Azman Adnan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Azman Adnan (Jawi: غزمان عدنان) lahir pada 1 November 1971) merupakan bekas penyerang Malaysia pada era 90 hingga 2000. Dia pernah memenangi kasut emas Liga Perdana I Malaysia pada tahun 1999 apabila menjaringkan 13 gol buat pasukan Pulau Pinang.[1]

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
Azman Adnan
Maklumat peribadi
Nama penuh Azman Adnan
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1989-1992
1993-1998
1999
2000-2001
2002
2003
2004
Kuala Lumpur
Selangor
Pulau Pinang
Negeri Sembilan
Selangor
Negeri Sembilan
Selangor
0 225 0 (129)
Pasukan kebangsaan
1991-2000 Malaysia 052 0 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 Mac, 2021
Tutup

Azman juga merupakan salah seorang lagenda bola sepak Selangor. Dia memenangi beberapa gelaran bersama Selangor yang merupakan pasukan yang disokong oleh beliau sejak kecil seperti Piala Malaysia, Liga Malaysia, dan Piala FA Malaysia sehingga pernah digelar sebagai Mokhtar Dahari yang kedua.

Bersama Malaysia Azman berjaya memenangi Pesta Bola Merdeka 1993 setelah menumpaskan bekas musuh tradisi Korea Selatan dimana dia menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir. Kali terakhir Azman menyarung jersi Malaysia ialah pada kejohanan Piala Tiger 2000 di Bangkok Thailand dimana dia berjaya menjaringkan tiga gol. Secara keseluruhan, Azman beraksi sebanyak 52 perlawanan dan menjaringkan 17 gol bertaraf FIFA 'A' untuk skuad senior Malaysia.[2]

Setelah bersara, Azman menjadi jurulatih kepada pasukan remaja Kuala Lumpur. Dia kemudian menjadi pembantu jurulatih untuk PDRM FA. Dia juga pernah menyertai rancangan realiti TV Sehati Berdansa (saluran Astro Ria) pada tahun 2007.[3] Azman juga mempunyai saluran Youtube sendiri iaitu The Azman Adnan.[4]

Gol Antarabangsa

Hanya melibatkan perlawanan FIFA 'A'.

Kejuaraan

Selangor FA
Negeri Sembilan FA
Malaysia

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.