fungsi Jawatankuasa dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa-jawatankuasa negeri di seluruh Malaysia atau kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik dalam Badan Peguam sendiri. Bagaimanapun jawatankuasa peguam negeri dan jawatankuasa Majlis Peguam adalah tidak bebas dan tidak mempunyai kuasa di bawah Akta untuk mengemukakan sebarang pendapat bagi pihak Badan Peguam Malaysia.
Pada 1978 Majlis Peguam mengadakan perarakan kerana membantah Akta Pertubuhan 1978 di mana semua persatuan mestilah berdaftar dan diselia dan dipantau sehingga menjejaskan hak asasi manusia.
Pada 1999 Majlis Peguam telah mengadakan perarakan secara aman sebagai tanda sokongan kepada peguam Zainur Zakaria yang menghadapi tuduhan menghina mahkamah berkaitan kes Anwar Ibrahim.
Badan Peguam pada mulanya merancang perarakan hak asasi manusia sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada 10 Disember 2007 yang bertema "Kepercayaan Saya: Kebebasan Bersuara Menerusi Muzik, Budaya dan Kesedaran". Tetapi kemudian dibatalkan kerana terpaksa memohon permit daripada polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan bahawa setiap perhimpunan mestilah mendapat permit sebagaimana tuntutan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan tidak dapat menerima syarat polis ini kerana syarat itu jelas mencabul hak berhimpun secara aman. Dato Mohamad Nazri Aziz mencadangkan Majlis Peguam membawa kes itu mahkamah untuk menentukan tafsiran Perkara 10(2) dan Akta Polis yang berkaitan dengan perhimpunan. Dalam hal ini Majlis Peguam dan pembangkang 'senada' sahaja.[1]
Pada 9 Disember 2007, Edmund Bon yang merupakan Pengerusi Biro Hak Asasi Manusia Badan Peguam telah ditahan polis kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan kain rentang di hadapan bangunan Majlis Peguam .
8 orang peguam lain telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) Jalan Pudu pada 9 Disember 2007 jam 8.30 pagi. Mereka ialah N. Surendran, Latheefa Koya, Eric Paulsen, R Sivarasa, Amer Hamzah, Anthony Andu, Norazah Othman serta seorang aktivis lain ditahan kerana hadir dalam sambutan Hari Hak Asasi Manusia di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. Bangunan Majlis Peguam terletak berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur.Timbalan Ketua Polis IPK Dang Wangi, Superintendan Che Ismail Che Hamzah tidak mahu sebarang insiden tidak diingini akan berulang.
Badan Peguam Malaysia mengadakan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008.
Majlis Peguam telah melakukan tinjauan penggunaan kalimah Allah di laman webnya, yang menyebabkan Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata bahawa tindakan begitu merupakan provokasi terhadap keputusan kerajaan terutama Majlis Raja-Raja yang telah mewartakan penggunaan kalimah Allah di seluruh negara (kecuali empat negeri) seolah-olah mencabar kedaulatan raja dan Perlembagaan negara. [2]
Pada 7 Mei 2009 Lima peguam iaitu Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalilwal, dan Syuhaini Safwan ditahan di Balai Polis Brickfields ketika cuba berjumpa dengan tahanan yang terbabit dengan protes penangkapan aktivis, Wong Chin Huat. Mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokannya.Mereka dari dari Biro Bantuan Guaman Kuala Lumpur dan ahli Majlis Peguam Malaysia .
Pada 23 Jun 2009. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menerima memorandum mengenai penangkapan tersebut daripada Majlis Peguam yang diwakili Presiden Ragunath Kesavan. Beliau berjanji memastikan “rule of law” atau kedaulatan undang-undang negara ini sentiasa diutamakan.[3]
Majlis Peguam tidak hanya mempelopori bidang perundangan Malausia bahkan ia juga bersangkut paut dengan sistem pentadbiran dan politik.
Perhimpunan haram bersih yang telah dianjurkan oleh bekas Presiden Badan Peguam Ambiga Seevaneesan dilihat sebagai satu sokongan penuh Badan Peguam terhadap pihak pembangkang dan para pendokong ideologi barat. K.Ragunath yang juga seorang bekas Presiden Badan Peguam telah menyatakan kebimbangan beliau tentang percampuran gerakan bawah tanah dengan majlis peguam. Ini akan menyebabakan majlis kotor kerana telah dipengaruh dengan isu politik. Untuk pengetahuan umum, di dala, setiap perhimpunan haram, majlis peguam akan menghantarkan satu pasukan khas untuk membantu para demosntrator sekiranya berlaku apa-apa tindakan dari pihak berkuasa. [4]
Majlis Peguam cuba untuk menyatakan diri mereka adalah sebuah badan independan. Tetapi terdapat banyak insiden berkait yang seperti menunjukkan bahawa pihak majlis peguam menyokong penuh pembangkang.[5] Bekas presiden majlis peguam K.Ragunath pernah menyatakan ketidakpuashatian beliau di dalam satu forum berkenaan kredibiliti majlis peguam apabila terlibat secara langsung dengan pihak pembangkang.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.