baka anjing dari Albania, Kosovo, Macedonia Utara, dan Serbia From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing gembala Yugoslavia,[lower-alpha 1] anjing Pergunungan Šar, anjing Šar Planina, šarplaninac,[lower-alpha 2] atau anjing Sharr[lower-alpha 3][3] ialah satu baka anjing daripada jenis penjaga haiwan ternakan.[4] Ia dinamai sempena Pergunungan Šar atau Šar Planina, iaitu sebuah banjaran di Balkan, yang mempunyai banyak anjing baka ini. Ia diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai anjing gembala Illyria (Ilirski Ovčar)[lower-alpha 4] dari tahun 1939 sehingga tahun 1957, apabila namanya diubah kepada anjing gembala Yugoslavia – anjing Pergunungan Šar (Jugoslovenski Ovčarski Pas – Šarplaninac).[lower-alpha 5]
Nama lain |
| ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal |
| ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Pada zaman Uthmaniyah, anjing ini bergerak bersama dengan kawanan biri-biri dan meluangkan musim panas di kawasan Pergunungan Šar Mountains dan musim sejuk di Thessalia. Di Thessalia, ia dikenali sebagai anjing gembala Yunani.[1]:124
Asal usul šarplaninac tidak diketahui.[2] Ia secara tradisional digunakan untuk menjaga lembu[2] atau biri-biri.[1]:124 Dalam sistem pindah ternak bagi pengurusan, haiwan ternakan dipindahkan dua kali setahun, ke padang ragut gunung tinggi untuk musim panas dan ke dataran lebih suam untuk musim sejuk. Di Balkan selatan, biri-biri dalam jumlah sangat besar dipindahkan dengan cara ini, ditemani oleh manusia dan anjing.[5]:35 Pada zaman Uthmaniyah, anjing jenis ini berpindah dengan kawanan-kawanan biri-biri, lalu meluangkan musim panas di kawasan Pergunungan Šar dan musim sejuk di Thessalia – sebagai anjing yang dikenali di sana sebagai 'anjing gembala Yunani'.[1]:124
Pada tahun 1939, ia diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai baka Yugoslavia dengan nama Ilirski Ovčar ("anjing gembala Illyria");[2] Pada tahun 1957, ikutan permintaan daripada Persekutuan Kinologi Yugoslavia (Jugoslovenski Kinološki Savez), Persekutuan Kinologi Antarabangsa bersetuju untuk mengubah nama antarabangsa baka ini kepada 'Jugoslovenski Ovcarski Pas – Sarplaninac' ("anjing gembala Yugoslavia – [anjing] Pergunungan Šar").[4][2] Pada tahun 1968, Kraški Ovčar, atau anjing gembala Karst, yang dahulunya dianggap sebagai subjenis, diiktiraf sebagai baka terpisah.[6]
Angka baka banyak merosot akibat konflik yang berkaitan dengan perpecahan Yugoslavia pada tahun 1990-an.[7]:299 Ikutan peristiwa-peristiwa ini, Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengiktiraf Macedonia Utara dan Serbia sebagai negara asal.[2]
Šarplaninac atau anjing Pergunungan Šar terutamanya terdapat di Pergunungan Šar, tempat yang disangkakan sebagai asal usulnya dan sumber bagi nama baka.[1]:124[8]:25 Ia juga tertabur di kawasan-kawasan pergunungan Jablanica, Korab, dan Pelister.[9]:358
Anjing Pergunungan Šar ialah anjing dengan tubuh besar dan kuat. Tubuhnya lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggiannya pada paras kelasa, dan tungkai hadapannya membentuk hampir-hampir 55% daripada ketinggiannya. Kepalanya besar tetapi berperkadaran dengan tubuhnya dengan mata gelap.
Ia anjing tegap dan berperkadaran baik dengan cukup banyak tulang bagi saiz yang cukup lebih tinggi daripada purata dengan lapis bulu tebal, panjang, dan agak kasar yang menekankan penampilan berganding pendek.[perlu rujukan] Jantan berukuran seberat kira-kira 35–45 kg (77–99 lb) sementara betina pula kira-kira kurang 5 kg (11 lb).[2] Purata ketinggian pada paras kelasa ialah 62 cm (24 in) untuk jantan dan 58 cm (23 in) untuk betina.[2]
Ia sentiasa berwarna padu: perang kekuning-kuningan, kelabu besi, putih, atau hampir hitam; biasanya sabel atau kelabu dengan "baju luar" lebih gelap pada kepala dan belakang dengan lapis bulu bawah yang lebih pudar. Warnanya tidak perlu sepenuhnya seragam dan kebanyakan anjing Pergunungan Šar mempunyai beberapa cahaya warna berlainan bagi warna sama yang memudar ke dalam satu sama lain.
Anjing ini mungkin dijangkakan hidup selama kira-kira 11–13 tahun.[10]:43
Šarplaninac berada dalam senarai baka anjing terlarang di Denmark.[11] Senarai Denmark ini menyertakan 13 baka dan dianggap mengundang kontroversi setelah menerima kritikan daripada para pemilik anjing dan beberapa buah parti politik kerana lapan daripada 13 baka tersebut tidak mempunyai sebarang laporan insiden. Šarplaninac merupakan antara lapan baka itu.[12]
Ia terlihat pada syiling satu denar Macedonia.[13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.