baka anjing dari Portugal From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing Serra de Aires[lower-alpha 1] atau anjing gembala Portugis[lower-alpha 2] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana daripada jenis anjing gembala dan merupakan salah satu baka anjing asli rantauan dari Portugal. Nama aslinya merujuk Serra de Aires, banjaran dekat dengan Monforte di rantau Alentejo (kadang-kadang dikelirukan dengan "Serra d'Aire", sebanjar bukit atau gunung yang menandakan sempadan di antara Ribatejo dengan Oeste, di utara Sungai Tagus). Baka ini diberi nama gelaran "cão macaco" ("anjing monyet", merujuk macaque atau monyet) kerana muka berbulunya dan sikap bersemangatnya.[1]
Nama lain | Anjing gembala Portugis | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | anjing monyet | |||||||
Negara asal | Portugal | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gembala Portugis ialah anjing bersaiz sederhana yang berdiri setinggi 45–55 cm (18–22 in) pada paras kelasa untuk jantan (betina lebih kecil sedikit) dan berukuran seberat 17–27 kg (37–60 lb). Tubuh anjing ini panjang dan mempunyai lapis bulu panjang tanpa lapis bulu bawah dengan ketebalan sederhana dan diperihalkan mempunyai tekstur "mirip kambing".[2][3][[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]] Kekurangan lapis bulu bawah menyebabkan anjing ini kurang tahan terhadap cuaca ekstrem sebagai [[anjing pekerja.[perlu rujukan] Warna lapis bulu tipikal termasuk kuning, perang berangan, kelabu, perang kekuning-kuningan, kelabu serigala (fulvo atau lobeiro), dan hitam, dengan tanda-tanda sawo matang. Helaian bulu putih mungkin bercampur dengan lapis bulu, tetapi tidak patut ada tompok-tompok putih besar.
Ekornya patut panjang, dan ekor kontot semula jadi ialah syarat penyingkiran di bawah piawaian baka yang bermakna bahawa pemilik tidak digalakkan daripada membiakbakakan anjing tidak tipikal sedemikian dan anjing tanpa ekor tidak boleh bertanding untuk kejohanan baka. Ekor tidak patut langsung dipotong. Telinga labuh (tergantung) terletak tinggi-tinggi dan rapat dengan kepala. Perihal terperinci bagi semua perkadaran dan warna unggul tersenarai dalam piawaian baka asli, serta kecacatan yang merupakan aspek tidak tipikal untuk baka berkenaan atau yang merupakan masalah struktur.[2][3]
Leluhur kepada baka moden secara tradisional digunakan untuk penggembalaan lembu, biri-biri, kambing, kuda, dan juga babi[4] di Serra de Aires dan di Alentejo.[5] Seperti baka-baka lain yang berasal daripada anjing pekerja tanpa tercatat, "... data adalah jarang atau tidak wujud ... kebanyakan baka penjaga dan gembala tidak mempunyai catatan sebelum tahun 1900".[6] Anjing ini diiktiraf sebagai salah satu jenis anjing gembala gaya lama Eropah, yang dipercayai berkait rapat dengan anjing gembala Pyrénées dan anjing gembala Catalonia.[7] Ia juga dipercayai diturunkan daripada anjing gembala Brie yang diimport ke Portugal pada awal tahun 1900-an oleh Conde de Castro Guimarães dari Cascais dan disilangkan dengan anjing gembala Pyrénées.[3] Landskap Serra de Aires adalah tandus dan mencabar dan baka ini telah diperhatikan menghadapi masa sukar untuk menyesuaikan diri dengan iklim di sana.[8]
Piawaian baka pertama ditulis oleh Antonio Cabral dan Felipe Morgado Romeiros dan diterima oleh Clube Português de Canicultura. Baka ini diiktiraf di peringkat antarabangsa pada tahun 1996 oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa di bawah nama "Portuguese Sheepdog" ("anjing gembala Portugis") dalam bahasa Inggeris. Baka ini telah dieksport ke negara lain dan telah menjadi pendamping dan anjing peliharaan yang popular di Eropah. Di Amerika Syarikat, baka ini diiktiraf oleh United Kennel Club dalam kumpulan gembalanya pada tahun 2006, juga di bawah nama "Portuguese Sheepdog". Ia juga diiktiraf dan disenaraikan di bawah nama aslinya atau pelbagai terjemahan oleh kelab kenel kecil, kelab khusus, dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet, dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan luar biasa.
Anjing gembala Portugis ialah baka gembala rantauan dan, di kawasan lain di negara tersebut, fila São Miguel, anjing Pergunungan Estrela, anjing Castro Laboreiro, dan anjing kacuk Alentejo secara tradisional melakukan kerja serupa dalam penggembalaan haiwan ternakan di kawasan pergunungan lain di negara tersebut. Kini, kebanyakannya dibela sebagai haiwan peliharaan.
Tiada masalah kesihatan berulang atau dakwaan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Ia terdedah kepada erlikiosis yang ditransmisi oleh sengkenit. Tumor abdomen patut dijangkakan pada anjing senior, maka ekogram nalar dinasihatkan selepas tahun kelapan hayatnya.
Piawaian baka FCI menyatakan bahawa anjing gembala Portugis unggul adalah "amat pintar dan sangat bersemangat".[3]
Anjing gembala Portugis dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gembala Portugis yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[9][halaman diperlukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.