Anjing pemburu Transilvania, anjing pemburu bau Transilvania,[lower-alpha 1] atau anjing pemburu Hungary[lower-alpha 2] ialah satu baka anjing pemburu bau Hungary yang digunakan terutamanya untuk perburuan. Ia berasal dari bekas Kerajaan Hungary di rantau bersejarah Transilvania, yang kini sebahagian daripada Romania. Ia kuat dan bersaiz sederhana, yang bercirikan tubuh hitam, dengan tanda-tanda sawo matang dan kadang-kadang putih pada muncung, pada dada, dan di hujung-hujung, dan tompok-tompok kening sawo matang distingtif. Ia mempunyai salakan nyaring untuk anjing dengan saiznya. Baka ini diselamatkan daripada kepupusan melalui usaha pembiakbakaan bertumpu pada lewat abad kedua puluh. Pernah ada dua keragaman, iaitu yang tinggi dan yang rendah, yang dikembangkan untuk jenis perburuan berlainan pada Zaman Pertengahan. Hanya keragaman tinggi terselamat kini.[1]

Fakta Segera Nama lain, Negara asal ...
Anjing pemburu Transilvania
Thumb
Nama lainAnjing pemburu bau Transilvania
Anjing pemburu Hungary
Negara asalHungary
Trait
Berat Rendah — 22–25 kilogram (49–55 lb)
Tinggi — 30–35 kilogram (66–77 lb)
Tinggi Rendah — 46–51 sentimeter (18–20 in)
Tinggi — 56–66 sentimeter (22–26 in)
Bulu Berbulu pendek
Warna Rendah — Merah dan sawo matang atau triwarna
Tinggi — Hitam dan sawo matang atau triwarna
Anjing (Canis lupus familiaris)
Tutup

Sejarah

Ada dakwaan bahawa anjing pemburu Transilvania diturunkan daripada anjing yang dibawa oleh orang Magyar apabila mereka merentasi Pergunungan Karpatos pada abad kesembilan dan dibiakbakakan dengan anjing sudah terdapat di kawasan itu, dengan hasil keturunan yang menjadi baka pengasas untuk baka ini.[2] Pada Zaman Pertengahan, anjing ini merupakan kegemaran kebangsawanan Hungary untuk pemburuan pelbagai haiwan buruan.[1] Dua keragaman ketinggian dikembangkan untuk pemburuan buruan berlainan di rupa bumi berlainan, dan kedua-dua dibela bersama-sama.[1]

Thumb
Anjing Pemburu Hungary – Anjing Pemburu Bau Transilvania. Farkas Gábor (1852–1917), Hajdúhadház

Keragaman tinggi digunakan untuk pemburuan buruan besar di hutan dan di lapangan, seperti bison Eropah, beruang, babi hutan, dan lynx.[1] Keragaman rendah pula digunakan untuk pemburuan rubah, kelinci, dan chamois di rupa bumi semak samun atau berbatu.[1] Baka ini merosot dan dipinggirkan ke perhutanan Karpatos, lalu berkurang dengan pertumbuhan pertanian dan perhutanan, dan menjelang permulaan abad kedua puluh, ia hampir pupus.[1] Ia hampir lenyap semasa Perang Dunia Kedua dan pada tahun 1947, selepas Transilvania sekali lagi sepenuhnya menjadi bahagian Romania. Pemerintah Romania membasmi sisa yang terselamat di wilayah itu untuk menghapuskan peringatan tentang Transilvania sebagai bekas wilayah Hungary.[3][4] Sesetengah terselamat di Hungary dan di Slovakia. Di sana, para pembiak baka berusaha untuk memulihkan baka ini.[3][5]

Pada tahun 1886, pendaftaran rasmi pertama bagi baka ini bermula dengan "Pedigri Anjing Pemburu Hungary" (Magyar Vadászeb Törzskönyv).[6] Pada tahun 1941, baka ini didaftarkan sebagai "Anjing Pemburu Hungary" oleh Kelab Anjing Penuding Kebangsaan Hungary/Bahagian Anjing Pemburu (Magyar Országos Vizsla Klub/Kopó szakosztály) dan pemulihan baka bermula dengan 27 ekor individu; Perang Dunia Kedua menamatkan ini. Operasi pemulihan lanjut bermula pada tahun 1960-an.[7]

Thumb
Állatkerti Dákó 1970

Baka ini diiktiraf dan dipiawaikan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1963, dengan penerimaan tetap pada 30 Mac pada tahun itu.[8] Pada tahun 1968, usaha lanjut bermula untuk memulihkannya.[1] Pada abad kedua puluh satu, bilangan tinggi bagi keragaman tinggi bagi anjing ini dapat ditemukan di Hungary dan di Romania.[1]

Anjing pemburu Transilvania, sewajarnya, diiktiraf oleh kumpulan pembiak baka dan penggemar anjing kebangsaan, Kelab Kenel Hungary (yang menggunakan piawaian baka FCI).[9]

Thumb
Taburan geografi: Abad ke-17–1966

Perihal

Thumb
Anjing pemburu Transilvania yang bertungkai pendek dan yang bertungkai panjang

Terdapat dua keragaman saiz bagi anjing pemburu Transilvania, namun piawaian baka FCI hanya memerihalkan keragaman bertungkai panjang. Keragaman bertungkai pendek biasanya berdiri setinggi 46–51 cm (18–20 in) dan keragaman bertungkai panjang berdiri setinggi 56–66 cm (22–26 in).[1][3][4][10][11]. Keragaman bertungkai pendek biasanya berukuran seberat 22–25 kg (49–55 lb) manakala keragaman bertungkai pendek berukuran seberat sekitar 30–35 kg (66–77 lb).[3][10] Ia mempunyai kepala tipikal anjing pemburu bau, panjang tetapi tidak menirus dan bebas daripada kedutan; telinganya bersaiz sederhana dan berjuntai, lebar di tengah dan menirus ke hujung membuat.[3][10] Tubuhnya agak panjang tetapi berbentuk segi empat sama, dadanya lebar dan panjang tetapi tidak terlalu dalam; ekornya yang terletak rendah-rendah kekal tidak terpotong, dan apabila berburu biasanya terangkat secara melengkung di paras belakang.[10] Lapis bulunya pendek, lurus, dan padat, lebih panjang sedikit pada keragaman bertungkai panjang berbanding dengan yang pada keragaman bertungkai pendek. Keragaman bertungkai pendek biasanya merah gelap dan sawo matang atau triwarna merah gelap dan sawo matang (merah gelap, sawo matang, dan putih) dari segi warna, manakala keragaman bertungkai panjang biasanya hitam dan sawo matang atau triwarna hitam dan sawo matang (hitam, sawo matang, dan putih).[4][10]

Iklim benua di tanah airnya, dengan musim panas yang amat panas dan musim sejuk yang amat sejuk dengan salji yang turun dengan lebat, telah menghasilkan baka dengan stamina hebat serta kebolehan penghiduan sangat tajam dan boleh diharap.[10][2]

Anjing pemburu Transilvania biasanya patuh, bersifat baik, bertolak ansur terhadap kanak-kanak, dan mudah dilatih; sebagai anjing pemburu kawanan, ia sangat mesra dengan anjing lain.[4][10][2][12] Ia diperilhalkan sebagai anjing menyendiri, agak berwaspada, dan berperwatakan kaji diri; apabila berburu, ia menunjukkan keberanian dan deria haluan yang bagus.[3][10][2][12]

Catatan

  1. Jawi: انجيڠ ڤمبورو ترنسيلۏانيا; Hungary: erdélyi kopó, sebutan Hungary: [ˈɛrdeːji kopoː]; Romania: copoi ardelenesc sebutan Romania: [ko'poj ardele'nesk]; bahasa Inggeris: Transylvanian scent hound; Transylvanian scenthound; Transylvanian hound
  2. Jawi: انجيڠ ڤمبورو هڠݢري; bahasa Inggeris: Hungarian hound

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.