Anugerah Piala Dunia FIFA
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anugerah Piala Dunia FIFA diberi kepada pemain dan pasukan cemerlang dalam setiap kejuaraan Piala Dunia. Terdapat 4 anugerah individu, iaitu Kasut emas, Bola Emas, Anugerah Yashin dan Pemain Muda Terbaik serta 2 anugerah pasukan, iaitu Anugerah Permainan Bersih dan Pasukan Paling Menarik. Di samping itu, FIFA juga menyusun satu Pasukan Bintang Pilihan bagi setiap kejuaraan.
Remove ads
Kasut Emas
Anugerah Kasut Emas diberi kepada penjaring gol terbanyak dalam Piala Dunia FIFA.
Remove ads
Bola Emas
Anugerah ini diberi kepada pemain terbaik dalam satu kejuaraan Piala Dunia, dengan satu senarai pendek oleh jawatankuasa teknikal FIFA dan pemenang diundi oleh wakil daripada media. Anugerah Bola Perak dan Bola Gangsa juga diberi kepada para pemain yang ke-2 dan ke-3 terbaik.
Anugerah ini diperkenalkan sejak 1982.
Remove ads
Sarung Tangan Emas
Anugerah Yashin dianugerahkan kepada penjaga gol terbaik dalam satu kejohanan Piala Dunia. Anugerah ini dinamakan sempena penjaga gol Kesatuan Soviet terkenal, Lev Yashin. Anugerah ini mula disampaikan pada 1994.
Anugerah ini dinamakan sebagai Anugerah Sarung Tangan Emas pada 2010.
Piala Permainan Bersih FIFA
Anugerah ini diberi kepada pasukan yang mempunyai rekod permainan bersih terbaik semasa kejohanan Piala Dunia. Hanya pasukan yang layak ke pusingan kedua akan dipertimbangkan. Pemenang anugerah ini akan memperolehi Piala Permainan Bersih FIFA, satu diploma, satu pingat permainan bersih untuk setiap pemain dan pegawai, serta barangan bola sepak bernilai $50,000 untuk digunakan dalam pembangunan belia.
Remove ads
Pasukan Paling Menarik
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads