From Wikipedia, the free encyclopedia
Anushka Sharma (disebut [əˈnʊʂkaː ˈʃərmaː]; lahir 1 Mei 1988)[1][2] ialah seorang pelakon dan penerbit filem India yang bekerja dalam filem Hindi. Salah seorang pelakon wanita popular dan bergaji tinggi di India, beliau telah menerima beberapa anugerah, termasuk Anugerah Filmfare, dan tampil di Forbes Asia dalam senarai 30 Under 30 mereka pada 2018.
Dilahirkan di Ayodhya dan dibesarkan Bangalore, Sharma mempunyai tugas pemodelan pertama untuk pereka fesyen Wendell Rodricks pada 2007 dan kemudian berpindah ke Mumbai untuk meneruskan kerjaya sepenuh masanya sebagai model. Beliau mula berlakon di samping Shah Rukh Khan dalam filem romantik paling berjaya Rab Ne Bana Di Jodi (2008), yang melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau mencapai kemasyhuran dengan peranan lakonan dalam filem romantik Yash Raj Films, Band Baaja Baaraat (2010) dan Jab Tak Hai Jaan (2012); filem itu, di mana beliau memegang watak pembikin filem, melayakkan beliau memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Filmfare.
Sharma menerima pujian dan beberapa pencalonan lakonan menerusi lakonan sebagai wanita dihimpit oleh penjenayah dalam filem thriler jenayah 2015 NH10, yang menandakan penerbitan sulung beliau, seorang penari dalam filem drama komedi 2015 Dil Dhadakne Do, dan seorang wanita yang bersemangat bebas dalam filem drama romantik 2016 Ae Dil Hai Mushkil. Keluaran pecah panggung tertinggi Sharma hadir dengan filem drama sukan Sultan (2016), dan filem satira agama Rajkumar Hirani PK (2014) dan biopik Sanju (2018); dan tiga antara filem India dengan kutipan tertinggi.[3][4][5]
Selain berlakon filem, Sharma juga ialah duta untuk pelbagai jenama dan produk dan merekabentuk jenama pakaian untuk wanita, Nush. Beliau menyokong pelbagai program amal, termasuk kesamarataan gender dan hak asasi haiwan, dan merupakan pengasas bersama syarikat penerbitan Clean Slate Films. Sharma berkahwin dengan pemain kriket Virat Kohli.[6]
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Rab Ne Bana Di Jodi | Taani Sahni | Aditya Chopra | Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik |
2010 | Badmaash Company | Bulbul Singh | Parmeet Sethi | |
2010 | Band Baaja Baaraat | Shruti Kakkar | Maneesh Sharma | Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik |
2011 | Patiala House | Simran Chaggal | Nikhil Advani | |
2011 | Ladies vs Ricky Bahl | Ishika Desai | Maneesh Sharma | |
2012 | Jab Tak Hai Jaan | Akira Rai | Yash Chopra | Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik |
2013 | Matru Ki Bijlee Ka Mandola | Bijlee Mandola | Vishal Bhardwaj | |
2014 | PK | Jagat "Jaggu" Janini | Rajkumar Hirani | |
2015 | NH10 | Meera | Navdeep Singh | Juga sebagai penerbit Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik |
2015 | Bombay Velvet | Rosie Noronha | Anurag Kashyap | |
2015 | Dil Dhadakne Do | Farah Ali | Zoya Akhtar | Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik |
2016 | Sultan | Aarfa Hussain | Ali Abbas Zafar | |
2016 | Ae Dil Hai Mushkil | Alizeh Khan | Karan Johar | Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik |
2017 | Phillauri | Shashi Kumari | Anshai Lal | Juga sebagai penerbit dan penyanyi latar untuk lagu "Naughty Billo"[7] |
2017 | Jab Harry Met Sejal | Sejal Zaveri | Imtiaz Ali | |
2018 | Pari | Rukhsana | Prosit Roy | Juga sebagai penerbit |
2018 | Sanju | Winnie Diaz | Rajkumar Hirani | |
2018 | Sui Dhaaga | Mamta | Sharat Katariya | Dicalonkan—Anugerah Pengkritik Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik |
2018 | Zero | Aafia Yusufzai Bhinder | Aanand L. Rai |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.