Antaramasa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Antaramasa (juga ditulis sebagai Antara Masa) ialah sebuah filem cereka sains Malaysia 2021 arahan bersama Amir Rashid Othman dan Ramdan Che Hassan. Dibintangi oleh Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shah dan Tania Hudson, filem ini ditayangkan pada 1 Julai 2021 di Astro First.[1] Ia berkisarkan mengenai seorang pemuda yang menggunakan mesin masa yang dicipta kembali ke masa silam supaya dapat memulihkan kembali hubungannya dengan kekasihnya.[2][3][4]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan Asri, seorang sarjana dalam bidang sains fizik telah membina sebuah mesin tenaga abadi, iaitu mesin yang tidak akan habis menjana tenaga tanpa menggunakan bahan mentah. Keadaan jadi menarik apabila mesin ciptaanya itu juga mampu membawa Asri kembali ke masa lalu. Kemudian, dia menggunakan mesinnya itu beberapa kali untuk kembali ke masa lalu bagi memulihkan hubungannya dengan kekasihnya iaitu Malisa.

Setiap kali Asri kembali ke masa lalu, setiap langkah dilakukan untuk mengubah nasibnya, Asri mengubah sejarah hidup bukan saja untuk dirinya tetapi untuk seluruh garis masa alam yang sentiasa menghalang cintanya. Tanpa disedari, Asri telah mencipta sebuah paradoks masa dan dunianya sudah berubah. Persoalannya, adakah Asri mengubah garis masanya sendiri ataupun adakah semuanya takdir?

Remove ads

Pelakon

Penerbitan

Menurut penerbit, Umair Mohamed, idea untuk penerbitan filem ini timbul kerana minat mendalam terhadap genre cereka sains.[5] Tajuk asal filem ini ialah Paradox, namun ditukar kepada Antaramasa. Konsep rentas masa digunakan sebagai tema untuk filem.[6] Proses pembikinan filem ini berdepan dengan cabaran sejak peringkat awal, termasuk penulisan skrip filem ini yang mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan.[3][7]

Untuk filem ini, pengarahnya, Ramdan Che Hassan memetik beberapa filem cereka sains termasuk XX Ray, Oblivion dan The Butterfly Effect sebagai inspirasi. Beliau juga mendapat persetujuan daripada Aziz M. Osman dan berjaya menghubungi Aleeza Kasim yang menetap di Belanda. Ramdan turut mengkaji banyak teori fizik kuantum dan teori serta merujuk banyak sumber berkaitan teori pengembaraan masa.[3][7]

Menurutnya, ia penting bagi mencari teori sesuai untuk dijadikan landasan dan peraturan. Penggambaran mengambil masa selama 24 hari di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan pada 2014. Sepanjang penggambaran, keadaan cuaca tidak menentua apabila hujan lebat hampir setiap hari di semua lokasi penggambaran. Sebanyak 45% adegan dalam Antaramasa menggunakan imej janaan komputer (CGI) dengan belanjawan besar untuk membina set.[3][7][8]

Josiah Hogan yang memegang watak sebagai Asri mengakui ada rumusan untuk buat sebuah filem cereka sains. Beliau berkata dalam satu temubual bersama Utusan Malaysia: "Antaramasa mengajar saya banyak perkara juga dan rupa-rupanya tak mudah ya sebab naskhah ini memerlukan saya banyak menghafal dialog selain bermain dengan aspek teknikal berat". Filem ini menandakan kali pertama Josiah membintangi filem sci-fi.[9]

Keluaran dan sambutan

Antaramasa ditayangkan pada 8 Julai 2021 di Astro First.[10][11][12] Tayangan filem ini pernah ditunda sebanyak beberapa kali bermula 2018, ia kemudian dianjak pada 2019, namun berdepan masalah tarikh tayangan di pawagam. Penangguhan tayangan berterusan kepada 2020 apabila seluruh dunia diuji oleh pandemik COVID-19 sehingga pawagam terpaksa ditutup.[3][7]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads