Ba gua

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ba gua

Ba gua (Bahasa Cina: 八卦; pinyin: bāguà; Wade-Giles: pakua; secara harfiahnya "lapan lambang") merupakan lapan diagram yang digunakan dalam ilmu kosmologi Tao untuk melambangkan prinsip-prinsip atas alam nyata yang dipandang sebagai lapan konsep yang saling bersangkut paut. Setiap satunya terdiri daripada tiga garis, setiap satunya "patah" atau "tak patah", yang masing-masing melambangkan yin dan yang. Oleh sebab strukturnya yang bertiga, ia juga sering dipanggil "trigram".

64

Trigram-trigram ini berkaitan dengan falsafah taiji dan "lima unsur".[1] Hubungan sesama trigram-trigram ini dilambangkan dalam dua susunan, iaitu Lapan Lambang Syurga Asal (先天八卦)[2] atau "Lapan Lambang Fuxi" (伏羲八卦), dan Lapan Lambang Syurga Kemudian (後天八卦)[2] atau "Lapan Lambang Raja Wen" (文王八卦). Trigram-trigram ini menunjukkan persamaan dalam bidang-bidang astronomi, astrologi, geografi, geomansi, anatomi, kekeluargaan, dan lain-lain.[3][4]

Naskhah klasik Cina Buku Perubahan terdiri daripada 64 pasangan trigram (iaitu "heksagram") yang boleh diperoleh serta huraian-huraian tentangnya.

Maklumat lanjut 乾 Qián ☰, 兌 Duì ☱ ...
八卦 Bāguà—Lapan trigram
乾 Qián
兌 Duì
離 Lí
震 Zhèn
巽 Xùn
坎 Kǎn
艮 Gèn
坤 Kūn
LangitRawaApiPetirAnginAirGunungTanah
天 Tiān澤 Zé火 Huǒ雷 Léi風 Fēng水 Shuǐ山 Shān地 Dì
Tutup

Fuxi "Syurga Awal"

Susunan bagua Fuxi.
Maklumat lanjut 卦名 Nama, 自然 Sifat Alam ...
卦名
Nama
自然
Sifat Alam
季节
Musim
性情
Keperibadian
家族
Ahli Keluarga
方位
Arah
意義
Maksud
 Qián天 LangitMusim PanasPencipta父 Bapa南 SelatanTenaga yang mengambang, langit.
 Xùn風 AnginMusim PanasPelembut長女 Puteri Sulung西南 Barat dayaPenembusan yang lembut, keanjalan.
 Kǎn水 AirMusim LuruhYang Teruk中男 Putera Tengah西 BaratBahaya, sungai deras, jurang dalam, bulan.
 Gèn山 GunungMusim LuruhYang Pegun少男 Putera Bongsu西北 Barat lautKepegunan, ketidakbolehgerakan.
 Kūn地 TanahMusim SejukPenerima母 Ibu北 UtaraTenaga yang menerima, iaitu tenaga penghasil.
 Zhèn雷 PetirMusim SejukPencetus長男 Putera Sulung東北 Timur lautPerangsangan, putaran, pembahagian.
 Lí火 ApiMusim BungaPelekap中女 Puteri Tengah東 TimurPergerakan cepat, seri, matahari.
 Duì澤 RawaMusim BungaPeriang少女 Puteri Bongsu東南 TenggaraKeriangan, kepuasan, ketersendatan.
Tutup

Raja Wen "Syurga Kemudian"

Thumb
Susunan bagua Raja Wen.
Maklumat lanjut 卦名 Nama, 自然 Sifat Alam ...
卦名
Nama
自然
Sifat Alam
季节
Musim
性情
Keperibadian
家族
Ahli Keluarga
方位
Arah
意義
Maksud
 Li火 ApiMusim PanasPelekap中女 Puteri Tengah南 SelatanPergerakan cepat, seri, matahari.
 Kun地 TanahMusim PanasPenerima母 Ibu西南 Barat dayaTenaga yang menerima, iaitu tenaga penghasil.
 Dui澤 RawaMusim LuruhPeriang少女 Puteri Bongsu西 BaratKeriangan, kepuasan, ketersendatan.
 Qian天 LangitMusim LuruhPencipta父 Bapa西北 Barat lautTenaga yang mengambang, langit.
 Kan水 AirMusim SejukYang Teruk中男 Putera Tengah北 UtaraBahaya, sungai deras, jurang dalam, bulan.
 Gen山 GunungMusim SejukYang Pegun少男 Putera Bongsu東北 North­eastKepegunan, ketidakbolehgerakan.
 Zhen雷 PetirMusim BungaPencetus長男 Putera Sulung東 TimurPerangsangan, putaran, pembahagian.
 Xun風 AnginMusim BungaPelembut長女 Puteri Sulung東南 TenggaraPenembusan yang lembut, keanjalan.
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.