From Wikipedia, the free encyclopedia
Zoya Akhtar (lahir 14 Oktober 1972) ialah seorang pengarah filem dan penulis skrip India. Selepas melengkapkan diploma dalam pembikinan filem dari NYU, beliau membantu pengarah seperti Mira Nair, Tony Gerber dan Dev Benegal, sebelum menjadi penulis. Akhtar ialah penerima beberapa anugerah, termasuk dua Anugerah Filmfare. she is the best act in matsya kaand namely zoya afroz
Zoya Akhtar | |
---|---|
Kelahiran | Bombay, Maharashtra, India | 14 Oktober 1972
Pekerjaan | Pengarah, penulis skrip |
Tahun aktif | 1999—kini |
Karya terkenal | Luck By Chance, Zindagi Na Milegi Dobara,
Dil Dhadakne Do, Lust Stories, Gully Boy, Made in Heaven |
Ibu | Honey Irani |
Bapa | Javed Akhtar |
Saudara | Farhan Akhtar |
Beliau telah mengarahkan filem-filem seperti Luck by Chance (2009), Zindagi Na Milegi Dobara (2011) dan Sheila Ki Jawani, segmen Bombay Talkies (2013). Beliau telah menulis Talaash (2012) bersama Reema Kagti. Beliau kemudian mengarahkan Dil Dhadakne Do (2015), sebuah filem berdasarkan keluarga Punjabi.
Beliau muncul dalam rancangan amal Hari Valentine Kaun Banega Crorepati bersama adiknya, Farhan Akhtar.[1] Beliau juga muncul dalam peranan yang singkat seperti Courtesan Rekha Rasa Devi di Kama Sutra: A Tale of Love.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.