baka anjing dari Serbia From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing pemburu triwarna Serbia[lower-alpha 1], atau dahulu dikenali sebagai anjing pemburu triwarna Yugoslavia,[lower-alpha 2] ialah satu baka anjing pemburu bau dari Serbia.
Negara asal | Serbia | ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu triwarna Serbia, seperti anjing pemburu Serbia yang berkait rapat, anjing pemburu gunung Montenegro, anjing pemburu Posavina, anjing pemburu berbulu pendek Istria, anjing pemburu berbulu dawai Istria, dan barak, dipercayai telah diturunkan daripada anjing-anjing pemburu yang didagangkan oleh para pelaut Laut Tengah melalui pelabuhan-pelabuhan di pinggir laut Adriatik.[1] Baka-baka ini, semuanya sebagai anjing pemburu bau dipercayai juga memiliki sedikit darah anjing pemburu penglihatan awal dalam keleluhuran masing-masing.[1]
Menurut kelab kenel kebangsaan Serbia, Kinološki Savez Srbije, anjing pemburu triwarna Serbia pada awalnya dianggap sebagai keragaman bagi anjing pemburu Serbia, namun pada tahun 1946, piawaian baka terpisah disusun dan ia diberi pengiktirafan terpisah.[2] Baka ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1961.[3][4] Nama baka, yang pada asalnya dipanggil anjing pemburu triwarna Yugoslavia,[lower-alpha 2] diubah selepas perpecahan Yugoslavia.
Anjing pemburu triwarna Serbia, yang jarang terlihat di luar tanah airnya, dianggap sangat jarang dan berkemungkinan berisiko untuk pupus.[1][5][6]
Anjing pemburu triwarna Serbia ialah anjing pemburu bersaiz sederhana yang sangat serupa dengan anjing pemburu gunung Montenegro yang berwarna hitam dan sawo matang, tetapi secara tipikal bertubuh lebih ringan sedikit.[1][5] Menurut piawaian baka Kinološki Savez Srbije, jantannya biasanya berdiri setinggi 45–55 sentimeter (18–22 in) dengan ketinggian unggul 51 sentimeter (20 in), sementara betinanya pula lebih rendah sendiri dengan ketinggian 44–54 sentimeter (17–21 in) dengan ketinggian unggul 49 sentimeter (19 in).[2] Anjing pemburu Serbia dewasa yang sihat biasanya berukuran seberat 20–25 kilogram (44–55 lb).[6] Tubuhnya lebih panjang sedikit berbanding dengan ukuran ketinggian. Ia mempunyai tungkai panjang dan tulang bagus.[1]
Lapis bulu baka ini adalah pendek, tebal, berkilat, dan kasar kepada sentuhan. Bulunya memberi baka ini perlindungan baik daripada unsur luaran. Dari segi warna, ia kebanyakannya hitam dan perang kekuning-kuningan dengan putih di sekitar leher, di dada di hujung-hujungnya, dan takik di muka.[1][5][7]
Anjing pemburu triwarna Serbia biasanya mesra dan patuh, lalu membentuk ikatan yang agak kuat dengan tuannya.[6][7] Baka ini, yang tenteram dan santai di persekitaran rumah, diketahui agak bertenaga apabila bekerja.[1][6]
Anjing pemburu triwarna Serbia merupakan pemburu serba guna yang kerap berburu dalam kawanan kecil. Ia terutamanya berburu dengan menggunakan bau, namun juga menggunakan penglihatan sangat bagusnya.[1][6] Baka ini digunakan untuk memburu kelinci, rubah, rusa, dan babi hutan. Rupa bumi yang terlibat dalam perburuannya diketahui mencabar dan perburuannya diketahui berterusan selama berjam-jam pada satu masa.[1][5][6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.