baka anjing dari Perancis dan England From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing pemburu baset, anjing baset, baset, atau basset hound[lower-alpha 1] ialah satu bakaanjing bertungkai pendek dalam keluarga hound Baset ialah anjing pemburu bau yang pada asalnya dibiakbakakan untuk tujuan pemburuankelinci. Deria baunya dan kebolehannya untuk menjejak bau di tanah menempatkannya di tangga kedua selepas anjing pemburu darah.[1]
Fakta Segera Negara asal, Trait ...
Anjing pemburu baset
Anjing pemburu baset sawo matang dan putih
Negara asal
Perancis
Trait
Berat
Jantan
25–34kg (55–75lb)
Betina
20–29kg (45–65lb)
Tinggi
Jantan
30–38cm (12–15in)
Betina
28–36cm (11–14in)
Bulu
Licin, pendek, dan rapat
Warna
Umumnya hitam, putih, dan sawo matang (triwarna) atau sawo matang/lemon dan putih (dwiwarna); tetapi mana-mana warna hound beriktiraf diterima
Anjing pemburu baset ialah salah satu daripada enam baka jenis baset beriktiraf di Perancis. Nama aslinya basset diturunkan daripada perkataan bahasa Perancis bascode: fr is deprecated , yang memaksudkan 'rendah', dengan akhiran pelemah -et—bersama-sama memaksudkan 'agak rendah'. Anjing pemburu baset biasanya mempunyai warna piawai hound, sama ada dwiwarna atau twiwarna.
Penampilan
Anjing baset adalah besar, pendek, teguh, dan panjang, dengan ekor saber melengkung yang terangkat tinggi di atas paras belakang panjangnya. Anjing dewasa berukuran seberat 20–35 kilogram (44–77lb). Baka ini, berbanding dengan saiznya, bertulang lebih besar berbanding dengan baka lain.[2]
Baka ini, seperti leluhurnya anjing pemburu darah, mempunyai struktur kulit tergantung, yang menyebabkan mukanya cenderung berwajah sedih; hal ini, untuk ramai orang, menambahkan daya tarikan kepada baka ini. Kulit kenyal longgar di sekeliling leher dikenali sebagai gelambir.[3]
Lapis bulunya pendek, pada umumnya triwarna hitam, putih, dan sawo matang atau dwiwarna sawo matang dan putih, tetapi dengan banyak warna mungkin lain. Alel EM menghasilkan topeng hitam pada muka yang mungkin mengunjur ke sekitar mata dan ke arah telinga. Pola ini paling mudah terlihat pada anjing mahogani, namun mana-mana pola warna baset mungkin mengekspresikan alel EM, kecuali "merah dan putih" atau "lemon dan putih" oleh sebab e/e.[5]
Perangai
Anjing pemburu baset ialah anjing mesra, ramah, dan suka bermain, serta bertolak ansur terhadap kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain.[4]
Osteokondrodisplasia
Tubuh rendah anjing pemburu baset disebabkan oleh keadaan genetik yang dikenali sebagai osteokondrodisplasia.[6] Osteokondrodisplasia menyebabkan pertumbuhan terbantut dan menjejaskan pergerakan. Anjing terjejas membentuk anggota belakang ranggung, sendi yang dibesarkan, sangkar rusuk rata, tulang panjang yang dipendekkan dan bengkok, dan kaki cacat bentuk.[7]
Jangka hayat
Sebuah kajian Perancis tahun 2015 mendapati jangka hayat sebanyak 10.3 tahun.[8] Sebuah kajian tahun 2024 di United Kingdom pula mendapati jangka hayat sebanyak 12.5 tahun berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[9]
Isu kesihatan lain
Anjing pemburu baset terdedah kepada jangkitan yis.[10]
Punca utama bagi kematian dalam tinjauan The Kennel Club tahun 2004 merupakan kanser (31%), usia lanjut (13%), volvulus pendilatan gastrik (11%), dan masalah jantung (8%).[11]
Maklumat daripada data veterinar mendapati bahawa prevalens bagi glaukoma ialah 5.44%, angka kedua tertinggi dalam kajian itu.[12]
Anjing pemburu baset cenderung terhadap volvulus pendilatan gastrik.[13] Sebuah kajian mendapati bahawa nisbah kemungkinannya ialah 5.9.[14]
Trombopati keturunan anjing pemburu baset ialah gangguan platelet pewarisan autosom yang bercirikan kecacatan trombastenia dalam keabnormalan pengagregatan primer bagi peretrakan bekuan. Glikoprotein IIb-IIIa adalah cacat walaupun dapat dikesan.[15]
Anjing pemburu baset terdedah terhadap beberapa keadaan kulit: penyakit kulit alahan; intertrigo; dermatitis Malassezia; dan otitis, kecacatan pengkeratinan primer.[16]
Anjing pemburu baset ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat glaukoma sudut terbuka primer. Suatu mutasi resesif autosom bagi gen ADAMTS17 bertanggungjawab atas keadaan ini pada baka ini.[17]
Jenis baset berasal dari Perancis dan diturunkan daripada anjing pemburu abad ke-6 milik St Hubert dari Belgium, yang, melalui pembiakbakaan di Gereja Benediktus St. Hubert, akhirnya menjadi anjing yang dikenali sebagai anjing pemburu St Hubert pada sekitar tahun 1000 Masihi. Anjing pemburu asli St Hubert diturunkan daripada anjing pemburu Lakonia (Sparta),[18] salah satu daripada empat kelompok anjing yang diperhatikan daripada perwakilan dan pemerihalan Yunani. Anjing-anjing pemburu bau ini diperihalkan sebagai anjing besar, perlahan, "bertungkai pendek, dan bermulut dalam" dengan kepala kecil, hidung lurus, telinga tegak, dan leher panjang, dan sama ada sawo matang dengan tanda-tanda putih atau hitam dengan dengan tanda-tanda sawo matang.[19] Anjing pemburu Lakonia, menurut reputasinya, tidak mengalah dalam penghiduan sehingga menemukan mangsanya. Ia kemudian sampai ke Kunstantiniyah dan dari situ berkembang ke Eropah.[18]
Perancis
Sebutan pertama bagi anjing "basset" muncul dalam La Venerie, yang merupakan teks perburuan berilustrasi yang dikarang oleh Jacques du Fouilloux pada tahun 1585.[20][21] Nama "basset" mempunyai asal usul pada kata bahasa Latin untuk "rendah", iaitu bassus, dan akhiran pelemah bahasa Perancis -et. Anjing dalam teks Fouilloux digunakan untuk memburu rubah dan bejar. Jenis baset dipercayai berasal sebagai mutasi dalam perinduk-perinduk anjing pemburu rusa Norman, yang merupakan salah satu keturunan anjing pemburu St Hubert. Pendahulu ini paling mungkin dibiakbakakan kembali ke dalam baka anjing pemburu St. Hubert, antara anjing pemburu turunan lain Perancis. Sehingga Revolusi Perancis pada sekitar tahun 1789, perburuanberkuda merupakan acara khusus para raja, keluarga besar bangsawan, dan para tuan tanah perdesaan, dan atas sebab ini, anjing bertungkai pendek sangat dihargai untuk perburuan secara berjalan.
Anjing pemburu jenis baset menjadi popular semasa pemerintahan Maharaja Napoleon III (memerintah 1852–1870). Pada tahun 1853, Emmanuel Fremiet, "pemimpin pengukir haiwan pada zaman beliau", mempamerkan ukiran-ukiran gangsa bagi Anjing-anjing Pemburu Baset Maharaja Napoleon III di Salon Paris.[22] Sepuluh tahun kemudian pada tahun 1863 pada pameran anjing pertama yang diadakan di Paris, anjing pemburu baset menerima tumpuan antarabangsa.[23]
Pembiakbakaan terkawal bagi baset berbulu pendek bermula di Perancis pada tahun 1870. Daripada baset yang wujud, Comte Le Couteulx de Canteleu menetapkan jenis utilitarian dengan tungkai hadapan lurus yang dikenali sebagai anjing pemburu Artois, sementara En. Louis Lane mengembangkan jenis lebih menonjol, dengan tungkai hadapan bengkok, yang dikenali sebagai baset Normandie. Kedua-dua ini dibiakbakakan bersama-sama untuk menghasilkan baset Artois Normandie yang asli.[24][25]
England
Basset hound Perancis diimport ke England sekurang-kurangnya seawal tahun 1870-an. Sementara sesetengah anjing ini pastinya baset Artois Normandie, menjelang tahun 1880-an, pembiakbakaan titisan telah berbalik kepada jenis lebih berat yang berbeza. Everett Millais, yang dianggap sebagai bapa kepada basset hound moden, membiakbakakan seekor anjing jantan sedemikian, Nicholas, dengan seekor anjing pemburu darah betina yang bernama Inoculation melalui permainan beradas untuk menghasilkan baset lebih berat di England pada tahun 1890-an. Perinduknya disambut melalui pembedahan caesar, dan anak-anak anjing yang terselamat diperhalus dengan baset-baset Perancis dan Inggeris.[26] Piawaian baka pertama untuk anjing yang kini dikenali sebagai basset hound dibuat di Great Britain pada penghujung abad ke-19.[27] Piawaian ini dikemaskinikan pada tahun 2010.[28]
Anjing pemburu baset dibiakbakakan untuk perburuan dengan hidung berderia tajam dan tubuh rendah yang sesuai untuk perburuan buruan kecil secara berjalan. Satu keragaman basset hound yang dikembangkan hanya untuk perburuan oleh Kolonel Morrison dimasukkan ke dalam Masters of Basset Hounds Association pada tahun 1959 melalui lampiran ke dalam buku pembaka. Baka ini berlainan dengan tungkai lebih lurus dan lebih panjang dan telinga lebih pendek.[29]
Anjing pemburu baset telah ditonjolkan dalam kebudayaan popular berkali-kali. Sesetengah seniman, seperti pengarah Mamoru Oshii dan seniman komik web Scott Kurtz, selalu menonjolkan baset peliharaan mereka dalam karya mereka.
Pada 27 Februari 1928, majalah Time menonjolkan seekor anjing pemburu baset di kulit hadapannya.[30] Cerita pendampingnya adalah tentang Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club tahunan ke-52 di Madison Square Garden seolah-olah ditonton oleh anak anjing pemburu baset.
Banyak anjing kartun berdasarkan baset, seperti Droopy, dengan beberapa ekor baset yang muncul dalam filem-filem animasi Disney. Lerang komik gugusan, Fred Basset, telah ditonjolkan berkali-kali dalam surat khabar sejak tahun 1963.
Ada seekor basset hound dalam siri filem Smokey and the Bandit. Anjingnya, Fred, dipilih secara peribadi oleh pelakon utama, Burt Reynolds, kerana ia enggan mematuhi perintah.[31]
Pada zaman awal televisyen, Elvis Presley secara masyhurnya menyanyikan "Hound Dog" kepada seekor anjing pemburu baset bernama Sherock yang tidak berminat dan memakai topi tinggi dalam The Steve Allen Show pada 1 Julai 1956.
Seekor lagi baset televisyen pada tahun 1950-an ialah Morgan. Ia kerap muncul dalam The Garry Moore Show, The Jackie Gleason Show, dan banyak lagi rancangan aneka ragam. Ia memainkan peranan anjing dari Pluto dalam Captain Video dan muncul dalam sebuah filem Dean Martin dan Jerry Lewis. Kemunculan terakhirnya adalah dalam Hallmark Hall of Fame, dalam peranan menentang Tom Bosley pada tahun 1959.[32] Ia mempunyai mainan plusy yang bermodelkan dirinya[33] dan muncul dalam sebuah rencana majalah Life.[34] Sungguhpun ada rencana itu, ia tidak pernah dikenali sebagai J J Morgan.
Dalam siri televisyen Columbo, Leftenan Columbo memiliki seekor basset hound bernama Dog. Pada asalnya, ia tidak patut muncul dalam rancangan kerana Peter Falk percaya bahawa "gimik cukup sudah ada" tetapi sebaik kedua-duanya berjumpa, Falk menyatakan bahawa Dog "merupakan jenis anjing tepat yang patut dimiliki oleh Columbo". Maka, beliau menambahkannya ke dalam rancangan dan ia membuat kemunculan pertama dalam "Étude in Black" pada tahun 1972.[35]
Dalam novel dewasa muda, The Disreputable History of Frankie Landau-Banks, anjing pemburu baset ialah lambang bagi persatuan kolej Loyal Order of the Basset Hound.[36]
Mulai musim ketiga dalam siri televisyen The Dukes of Hazzard, Sheriff Rosco P. Coltrane memiliki seekor anjing pemburu baset malas bernama Flash. Flash membenci Boss Hogg tetapi menyayangi Dukes.
Anjing pemburu baset kerap digunakan sebagai logo pengiklanan. Logo untuk kasut jenama Hush Puppies jelas-jelas menonjolkan seekor anjing pemburu baset yang nama sebenarnya ialah Jason.[37] Anjing pemburu baset kadang-kadang dirujukan sebagai "hush puppies" atas sebab itu. Seekor anjing pemburu baset juga berkhidmat sebagai teman kepada Maytag Man yang bersendirian dalam iklan perkakasan Maytag. Tidewater Petroleum mengiklankan gasolin "Flying A"-nya dengan menggunakan seekor basset hound bernama Axelrod.
Hart, Ernest H. (1974). This Is the Basset Hound[Inilah Anjing Pemburu Baset] (dalam bahasa Inggeris). Hong Kong: TFH Publications. ISBN9780876662410. OCLC1036893935.
"9 Floppy Facts About Basset Hounds"[9 Fakta Terkelepai tentang Anjing Pemburu Baset]. www.mentalfloss.com (dalam bahasa Inggeris). 30 November 2015. Dicapai pada 26 Disember 2023.
Liebers, Arthur; Hardy, Dorothy (1959). How to Raise and Train a Basset Hound[Cara untuk Mengasuh dan Melatih Anjing Pemburu Baset] (dalam bahasa Inggeris). Jersey City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. OCLC10743773.
Drega, Dana (25 Januari 2011). "Basset Hound Coat Colours"[Warna Lapis Bulu Anjing Pemburu Baset]. Universiti Saskatchewan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2023.
Leroy, Grégoire; Phocas, Florence; Hédan, Benoît; Verrier, Etienne; Rognon, Xavier (18 November 2014). "Inbreeding impact on litter size and survival in selected canine breeds" [Impak pembiakbakaan dalam terhadap saiz dan kemandirian perinduk pada baka anjing terpilih]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 203 (1): 74–78. doi:10.1016/j.tvjl.2014.11.008. ISSN1532-2971. PMID25475165. S2CID27631883.
Adams, Vicki J.; Evans, Katy M.; Sampson, J.; Wood, James L. N. (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN1748-5827. PMID21029096. S2CID36903216.
Gelatt, Kirk N.; MacKay, Edward O. (18 Februari 2004). "Prevalence of the breed-related glaucomas in pure-bred dogs in North America" [Prevalens glaukoma berkaitan dengan baka pada anjing baka tulen di Amerika Utara]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 7 (2): 97–111. doi:10.1111/j.1463-5224.2004.04006.x. ISSN1463-5224. PMID14982589. S2CID46589186.
Bell, Jerold S. (19 September 2014). "Inherited and Predisposing Factors in the Development of Gastric Dilatation Volvulus in Dogs" [Faktor-faktor Terwaris dan Pendorong dalam Perkembangan Volvulus Pendilatan Gastrik pada Anjing]. Topics in Companion Animal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 29 (3): 60–63. doi:10.1053/j.tcam.2014.09.002. ISSN1946-9837. PMID25496921. S2CID31820259.
Mattson, Joan C.; Estry, Douglas W.; Bell, Thomas G.; Patterson, Wayne R. (1 Oktober 1986). "Defective contact activation of platelets from dogs with basset hound hereditary thrombopathy" [Pengaktifan sentuh cacat bagi platelet daripada anjing dengan trombopati keturunan anjing pemburu baset]. Thrombosis Research (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 44 (1): 23–38. doi:10.1016/0049-3848(86)90177-5. ISSN1879-2472. PMID3787559. S2CID36278557.
Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P. (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide[Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed.ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN9780323376518. OCLC1052802486.
Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn S. (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing[Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed.ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s.131. ISBN9781910443392. OCLC1197697572.
Campbell Thornton, Kim (1 Mac 1998). Bloodhounds: A Complete Pet Owner's Manual[Anjing Pemburu Darah: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Michele Earle-Bridges. Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN9780764103421. OCLC38199758.
"Pure-bred Dogs, American Kennel Gazette, Volume 106" [Anjing Baka Tulen, American Kennel Gazette, Jilid 106]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 1989.
Isaac, Peter (1982). Which Pet?[Haiwan Peliharaan Mana?] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Jill Norman & Hobhouse. ISBN9780906908563. OCLC10965647.
Janson, Horst Woldermar; Fusco, Peter, penyunting (1980). The Romantics to Rodin[Romantik untuk Rodin] (dalam bahasa Inggeris). Los Angeles, California, Amerika Syarikat: Muzium Seni Kaunti Los Angeles. m/s.272. ISBN9780875870915. OCLC5846663.
Leighton, Robert (2009). The New Book of the Dog[Buku Baharu tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. ISBN9781151753328.
Lawson, Patrick (Oktober 1975). All About Dogs[Semua tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Orbis Publishing. ISBN9780856130335. OCLC16377820.
"Jason's Hush Puppies Scrapbook"[Buku Skrap Hush Puppies Jason] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2006. Dicapai pada 5 Mei 2006.