Aye-aye

From Wikipedia, the free encyclopedia

Aye-aye

Aye-aye (Daubentonia madagascariensis) adalah sejenis lemur atau warik berjari panjang dan bergigi panjang tidak henti[3] berasal dari Madagaskar; jari-jemari ia yang panjang memberikannya kelebihan mendapatkan serangga yang dijolok dari rongga pokok[4] terutamanya jari tengah ia yang sangat panjang.[4]

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Aye-aye
Thumb
CITES Appendix I (CITES)[2]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Stepsirrhini
Keluarga:
Daubentoniidae
Genus:
Daubentonia
Nama binomial
Daubentonia madagascariensis
Gmelin, 1788
Species
  • D. madagascariensis
  • D. robusta
Thumb
D. madagascariensis distribution[1]
Sinonim

Family:

  • Cheiromyidae I. Geoffroy St. Hilaire, 1851
  • Chiromyidae Bonaparte, 1850

Genus:

  • Aye-aye Lacépède, 1799
  • Cheiromys G. Cuvier, 1817
  • Cheyromys É. Geoffroy, 1803
  • Chiromys Illiger, 1811
  • Myslemur Anon. [?de Blainville], 1846
  • Myspithecus de Blainville, 1839
  • Psilodactylus Oken, 1816
  • Scolecophagus É. Geoffroy, 1795

Species:

  • daubentonii Shaw, 1800
  • laniger G. Grandidier, 1930
  • psilodactylus Schreber, 1800
Tutup

Haiwan ini adalah satu-satunya spesies masih ada dari genus Daubentonia keluarga Daubentoniidae; ia dikelaskan sebagai suatu spesies terancam oleh IUCN.

Penamaan

Nama haiwan ini diserap melalui bahasa Perancis daripada kata bahasa Malagasi hay hay atau aiay[5] (juga: ahay, haihay[6]) iaitu panggilan diberikan mengelak dari menyebut nama asal atas sebab pantang larang masyarakat setempat.[7]

Taburan dan habitat

Aye-aye menghabiskan hidup mereka di pohon-pohon hutan hujan dan mengelak diri turun ke tanah,[8] sebaliknya hinggap di sarang berbentuk bola yang terbuat dari daun dan ranting pokok kayu.[8]

Ciri fizikal

Tubuh aye-aye dewasa mampu mencapai sepanjang 90 sentimeter: bahagian kepala dan badan berjarak 36–43 sm manakala bahagian ekor lebih besar dari tubuh berukuran 56–61 sm.[8] Mata haiwan ini juga besar dengan telinga yang sensitif.[8] Badan ia dilitupi bulu berwarna perang gelap atau hitam dan lebat di ekor.

Haiwan ini memiliki jari yang tipis dan panjang serta memiliki jari tengah yang lebih panjang untuk mencari dan mengambil larva dari rongga kayu.[9]

Tabiat

Pemakanan

Aye-aye aktif di malam hari. Ia menghendap-hendap di pepohonan untuk mendengarkan larva yang bergerak di bawah kulit pohon.[8]

Selain mengambil larva untuk dimakan, jari tengah aye-aye yang panjang juga berguna untuk menceduk isi kelapa dan buah-buahan lain yang juga menjadi makanannya.[8]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.