Anjing pemburu elk Norway[lower-alpha 2] ialah salah satu daripada bakaanjing jenis spits utara dan merupakan anjing kebangsaan Norway. Anjing pemburu elk telah berkhidmat sebagai pemburu, penjaga, gembala, dan pengawal. Ia terkenal kerana keberaniannya dalam penjejakan dan pemburuan elk dan buruan besar lain, seperti beruang atau serigala.[1][2] Anjing pemburu elk Norway pertama kali dipersembahkan dalam pameran anjing di Norway pada tahun 1877.
Fakta Segera Nama lain, Negara asal ...
Anjing pemburu elk Norway
Seekor anjing pemburu elk Norway betina yang menunjukkan ekor melingkar ketat
Objektif baka ini dalam perburuan adalah untuk menjejak elk dan melompat kepada elk itu, iaitu mengalih perhatian elk, sementara memberikan isyarat kepada pemburu dengan menyalak dengan sangat lantang sehingga pemburu yang mengikuti bunyi itu dapat tiba untuk menembak elk itu. Anjing ini hanya menyalak apabila elk tidak bergerak, tetapi ia dapat juga membawa elk itu perlahan-perlahan ke arah pemburu yang menunggu. Anjing pemburu elk Norway juga digunakan secara bercawak. Dalam mod pemburuan ini, anjing membawa pemburu ke arah elk itu sementara kekal senyap.
Baka ini tergolong di bawah sub-kladDNA mitokondrion yang dirujuk sebagai d1 yang hanya ditemukan di Skandinavia utara. Ini merupakan hasil daripada penghibridan anjing jantan–serigala betina yang berlaku pascapembelajinakan.[3][4] Subklad d1 berasal "paling lama dari 480–3,000 tahun lalu" dan menyertakan semua baka berkaitan dengan orang Sámi: anjing Lap Finland, anjing Lap Sweden, anjing gembala Lapland, anjing Jämtland, anjing pemburu elk Norway, dan anjing pemburu elk Hällefors. Jujukan ibu serigala yang menyumbang kepada baka-baka ini belum dipadankan di serata Eurasia.[5]
Penampilan
Maklumat lanjut Penamilan anjing pemburu elk Norway ...
Penamilan anjing pemburu elk Norway
Tubuh
sederhana, tegap, dan berprofil segi empat sama
Berat
44–51lb (20–23kg)
Tinggi
19.5–20.5in (50–52cm)
Bulu
Kasar, lurus, dengan lapis bulu bawah lembut
Warna
Pewarnaan hitam dan putih, kerana diperhatikan sebagai kelabu atau perak
Kepala
Lebar dan berbentuk baji dengan stop jelas
Gigi
Gigitan gunting
Mata
Perang gelap dengan wajah tajam dan ramah
Telinga
Tajam, tegak
Ekor
Tergulung ketat-ketat ke atas belakang
Anggota
Lurus dan selari
Tutup
Menurut piawaian baka The Kennel Club, anjing unggul berdiri kira-kira setinggi 19.5–20.5 inci (50–52cm) dan berukuran sehingga seberat 23 kilogram (51lb).[6] Lapis bulunya yang kelabu, putih, dan hitam terdiri daripada dua lapis: lapis bulu bawah yang padat dan licin dengan warna antara hitam di muncung, di telinga, dan di hujung ekor dengan kelabu perak di tungkainya, di ekor, dan di bawah tubuh dan lapis bulu pengawal berhujung hitam yang memberikan perlindungan. Anjing pemburu elk unggul mempunyai ekor yang melingkar ketat-ketat. Anjing pemburu elk ialah anjing bersaiz sederhana dan amat tahan lasak.
Perangai
Anjing pemburu elk Norway dibiakbakakan untuk pemburuan buruan besar seperti serigala, beruang, dan elk. Walaupun baka ini kuat dan tahan lasak, anjing biasanya mempunyai ikatan kukuh dengan tuannya dan agak setia. Semua anjing pemburu elk mempunyai salakan lantang nyaring yang menjadikannya sesuai sebagai anjing penjaga.
Anjing pemburu elk setia kepada "kawanan"-nya dan amat sesuai sebagai anjing keluarga jika diberi perhatian secukupnya. Ia galak, suka bermain, berdikari, berwaspada, amat cerdas, dan, pada masa-masanya, agak riuh. Ia menempati tangga ke-36 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren, dengan skor purata untuk kecerdasan kerja/kepatuhan.
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.9 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[7]
Anjing pemburu elk Norway terdedah kepada keabnormalan terwaris yang menyebabkan glukosuria ginjal primer melalui pengurangan keupayaan fungsi bagi sel-sel epitelium tubul untuk menyerap glukosa semula; kecelaruan ini selanjutnya mencenderungkannya terhadap jangkitan bakteria saluran kencing bawah.[8]
Anjing pemburu elk Norway juga cenderung terhadap diabetes diestrus dan gestasi, iaitu bentuk-bentuk berkaitan dengan progesteron bagi diabetes melitus.[9]
Suatu bentuk bagi kondrodisplasia terwaris telah diperihalkan pada anjing pemburu Elk Norway sejak tahun 1980-an. Gejala termasuk kelengkungan anggota hadapan, valgus karpus, penulangan terencat, dan pemendekan tubuh vertebra. Penyelidik dari Finland mengenal pasti bahawa puncanya ialah suatu mutasi tak berertiresesif pada gen ITGA10.[10]
Anjing pemburu elk Norway ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat glaukoma sudut terbuka primer. Suatu mutasi resesif autosom pada gen ADAMTS10 bertanggungjawab atas keadaan ini pada baka ini.[11]
Anjing pemburu elk Norway memilik asal usul di Sweden. Di sana, ia sentiasa amat dihargai sebagai anjing pemburu. Ia 98% serupa secara genetik dengan anjing Jämtland dan mengongsi akar sama, iaitu di Jämtland dan di Norrland (Sweden Utara). Ia jarang terlihat atau dibiakbakakan di luar Norway sehingga kemunculannya di England pada abad ke-19.[12] Ia diiktiraf secara rasmi oleh The Kennel Club pada tahun 1901.
Jawi:انجيڠ ڤمبورو ايلک کلابو نوروءيcode: ms is deprecated ; Norway: grå norsk elghund; norsk elghund gråcode: no is deprecated ; bahasa Inggeris: grey Norwegian elkhoundcode: en is deprecated
Jawi:انجيڠ ڤمبورو ايلک نوروءيcode: ms is deprecated ; Norway: norsk elghundcode: no is deprecated ; bahasa Inggeris: Norwegian elkhoundcode: en is deprecated
Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław; Malyarchuk, Boris; Grzybowski, Tomasz (16 Julai 2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris" [Pangkalan data genom mitokondrion lengkap dan sistem pengelasan terpiawai untuk Canis lupus familiaris]. Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. ISSN1878-0326. PMID26218982. S2CID27345931.
Klütsch, Cornelya F. C.; Savolainen, Carl Peter Olavi (18 Januari 2011). "Regional occurrence, high frequency, but low diversity of mitochondrial dna haplogroup d1 suggests a recent dog-wolf hybridization in scandinavia" [Kehadiran serantau, kekerapan tinggi, tetapi kepelbagaian rendah bagi kelompok haplo d1 DNA mitokondrion mencadangkan penghibridan anjing-serigala baru-baru ini di Skandinavia]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 6 (1): 85. doi:10.1016/j.jveb.2010.08.035. ISSN1878-7517. S2CID86008047.
Littman, Meryl (4 Disember 2017). "Ch14 - Genetic basis for urinary tract diseases" [Bab 14 - Dasar genetik untuk penyakit saluran kencing]. Dalam Elliott, Jonathan; Grauer, Gregory F.; Westropp, Jodi L. (penyunting). BSAVA Manual of Canine and Feline Nephrology and Urology[Panduan Nefrologi dan Urologi Anjing dan Kucing BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed.ke-3). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. ISBN9781905319947. OCLC1004963453.
Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing[Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed.ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s.131. ISBN9781910443392. OCLC1197697572.
Antonsen, Ellinor (1995). Den norske hundeboka[Buku Anjing Norway] (dalam bahasa Norway). Sunndalsøra, Norway: Ulvund tekst & forlag. m/s.170. ISBN9788291132051. OCLC1028261040.
Bibliografi
Lynch, Deborah dan Jenny Madeoy. 2004 "Man's best research guide: Breeds hold key to shared ailments." (dalam bahasa Inggeris) dipersembahkan pada mesyuarat tahunan Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains oleh Deborah Lynch dari Canine Studies Institute di Aurora, Ohio dan Jenny Madeoy dari Fred Hutchinson Cancer Centre di Seattle.
Lynch, Deborah dan Jenny Madeoy. 2004a "How top dogs took lead 7,000 years ago." (dalam bahasa Inggeris) dipersembahkan pada mesyuarat tahunan persidangan Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains di Seattle oleh Deborah Lynch dari Canine Studies Institute di Aurora, Ohio dan Jenny Madeoy dari Fred Hutchinson Cancer Centre di Seattle.
Buku
Campbell, Olav P. (November 1988). My Sixty Years With Norwegian Elghunds[Enam Puluh Tahunku dengan Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Show Quality Pet Products. ISBN9780962151200.
Crafts, Glenna Clark (1973). How to Raise and Train a Norwegian Elkhound[Cara untuk Mengasuh dan Melatih Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. OCLC1884739.
Cunliffe, Juliette (1 November 2005). Norwegian Elkhound: Special Limited Edition: A Comprehensive Owner's Guide[Anjing Pemburu Elk Norway: Edisi Terhad Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN9781593783068. OCLC63137904.
Franciose, Helen E.; Swanson, Nancy C. (1974). Your Norwegian Elkhound[Anjing Pemburu Elk Norway Anda] (dalam bahasa Inggeris). Fairfax, Virginia, Amerika Syarikat: Denlinger's Publishers. ISBN9780877140146. OCLC1253832.
Great Gray Dogs: The Norwegian Elkhound Factbook[Anjing Kelabu Agung: Buku Fakta Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris) (ed.ke-2). Shreveport, Louisiana, Amerika Syarikat: Great Gray Dogs. 1980. OCLC6823397.
Nicholas, Anna Katherine (1983). Norwegian Elkhounds[Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN9780876667224. OCLC9852411.
Nicholas, Anna Katherine (Mei 1997). Norwegian Elkhounds[Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris) (ed.ke-3). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN9780793823192. OCLC39883517.
Roslin-William, Anne (1993). The Elkhound in the British Isles[Anjing Pemburu Elk di Kepulauan British] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Anne Roslin-Williams. ISBN9781856090506. OCLC476383687.
Ross, Nina P. (1995). Luther, Luana (penyunting). The Norwegian Elkhound[Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat: Doral Publishing. ISBN9780944875391. OCLC32502386.
Wallo, Olav; Elvin, Karen (1987). The New Complete Norwegian Elkhound[Anjing Pemburu Elk Norway Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed.ke-3). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN9780876052433. OCLC15660191.
Rencana majalah
Dearth, Kim D.R. "The Norwegian Elkhound" Dog World(dalam bahasa Inggeris) September 1999, Jilid 84 Keluaran 9, hlm. 12–17.
"Dog of the Vikings" Dog Fancy(dalam bahasa Inggeris). April 1998.