From Wikipedia, the free encyclopedia
Juara Lagu 1992 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1992. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan MCA, Kuala Lumpur pada 20 Disember 1992 dan dihoskan oleh pengacara & penerbit Muzik Muzik 92; Azwan Ali bersama Haleeda Mazlin, Rina Khan dan Wohnen.
Anugerah Juara Lagu ke-7 | |
---|---|
Tarikh | 20 Disember 1992 |
Tempat | Dewan MCA, Kuala Lumpur |
Pengacara | Azwan Ali, Haleeda Mazlin, Rina Khan & Wohnen |
Juara Lagu | "Pada Syurga Di Wajahmu" |
AJL edisi kali ini telah menyaksikan format yang berbeza digunakan buat pertama kali di mana penyertaan ke peringkat akhir ditentukan melalui tiga kategori utama (Rock, Pop Kreatif dan Irama Malaysia) di mana empat lagu dari setiap kategori akan dipilih di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik dan bukan lagi secara bulanan seperti tahun-tahun sebelumnya. Perubahan ini sudah dilihat apabila pada tahun sebelumnya, hampir kesemua lagu diperingkat akhir ialah lagu Rock. Pada persembahan selingan, slot Irama Malaysia diperkenalkan lantas membuka ruang cerah untuk lagu bukan Rock untuk turut bertanding dalam kategori mereka sendiri ke peringkat akhir Juara Lagu.
Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu 1992, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1992.
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut ialah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-7:
Kategori | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Irama Malaysia | "Pagar Padi" | Mohd. Yusof Ahmad (Maulana) | Mohd. Yusof Ahmad (Maulana) | Razak Ahmad | "Berpisah Bukan Berakhir"[1] | New Southern Records - PMI | Finalis |
Pop Kreatif | "Madah Berhelah" | Saari Amri | Saari Amri | Ziana Zain | "Madah Berhelah" [2] | Sony Music - BMG | Finalis |
Rock | "Mahligai Syahdu" | M. Nasir | M. Nasir | Hattan dan Kumpulan Double Trouble | "Antem" [3] | Warner - WEA | Finalis |
Irama Malaysia | "Yang Remeh Temeh" | Azmi Ali | Azmi Ali | Pak Pandir | "Pak Pandir" [4] | Universal - EMI | Juara Kategori |
Pop Kreatif | "Kekasih Awal dan Akhir" | Fauzi Marzuki | Lukhman S. | Jamal Abdillah | "Jamal" [5] | Warner - WEA | Finalis |
Rock | "Untukmu Ibu" | Rahim Othman | Megat Ismail Ibrahim | Kumpulan Exist | "Exist" [6] | Universal - BMG / Jojo's | Finalis |
Irama Malaysia | "Selasihku Sayang" 1 | Taib Othman | Zainal Abas (Kasaizja) | Adnan Abu Hassan & Syaliaty Wahab | "Dihempas Duka Diusik Pilu" [7] | Sony Music - UKRC | Finalis |
Pop Kreatif | "Syakila" | M. Nasir | M. Nasir | Razzi Rahman |
"Cerpen" | Denoris | Finalis |
Rock | "Sinambungan Cinta" | Isa Gravity | S. Amin Shahab | Kumpulan Graviti | "Inspirasi" [8] | New Southern Records | Finalis |
Irama Malaysia | "Siti Payung" 1 | Azman Abu Hassan / Azlan Abu Hassan | Hakcipta Terpelihara | Liza Aziz | "Liza" [9] | Copyright Controlled - Redifussion | Finalis |
Pop Kreatif | "Pada Syurga Di Wajahmu" | Fauzi Marzuki | Bob Lokman | Nash Elias | "Nash '92" [10] | Warner - Redifussion | Juara Juara Kategori |
Rock | "Di Alam Fana Cinta" | Fauzi Marzuki | Ainol Jamal (Zur'Ain) | Kumpulan Fotograf | "Fotograf '92" [11] | Universal - Sinar Muzik | Juara Kategori |
Anugerah Juara Lagu | Judul Lagu | Artis | Komposer | Penulis Lirik |
---|---|---|---|---|
Juara Keseluruhan | Pada Syurga Di Wajahmu | Nash | Fauzi Marzuki | Bob Lokman |
Juara Kategori | Judul Lagu | Artis | Komposer | Penulis Lirik |
Pop Kreatif | Pada Syurga Di Wajahmu | Nash | Fauzi Marzuki | Bob Lokman |
Rock | Di Alam Fana Cinta | Kumpulan Fotograf | Fauzi Marzuki | Zur'Ain |
Irama Malaysia | Yang Remeh Temeh | Pak Pandir | Pak Pandir | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.