From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Dr. Haji Annuar bin Rapaee (lahir 18 November 1963) ialah seorang pakar kardiologi dan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) bagi N55 Nangka.[1] Beliau merupakan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak terkini.
Annuar Rapaee | |
---|---|
الحاج أنور بن رباعى | |
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak | |
Menyandang jawatan 4 Januari 2022 | |
Menteri | Roland Sagah Wee Inn |
Premier | Abang Johari Tun Openg |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk N55 Nangka | |
Menyandang jawatan 16 April 2011 | |
Didahului oleh | Awang Bemee Awang Ali Basah |
Majoriti | 5,302 (2011) 7,617 (2016) 12,059 (2021) |
Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak | |
Dalam jawatan 19 Julai 2017 – 3 Januari 2022 | |
Menteri | Sim Kui Hian |
Gabenor | Abdul Taib Mahmud |
Ketua Menteri | Abang Johari Tun Openg |
Didahului oleh | Jerip Susil |
Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi Sarawak | |
Dalam jawatan 8 Mei – 19 Julai 2017 | |
Menteri | Michael Manyin Jawong |
Gabenor | Abdul Taib Mahmud |
Ketua Menteri | Abang Johari Tun Openg |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Penyelidikan Sains dan Bioteknologi) | |
Dalam jawatan 19 Mei 2016 – 7 Mei 2017 | |
Gabenor | Abdul Taib Mahmud |
Ketua Menteri | Adenan Satem Abang Johari Tun Openg |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sibu, Sarawak, Malaysia | 18 November 1963
Parti politik | GPS–PBB |
Pasangan | Haniza Zainal Abidin |
Anak | 2 |
Tempat belajar | Universiti Malaya Universiti Hospital St. James Leeds, UK Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Pakar kardiologi |
Laman web | www |
Annuar memulakan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sibu Bandaran No 3 dari 1970 hingga 1975, kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby dari 1976 hingga 1981. Selepas menamatkan pendidikan menengah, beliau melanjutkan pelajaran pra-universiti di Universiti Malaya (UM) dari 1981 hingga 1983 di matrikulasi di Pusat Asasi Sains.
Annuar kemudiannya mengikuti pengajian tinggi di UM sehingga 1988, apabila beliau memperoleh Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS). Beliau kemudiannya melanjutkan pendidikan pascasiswazahnya di St James's University Hospital, Leeds di United Kingdom untuk Sarjana Perubatan (MMed) dalam Perubatan Dalaman. Selepas menamatkan pengajian di UK, beliau kembali ke Malaysia untuk meneruskan amalan perubatan beliau, dan melanjutkan pengajian pascasiswazah kedua dalam Sarjana Lanjutan Kardiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dari 1998 hingga 2001.
Kemudian pada tahun 2004, Annuar ke Jerman untuk menjalani Latihan Pendahuluan Subkepakaran di Deutsches Herzzentrum Berlin. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan MRI jantung dan telah melatih pakar kardiologi lain semasa berkhidmat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan di Hospital Serdang di Selangor, Malaysia.
Pada 2022, Annuar melanjutkan pelajaran ke peringkat undang-undang. Beliau kini sedang mengikuti pengajian ijazah undang-undang selama tiga tahun dari University of Hertfordshire di United Kingdom melalui pembelajaran dalam talian yang ditawarkan melalui Brickfields Asia College (BAC).
Kerjaya politik beliau bermula apabila beliau dicalonkan sebagai calon N49 Nangka (2011) untuk menggantikan Dato' Awang Bemee Awang Ali Basah yang tidak berhasrat untuk dicalonkan semula.[2] Pada pilihan raya umum Sarawak tahun 2011, beliau dipilih sebagai ADUN Nangka yang baharu mengalahkan calon PKR Norisham Mohamed Ali oleh majoriti sebanyak 5302 undian.[3]
Pada pilihan raya umum Sarawak tahun 2016, beliau berjaya mempertahankan kerusi N55 Nangka dengan majoriti yang banyak iaitu 7617 undian mengalahkan calon PKR Abdul Raafidin Majidi dan calon STAR Simon Tiong.[4]
Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak pada 19 Mei 2016, dalam satu majlis yang diadakan Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan jawatan sebagai Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.