Astro (kumpulan muzik)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Astro (Hangul: 아스트로; digayakan dalam semua huruf besar) adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Fantagio pada tahun 2016.[1] Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli: MJ, JinJin, Cha Eun-woo dan Yoon San-ha.[2] Pada asalnya kumpulan enam orang ahli, Rocky meninggalkan kumpulan ini pada 28 Februari 2023[3] dan Moon Bin meninggal dunia pada 19 April 2023.[4] Kumpulan ini debut pada 23 Februari 2016 dengan album mini pertama mereka Spring Up dan kemudiannya dinamakan oleh Billboard sebagai salah satu kumpulan K-pop baru yang terbaik pada 2016.[5]
Astro | |
---|---|
![]() Astro pada bulan September 2017. Dari kiri ke kanan: Sanha, MJ, Moon Bin, Eunwoo, JinJin dan Rocky | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2016 | –sekarang
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi Korea |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Sejarah
Pra-debut
Ahli-ahli Astro dikenali sebagai iTeen Boys semasa latihan sebagai sebahagian daripada Fantagio iTeen, program pembangunan bakat baru di bawah agensi pengurusan Fantagio. Nama dan ahli kumpulan diumumkan pada bulan Ogos 2015.[6] Bulan itu, mereka membintangi siri drama web bertajuk To Be Continued.[7] Drama web ini menampilkan mereka sebagai diri sendiri, serta Kim Sae-ron, Seo Kang-joon dan Hello Venus.[8]
Pada Januari 2016, Astro membintangi rancangan realiti mereka sendiri, Astro OK! Ready, yang disiarkan di MBC Every1 pada 7 malam waktu Korea Selatan.[9]
2016: Debut dengan Spring Up , Summer Vibes dan Autumn Story
Album mini debut pertama Astro bertajuk Spring Up , dikeluarkan pada 23 Februari 2016, dengan single utama "Hide & Seek". [10] Dalam masa seminggu selepas pelancaran, Spring Up mencapai #6 di Carta Album Dunia Billboard di Amerika Syarikat,[11] serta #4 di Carta Muzik Gaon.[12] Pada 25 Februari, kumpulan ini mengeluarkan video muzik untuk "Cat's Eye", yang mengandungi klip dari siri web mereka To Be Continued.[13] Pada bulan Mac, kumpulan ini adalah satu-satunya artis Korea yang dijemput ke LeTV Entertainment Awards di China.[14]
Album mini kedua mereka yang Summer Vibes dikeluarkan pada 1 Julai, bersama dengan single utama "Breathless".[15] Album ini memuncak pada #6 di Carta Album Dunia Billboard dan #21 di Carta Lagu Digital Dunia Billboard.[16]
Astro mengadakan persembahan di Staples Center di Los Angeles pada 31 Julai untuk KCON 2016.[17] Mereka mengadakan konsert solo pertama pada 27-28 Ogos di KEPCO Art Center di Seoul.[18] Kumpulan ini juga mengadakan persembahan di Jepun, Indonesia dan Thailand sepanjang bulan Oktober dan November.[19][20]
Album mini ketiga mereka Autumn Story dengan single utama "Confession" dikeluarkan pada 10 November.[21] Video muzik ini menampilkan rakan seagensi, Sei dari kumpulan Weki Meki.
2017: Winter Dream , Dream Part.01 dan Dream Part.02
Pada 22 Februari 2017, Astro mengeluarkan album single Winter Dream dengan single utama "Should Have Held On To You (Again)". Walaupun album ini menjadi bahagian akhir kepada konsep album bermusim mereka, ia tidak dipromosikan di rancangan muzik.[22]
Pada 29 Mei, Astro mengeluarkan album mini keempat mereka Dream Part.01 dengan single utama "Baby".[23] Kumpulan ini mengadakan konsert jelajah pertama mereka bertajuk "The 1st ASTROAD", dari 15 Julai - 29 Ogos, dengan tarikh di Seoul, Osaka dan Tokyo.[24]
Pada 1 November, Astro mengeluarkan album mini kelima Dream Part.02 dengan single utama "Crazy Sexy Cool".[25] Pada 10 Januari 2018, kumpulan ini mengeluarkan edisi terhad album Dream Part.02 versi 'Wish' yang terjual semua 10,000 salinan dalam pra-pesanan sahaja. Album istimewa ini mengandungi puisi oleh ahli Eun-woo, ucapan 'terima kasih' tersembunyi, dan gambar polaroid yang ahli-ahlinya mengambilnya sendiri.[26]
2018: Rise Up dan kumpulan hiatus
Pada 24 Julai 2018, Astro mengeluarkan album istimewa mereka Rise Up dengan single utama "Always You". Album ini tidak dipromosikan di rancangan muzik kerana isu dalaman di label mereka, Fantagio.[27] Namun, kumpulan ini menjelajah di bandar-bandar seperti Nagoya, Osaka dan Tokyo sepanjang bulan Ogos 2018.[28]
2019: All Light, Venus, Blue Flame, dan Moon Bin hiatus
Pada 16 Januari 2019, Astro mengeluarkan album studio pertama mereka All Light dengan single pertama "All Night", album pertama secara umum selepas tempoh hiatus 8 bulan mereka.[29] Untuk mempromosikan album pertama mereka, kumpulan ini mengumumkan "The 2nd ASTROAD Tour", yang merangkumi bandar-bandar di seluruh Asia dan Amerika Utara. [30] Pada 21 Januari 2019, label Fantagio mengumumkan empat pertunjukan di Amerika Syarikat selepas Jelajah Tapei ke-2 mereka, untuk diakhiri dengan tarikh lawatan seterusnya di Asia.[31]
Pada 29 Januari, Astro memenangi kemenangan program muzik pertama mereka dengan lagu "All Night" di SBS MTV The Show.[32]
Pada 3 April, Astro mengeluarkan album mini debut Jepun mereka, Venus. Ianya mempunyai tiga buah lagu Bahasa Jepun bersama tiga buah lagu dari single bahasa Korea yang diubah dalam bahasa Jepun iaitu "Baby", "Always You", dan "All Night". Album ini menduduki di #2 di carta album harian laman muzik terbesar di Jepun iaitu Oricon.[33]
Pada 12 November 2019, Fantagio Music mengumumkan bahawa Moon Bin akan haitus untuk pulih dari masalah kesihatan dan fokus pada rawatannya.[34] Pada 20 November, Astro mengeluarkan album mini keenam mereka iaitu Blue Flame dengan single dengan Nama yang sama.[35]
Moon Bin menfokuskan diri pada pemulihan dari masalah kesihatan fizikal, yang membolehkannya berehat dari promosi kumpulan kerana bahagian diedarkan semula buat sementara waktu kepada ahli lain. Walaupun begitu, Moo Bin turut serta dalam album dan muncul dalam video muzik untuk Blue Flame.[36]
2020: One&Only, Gateway, No, I Don't, dan sub-unit pertama
Pada 13 Mac 2020, Astro mengeluarkan album single khas "One & Only" untuk debut ulang tahun ke-4 mereka.[37]
Pada 4 Mei 2020, Astro mengeluarkan album mini ketujuh mereka Gateway, dengan single utama "Knock".[38] Pada 13 Mei 2020, Mereka menerima kemenangan dari rancangan muzik Show Champion untuk lagu "Knock", menandakan kemenangan kedua kumpulan.[39] Pada 28 Jun 2020, Astro mengadakan konsert "Ontact" dalam talian '2020 ASTRO Live on WWW.' untuk berkomunikasi dengan peminat dengan cara yang baru.[40] Pada 28 Jun 2020, Astro mengeluarkan single digital "No, I Don't" dan mereka mempersembahkannya untuk pertama kalinya di "2020 ASTRO Live on WWW."[41]
Pada 14 Ogos 2020, Fantagio mengesahkan bahawa Moonbin dan Yoon San-ha akan membentuk sub-unit pertama Astro dan rakaman untuk album pertama unit itu telah selesai.[42] Pada 14 September 2020, Astro Moonbin & Sanha mengeluarkan album mini pertama mereka, bertajuk Bad Idea. Mereka menerima kemenangan dalam rancangan muzik di "The Show" pada 22 September 2020 yang menandakan kemenangan pertama mereka sebagai sub-unit dan kemenangan ketiga sebagai Astro.[43] Mereka juga mencatat rekod sub-unit terpantas yang menerima kemenangan pertama dalam rancangan muzik, iaitu 8 hari.
Pada 31 Disember 2020, Astro mengeluarkan single digital khas "We Still (Be With U)" sebagai hadiah istimewa kepada peminat mereka. "We Still (Be With U)" adalah susunan baru 'We Still' dari album mini ketujuh mereka Gateway agar sesuai dengan suasana musim sejuk, mengandungi lebih perasaan hangat & emosional.[44]
2021: All Yours, Switch On dan solo pertama
Pada 5 April, Astro mengeluarkan album studio kedua mereka All Yours dengan single utama "One".[45] Pada 13 April, mereka menerima kemenangan pertama mereka untuk "ONE" di The Show, menandakan kemenangan keempat mereka sebagai kumpulan. Pada 14 April, kumpulan ini menerima kemenangan program muzik kedua mereka untuk "ONE" di "Show Champion". Pada 15 April, mereka meraih kemenangan terakhir untuk "One" di M Countdown, yang merupakan kemenangan pertama mereka di program muzik itu dan juga kemenangan keenam mereka secara keseluruhan.[46] Pada 10 Jun, All Yours disahkan platinum di Gaon dan All Yours adalah album Astro pertama yang mendapat sijil di Gaon.[47]
Pada 2 Ogos, Astro mengeluarkan album mini kelapan mereka Switch On dengan single utama "After Midnight".[48] Pada 10 Ogos, mereka menerima kemenangan pertama mereka untuk "After Midnight" di The Show.[49] Pada 11 Ogos, kumpulan ini menerima trofi program muzik kedua mereka untuk "After Midnight" di Show Champion.[50] Pada 13 Ogos, kumpulan ini memenangi trofi program muzik ketiga mereka di Music Bank yang merupakan kemenangan pertama mereka di program muzik itu dan kemenangan pertama di siaran nasional.[51] Pada 14 Ogos, kumpulan ini memenangi kemenangan keempat dan terakhir mereka untuk “After Midnight” di Show! Music Core yang merupakan kemenangan pertama mereka dalam rancangan muzik itu.[52] Pada 7 Oktober, Switch On diperakui platinum di Gaon dan ini adalah album kedua mereka yang mencapai platinum.[47]
Pada 2 September, Astro mengeluarkan single promosi "Alive" melalui Universe Music untuk aplikasi mudah alih, Universe.[53] "Alive" muncul di nombor 103 pada component Download Chart.[54]
Pada 14 Oktober, Fantagio mengesahkan bahawa ahli MJ akan membuat debut solonya dengan single semi-trot pada bulan November. Lagu ini dikeluarkan secara digital dan dihasilkan oleh pemuzik Trot Young Tak. Lagu itu juga menampilkan Kim Tae-yeon — penyanyi kanak-kanak yang pernah menjadi peserta Miss Trot 2. MJ adalah ahli pertama Astro yang mempromosikan sebagai artis solo.[55][56] Pada 29 November, dia menang dalam The Trot Show SBS dan merupakan idola k-pop pertama yang pernah memenangi tempat pertama di The Trot Show.[57]
2022–2023: Sub-unit kedua, pendaftaran MJ, Rocky meninggalkan kumpulan dan kematian Moonbin

Pada 27 Disember 2021, Fantagio mengesahkan bahawa ahli Jinjin dan Rocky akan membentuk sub-unit kedua Astro yang dipanggil Jinjin & Rocky.[58][59] Duo itu telah mengeluarkan album mini debut mereka Restore dengan single utama "Just Breath" (숨 좀 쉬자) pada 17 Januari 2022.[60] Pada 28 Januari, Fantagio mengumumkan bahawa MJ akan menghentikan sementara aktiviti kerana masalah kesihatan.[61]
Pada asalnya dijadualkan pada 13 Mac, Astro mengadakan perjumpaan peminat tahunan Astro Aroha Festival untuk memperingati ulang tahun keenam mereka pada 9 April, kali ini bertajuk 2022 Astro Aroha Festival [Gate 6]. Acara ini diadakan dalam talian dan secara peribadi, menjadikannya perjumpaan peminat pertama mereka dengan penonton secara langsung sejak 2019, sebelum pandemik COVID-19.[62] Semasa perjumpaan peminat, MJ mengumumkan dia akan menyertai tentera sebagai sebahagian daripada perkhidmatan ketenteraan wajib pada 9 Mei, menjadikannya ahli Astro pertama yang berkhidmat. Dia akan memasuki kumpulan tentera untuk perkhidmatannya.[63] Pada 16 Mei, Astro mengeluarkan album penuh ketiga mereka Drive to the Starry Road dengan single utama "Candy Sugar Pop".[64] Album itu menampilkan lagu-lagu solo yang dibawakan oleh enam orang ahli.[65] Walaupun MJ tidak akan dapat mengambil bahagian dalam aktiviti promosi kerana pendaftaran tenteranya, MJ mengambil bahagian dalam penggambaran video muzik.[66] Album itu mengungguli Carta Album Runcit Mingguan Gaon pada minggu dari 15 Mei hingga 21 Mei 2022, dengan 142,380 salinan terjual.[67][68] Single utamanya "Candy Sugar Pop" memenangi sejumlah empat kemenangan program muzik: yang pertama di The Show pada 24 Mei, yang kedua di Show Champion pada 25 Mei, yang ketiga di M Countdown pada 26 Mei[69] dan yang keempat pada 'Music Bank pada 27 Mei.[70][71] Dari 28 Mei hingga 29 Mei, Astro memulakan jelajah konsert solo ketiga mereka The 3rd Astroad to Seoul [Stargazer] di Jamsil Indoor Stadium di Seoul.[72][73][74] Mereka meneruskan jelajah mereka dengan The 3rd Astroad to Japan dari 3 hingga 4 Jun, menjual kesemua 40,000 tempat duduk di Makuhari Messe International Exhibition Hall di Chiba dekat Tokyo..[75][76] Pada 21 Julai, Astro mengeluarkan single promosi "U&Iverse" menerusi Universe Music untuk aplikasi mudah alih, Universe.[77] "U&Iverse" muncul di nombor 96 pada Circle Download Chart.[78] Pada 30 November, Astro mengeluarkan single jepun "Ichiban sukina hito ni sayonara wo iou" (1番好きな人にサヨナラを言おう; har. Mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang paling saya sayangi). Muzik video itu menampilkan ahli Astro Cha Eun-woo dan pelakon dan mode Jepun Airi Matsui dan penggambaran dirakam sepenuhnya di Jepun. Di samping itu, versi solo yang dilakukan oleh Cha Eun-woo telah dirakam untuk keluaran CD.[79] Pada 30 Disember, Fantagio mengeluarkan kenyataan rasmi dan menyatakan bahawa Jinjin, Cha Eun-woo, Moonbin dan Yoon San-ha telah memutuskan untuk memperbaharui kontrak mereka, Rocky sedang mengadakan perbincangan kontrak yang mendalam dan MJ sedang berkhidmat dalam tentera dan merancang untuk membincangkan kontraknya selepas keluar.[80]
Pada 28 Februari 2023, diumumkan bahawa Rocky akhirnya memutuskan untuk meninggalkan agensi dan kumpulan itu.[3][81] Pada 20 April, Yonhap News melaporkan bahawa Moonbin telah meninggal dunia pada petang sebelumnya,[4] yang kemudiannya disahkan oleh agensi Astro Fantagio.[82][83] Keadaan kematiannya sedang disiasat oleh polis.[4]
2024–kini: Fokus pada aktiviti solo ahli
Pada 2024, Cha Eun-woo akan memulakan Just One 10 Minutes "Mystery Elevator", konsert peminat solo pertamanya. Ia bermula pada 17 Februari di Korea Selatan dan termasuk lawatan ke Malaysia, Thailand, Filipina, Jepun, Singapura dan Indonesia.[84][85] Pada 9 Januari, Fantagio mengesahkan Cha Eun-woo akan debut sebagai penyanyi solo dan sedang bersiap untuk album solonya yang akan dikeluarkan pada separuh pertama tahun 2024.[86] Pada 8 Februari, Fantagio mengesahkan, Yoon San-ha akan mengadakan konsert teater intim "SANiGHT Project #1". Ia bermula pada 20 Mac di Korea Selatan dan Jepun.[87] Pada 15 Februari, album mini Cha Eun-woo "Entity" telah dikeluarkan yang mengandungi single utama "Stay". Video muzik itu menampilkan dia dan pelakon Amerika India Eisley.[88] Pada 23 Februari, Astro mengeluarkan single digital "Circles" sebagai lagu kejutan peminat untuk memperingati ulang tahun ke-8 debut mereka.[89]
Ahli
- MJ (엠제이)
- JinJin (진진)
- Cha Eun-woo (차은우)
- Yoon San-ha (윤산하)
Bekas ahli
Garis masa

Diskografi
Album Studio
Senarai album studio, dengan kedudukan dan penjualan carta yang dipilih
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | Pensijilan [A] | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
KOR [91] | JPN [92] | JPN [93] | US World [94] | ||||
All Light |
| 1 | 11 | — | 6 | — | |
All Yours |
| 1 | 1 | — | — | ||
Drive to the Starry Road |
| 1 | 6 | 8 | — | ||
Mini album
Tajuk | Butiran | Kedudukan tertinggi dalam carta | Jualan | Persijilan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
KOR [103] |
JPN [104] |
JPN Hot [105] |
US World [94] | ||||
Korea | |||||||
Spring Up |
|
4 | 31 | — | 6 | — | |
Summer Vibes |
|
2 | 33 | — | 6 | ||
Autumn Story |
|
6 | 18 | — | 15 | ||
Dream Part.01 |
|
1 | 19 | — | 6 | ||
Dream Part.02 |
|
2 | 17 | — | 5 | ||
Rise Up |
|
2 | 14 | — | 7 | ||
Blue Flame |
|
2 | 7 | — | — | ||
Gateway |
|
1 | 3 | 38 | — | ||
Switch On |
|
1 | 2 | — | — | ||
Album mini Jepun
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | Pensijilan |
---|---|---|---|---|
JPN [123] | ||||
Venus |
|
3 |
|
— |
Album single
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | ||
---|---|---|---|---|---|
KOR [125] |
JPN [126] |
US World [94] | |||
Winter Dream |
|
2 | 67 | — | |
One&Only |
|
4 | — | — |
|
Single
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi dalam carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
KOR [129] |
KOR Hot [130] |
JPN Hot [131] |
US World [132] | |||
Korea | ||||||
"Hide & Seek" (숨바꼭질) | 2016 | — | — | — | — | Spring Up |
"Breathless" (숨가빠) | — | — | — | 21 | Summer Vibes | |
"Confession" (고백) | — | — | — | — | Autumn Story | |
"Again" (붙잡았어야 해) | 2017 | — | — | — | — | Winter Dream |
"Baby" | — | 2 | — | 24 | Dream Part.01 | |
"Crazy Sexy Cool" | — | — | — | 11 | Dream Part.02 | |
"Always You" (너잖아) | 2018 | —[B] | — | — | — | Rise Up |
"All Night" (전화해) | 2019 | 154 | 38 | — | 6 | All Light |
"Blue Flame" | —[C] | — | — | 14 | Blue Flame | |
"Knock" (널 찾아가) | 2020 | 129 | 95 | 54 | — | Gateway |
"One" | 2021 | 17 | 94 | — | 15 | All Yours |
"After Midnight" | 4 | 88 | — | 24 | Switch On | |
"Candy Sugar Pop" | 2022 | 10 | * | — | — | Drive to the Starry Road |
Jepun | ||||||
"Hanasakemirai" | 2019 | — | — | — | — | Venus |
"All Good" (Japanese Ver.) |
2021 | — | — | — | — | Single bukan-album |
"Ichiban Suki na Hito ni Sayonara wo Iou" | — | — | — | — | ||
"Let's Say Goodbye to my Favorite Person" | 2022 | — | — | — | — | |
"-" menandakan siaran yang tidak dicatatkan atau tidak dikeluarkan di rantau itu. |
Single promosi
Kolaborasi
Tajuk | Tahun | Album |
---|---|---|
"All I Want" (bersama Hello Venus, Weki Meki) |
2018 | FM2018_12Hz |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Nota | Ref. |
---|---|---|---|
2022 | Stargazer: Astroscope | Filem dokumentari | [144] |
Siri web
Rancangan televisyen
Rancangan web
Videografi
Tahun | Tajuk | Album | Pengarah |
---|---|---|---|
Korea | |||
2016 | "Hide & Seek" (숨바꼭질) | Spring Up | Hwang Soo-Ah |
"Cat's Eye" (장화 신은 고양이) | Tidak diketahui | ||
"Breathless" (숨가빠) | Summer Vibes | Hwang Soo-Ah | |
"Confession" (고백) | Autumn Story | ||
2017 | "Baby" | Dream Part.01 | Joo Hee-Sun |
"Crazy Sexy Cool" (니가 불어와) | Dream Part.02 | Hwang Soo-Ah | |
2018 | "Always You" (너잖아) | Rise Up | SUNNYVISUAL |
2019 | "All Night" | All Light | DAWITTGOLD |
"Blue Flame" | Blue Flame | ||
2020 | "Knock" (널 찾아가) | Gateway | Yua Suh (Flipevil) |
2021 | "One" | All Yours | Wooje Kim (ETUI) |
"After Midnight" | Switch On | Paranoid Paradigm (VM Project Architecture) | |
"Alive" | Single bukan-album | 725 (SL8) | |
2022 | "Candy Sugar Pop" | Drive to the Starry Road | Yoo Sungkyun (SUNNYVISUAL) |
"U&Iverse" | Single bukan-album | Roh Ji-hoon (Studio Sapiens) | |
Jepun | |||
2019 | "Hanasakemirai" (花咲ケミライ) | Venus | Kyotaro Hayashi |
2022 | "Let's Say Goodbye to my Favorite Person" | Single bukan-album | Tidak diketahui |
Anugerah dan pencalonan
Asia Artist Awards
Tahun | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Most Popular Artists (Singer)[157] | Astro | 16th |
2017 | New Wave Award | Menang | |
Popularity Award | Menang | ||
2020 | Male Popularity Award | Astro | Tercalon |
Gaon Chart Music Awards
Tahun | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
2017 | New Artist of the Year | Astro | Tercalon |
2020 | Album of the Year – 1st Quarter | All Light | Tercalon |
Golden Disc Awards
Tahun | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
2017 | Best New Artist | Astro | Tercalon |
Popularity Award | Tercalon | ||
2018 | Disc Bonsang | Dream Part.01[158] | Tercalon |
Global Popularity Award | Astro[159] | Tercalon | |
2020 | Disc Bonsang | All Light | Tercalon |
Most Popular Artist | Astro | Tercalon | |
Best Male Performance Award | Astro[160] | Menang | |
Korean Culture Entertainment Awards
Tahun | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | K-Pop Vocalist Award | Astro | Menang |
2017 | K-Pop Vocalist Award | Astro | Menang |
2020 | K-Pop Artist Award[161] | Astro | Menang |
Melon Music Awards
Tahun | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Best New Artist | Astro | Tercalon |
Mnet Asian Music Awards
Tahun | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Best New Male Artist | Astro | Tercalon |
HotelsCombined Artist of the Year | Tercalon | ||
Seoul Music Awards
Tahun | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
2017 | Best New Artist | Astro | Tercalon |
Bonsang Award | Tercalon | ||
Popularity Award | Tercalon | ||
Hallyu Special Award | Menang | ||
2020 | QQ Music Most Popular K-Pop Artist Award[162] | Tercalon | |
2021 | K-wave Popularity Award | Tercalon | |
Main Award | Tercalon | ||
SBS Power FM Cultwo Show Awards
Tahun | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Rookie of the Year[163] | Astro | Menang |
Soribada Best K-Music Awards
Ten Asia Global Top Ten Awards
Nota
- In April 2018, the Korea Music Content Association introduced music recording certifications for albums and singles.[90]
- "Always You" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi muncul pada nombor 95 pada component Download Chart.[133]
- "Blue Flame" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi muncul pada nombor 56 pada component Download Chart.[134]
- "One & Only" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi muncul di nombor 138 pada component Download Chart.[136]
- "We Still (Be With U)" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi muncul di nombor 128 pada component Download Chart.[140]
- "Alive" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi muncul di nombor 103 pada component Download Chart.[141]
- "U&Iverse" tidak memasuki Circle Digital Chart, tetapi muncul di nombor 96 pada component Download Chart.[142]
- "Circles" tidak memasuki Circle Digital Chart, tetapi muncul di nombor 48 pada component Download Chart.[143]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.