baka anjing dari Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing Akita atau hanya akita[a] ialah satu baka anjing Jepun bersaiz besar. Anjing Akita, yang berasal daari pergunungan Jepun utara, mempunyai lapis bulu ganda pendek yang serupa dengan yang pada banyak baka spits utara lain. Dahulu, ia digunakan oleh matagi untuk penjagaan dan pemburuan beruang.
Nama lain |
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jepun | ||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
Catatan | Anjing kebangsaan Jepun Anjing wilayah Akita | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Akita ialah baka berkuasa, dominan, dan setia, biasanya mengelak orang asing, tetapi bersikap penyayang dan amat setia dengan keluarganya. Sebagai baka, anjing Akita pada umumnya tahan lasak. Dua keragaman terpisah bagi anjing Akita merupakan strain tulen Jepun, yang dipanggil hanya Akita inu atau Akita ken[a] atau juga khususnya anjing Akita Jepun,[b] dan strain kacuk lebih besar, yang pada umumnya dirujuk sebagai anjing Akita Amerika atau American akita.[c][1] Walau bagaimanapun, ada perdebatan sama ada strain-strain anjing Akita berbeza atau membentuk satu baka.[2][3][4]
Terdapat perdebatan dalam kalangan penggemar sama ada kedua-duanya merupakan dua baka terpisah bagi anjing Akita. Setakat tahun 2020, American Kennel Club[5] kini menganggap American akita dan Japanese akita sebagai dua baka terpisah dan tidak lagi mengizinkan pembiakbakaan bebas antara kedua-duanya. United Kennel Club,[6] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI),[7][8] The Kennel Club,[9][10] Australian National Kennel Council,[11] New Zealand Kennel Club,[12][13] dan Japan Kennel Club[14] menganggap anjing Akita Jepun dan anjing Akita Amerika sebagai baka terpisah.[15] Sesetengah negara[yang mana?] merujuk anjing Akita Amerika hanya sebagai "anjing Akita" dan bukan "anjing Akita Amerika". Isu ini khususnya menimbulkan kontroversi di Jepun.[16] Untuk 84 buah negara yang menanggotai FCI, pemisahan baka berlaku secara rasmi pada Jun 1999, apabila FCI membuat keputusan bahawa jenis Amerika patut dipanggil anjing besar Jepun atau Great Japanese Dog,[d][15] kemudian dinamai semula anjing Akita Amerika atau American Akita[c] pada Januari 2006.[15]
Sejak zaman purba, anjing pemburu yang dipanggil anjing matagi (マタギ犬 ) dibela di Kawasan Tōhoku di Jepun utara. Perkataan matagi memaksudkan "pemburu". Sasaran utama perburuan merupakan beruang hitam Asia, kambing hutan Jepun, monyet salji, dan arnab. Di Wilayah Akita, terdapat juga anjing matagi yang dipanggil anjing matagi Akita (Akita matagi inu (秋田マタギ犬 )), iaitu anjing bersaiz sederhana dan dibezakan daripada anjing Akita.[17] Leluhur langsung anjing Akita ialah anjing yang dibela sebagai anjing pengawal dan anjing laga oleh samurai dan petani kaya di kawasan Ōdate dan juga dikenali sebagai anjing Ōdate (大館犬 ).
Semasa Zaman Edo (1603–1867), kawasan Akita diperintah oleh suku Satake dari Han Kubota. Keluarga Satake Barat (佐竹西家 ), penjaga istana bagi Istana Ōdate, dikatakan telah memupuk semangat juang pengikutnya melalui laga anjing.[18]
Tidak ada pengetahuan tentang cara tepat peningkatan saiz anjing Akita, tetapi menurut "perbincangan tentang anjing oleh orang tua-tua" yang diadakan pada tahun 1931 di Pekan Ōdate ketika itu, seekor anjing masyhur bernama "Moku" dibela di Topekong Jō'ō-ji (浄応寺 ) di Ōdate, yang lazimnya dikenali sebagai Topekong Naka no Tera (中の寺 ), pada zaman Edo lewat (1603–1867).[19] Moku ialah seekor anjing yang lahir pada penghujung zaman Ansei (1854–1860) dan hidup melalui kebakaran Perang Boshin (1868–1869) sehingga tahun 1871 atau tahun 1872. Moku adalah kira-kira setinggi 85 sentimeter (33 in) pada paras bahu dan adalah cukup besar untuk membawa orang dewasa di atas belakangnya. Moku ialah anjing Jepun sepenuhnya dengan telinga tegak dan ekor melingkar, warna bijan (goma), dan bulu panjang.[19] Sekiranya teori ini dipercayai, anjing Akita telah menjadi lebih besar menjelang penghujung zaman Edo selewat-lewatnya.
Pada tahun 1931, anjing Akita secara rasmi diisytiharkan sebagai monumen semula jadi Jepun. Datuk Bandar Raya Ōdate di Wilayah Akita menubuhkan Akita Inu Hozonkai untuk memulihara anjing Akita asli sebagai khazanah semula jadi Jepun melalui pembiakbakaan cermat.[20]
Pada tahun 1933, Heishiro Takaku (Takahisa), salah seorang anggota awal Nippo di Tokyo dan kemudian Nipponinu Kyokai (Nikkyo) di Osaka dan Katsuichi (Shoichi) masing-masing menerbitkan rencana tentang cadangan piawaian anjing Jepun, yang menyertakan anjing Akita. Anjing Akita mendedahkan keberagaman paling tinggi pada masa itu, apabila dibandingkan dengan anjing-anjing sederhana dan kecil Jepun, oleh sebab penyilangan luar dengan anjing laga Tosa, dan anjing asing import.[21][sumber tak boleh dipercayai?] Pada tahun 1934, piawaian baka pertama Jepun untuk anjing Akita disenaraikan, ikutan pengisytiharan baka sebagai monumen kebangsaan Jepun.[22]
Baka anjing Akita digunakan semasa perang Rusia-Jepun untuk menjejak tawanan perang dan pelaut sesat.[23] Semasa Perang Dunia Kedua, anjing Akita dianggap sebagai baka bukan ketenteraan dan disilangkan dengan anjing gembala Jerman dalam cubaan untuk menyelamatkannya daripada perintah kerajaan masa perang agar semua anjing bukan ketenteraan ditakai.[24] Sesetengah digunakan sebagai pengakap dan penjaga semasa peperangan.[23]
Satu baka asli Jepun yang dikenali sebagai matagi (anjing pemburu) digunakan bersama dengan baka anjing Hokkaido untuk mengacuk kembali ke dalam sisa populasi anjing Akita untuk memulihkan baka. Terdapat banyak susur galur anjing Akita, tetapi yang paling berpengaruh merupakan Dewa dan Ichinoseki.[25] Kedua-dua susur galur menyumbang kepada ternakan asasi untuk kedua-dua jenis anjing Akita, dan banyak anjing eksport merupakan gabungan susur galur ini. Menurut salah seorang hakim Jepun, perbezaan terbesar antara anjing Akita yang dibiakbakakan di Jepun dengan anjing Akita yang dibiakbakakan di Amerika Syarikat ialah bahawa anjing Amerika masih menunjukkan banyak bukti strain Dewa.[26][sumber tak boleh dipercayai?] Pada awal tahun 1990-an, anjing Akita susur galur Dewa amat diutamakan dan berprestasi baik dalam pertunjukan. Kongo-go (daripada Kenel Heirakudo milik Eikichi Hiraizumi) dianggap sebagai anjing paling berpengaruh daripada susur galur itu.[21][sumber tak boleh dipercayai?]
Walau bagaimanapun, susur galur Dewa mula merosot kerana para pembiak baka Jepun berasa bahawa anjing Akita tidak menampilkan wajah anjing Jepun, lalu mula membiakbakakan anjing ke arah jenis unggul yang memperingati anjing Jepun lain. Susur galur Dewa distereotaipkan sebagai jenis "anjing gembala Jerman", sementara susur galur Ichinoseki dirujuk sebagai jenis "mastif".[25][21] Lantas, susur galur Ichinoseki meningkat dari segi kepopularan. Goromaru-Go dianggap sebagai anjing Akita paling berpengaruh daripada susur galur itu yang, meski tidak berprestasi baik dalam pertunjukan, menghasilkan anjing Akita ulung apabila dibiakbakakan dengan susur galur Taihei dan susur galur Nikkei dari Akita Selatan. Goromaru-Go kemudiannya menjadi asas untuk melanjutkan jenis Jepun.
Semasa tahun-tahun pendudukan ikutan peperangan, baka ini mula bangkit lagi melalui usaha Sawataishi dan yang lain.[27] Morie Sawataishi dan usaha beliau untuk membiakbakakan anjing Akita ialah sebab utama bahawa baka ini masih wujud kini.[28] Untuk kali pertama, anjing Akita dibiakbakakan untuk penampilan terpiawai.[29][sumber tak boleh dipercayai?] Para penggemar anjing Akita di Jepun mula mengumpulkan dan mempamerkan selebih anjing Akita dan menghasilkan perinduk untuk memulihkan baka ini hingga angka mapan dan untuk menyerlahkan ciri-ciri unggul baka ini yang telah dikaburkan oleh silangan-silangan dengan baka lain.[30] Hanya mulai tahun 1960-an–1970-an, jenis Jepun yang lebih mirip rubah mula mencapah daripada jenis tipikal Amerika.[31][perlu rujukan]
Kisah Hachikō membantu mendorong anjing Akita ke dunia anjing antarabangsa. Hachikō dilahirkan pada tahun 1923 dan dimiliki oleh Profesor Hidesaburō Ueno dari Tokyo.[32] Profesor Ueno tinggal dekat dengan Stesen Kereta Api Shibuya di pinggir bandar itu, dan berulang-alik ke tempat kerja pada setiap dengan kereta api.[20] Hachikō menemani tuannya dalam ke stesen dan dari stesen setiap hari.[20] Pada 25 Mei 1925, semasa anjing itu berusia 18 bulan, ia menunggu ketibaan tuannya di dalam kereta api jam empat, namun Profesor Ueno telah menderitai perdarahan otak maut di tempat kerja.[20] Hachikō terus menanti kepulangan tuannya.[20] Ia berulang-alik ke stesen dan dari stesen setiap hari selama sembilan tahun berikutnya.[20] Ia mengizinkan kaum kerabat profesor untuk menjaganya, namun ia tidak pernah mengalah dalam mengawasi stesen itu untuk mencari tuannya.[20] Penantiannya menjadi terkenal di seluruh dunia apabila, pada tahun 1934,[33] tidak lama sebelum kematiannya, sebuah patung gangsa didirikan di stesen kereta api Shibuya sebagai penghormatan sempenanya.[20] Patung ini dileburkan untuk amunisi semasa peperangan, namun sebuah patung baharu ditempah selepas peperangan.[33] Setiap tahun pada 8 Mac sejak tahun 1936, kesetiaan Hachikō telah diberi penghormatan dengan upacara takzim sebagai tanda kenangan di stesen kereta api Shibuya di Tokyo.[34][35] Akhirnya, kesetiaan terkenal Hachikō menjadi lambang kesetiaan kebangsaan, khususnya terhadap orang dan insitusi Maharaja.[36]
Pada tahun 1967, dalam memperingati ulang tahun ke-50 penubuhan Persatuan Pemuliharaan Anjing Akita, Muzium Anjing Akita dibina untuk menempatkan maklumat, dokumen, dan foto.[20] Terdapat tradisi di Jepun, yang apabila anak dilahirkan, anak itu menerima patung anjing Akita. Patung ini melambangkan kesihatan, kebahagiaan, dan kepanjangan umur.[37]
Pada tahun 1937, Helen Keller berjalan ke Jepun. Beliau menyatakan minat tinggi pada baka ini dan dipersembahkan dengan dua ekor anjing Akita pertama untuk memasuki Amerika Syarikat.[38][sumber tak boleh dipercayai?] Anjing pertama, yang dipersembahkan kepada beliau oleh En. Ogasawara dan dinamai Kamikaze-go, mati pada usia 7 1⁄2 bulan akibat distemper, sebulan selepas kepulangan beliau ke Amerika Syarikat. Anjing Akita kedua diatur untuk dikirimkan kepada Keller: Saudara seperinduk Kamikaze, Kenzan-go.[39] Keller memberikan nama gelaran Go-Go kepada anjing itu dan mereka berdua menjadi teman baik sejak hari pertama. Go-Go malah meluangkan malam pertamanya di rumah Keller dengan tidur di kaki katilnya.[40] Kenzan-go died in the mid-1940s.[41] Menjelang tahun 1939, piawaian baka telah diasaskan dan pertunjukan anjing telah diadakan, namun kegiatan sedemikian terhenti selepas Perang Dunia Kedua tercetus.[perlu rujukan] Keller menulis dalam Akita Journal:
Jika pernah ada bidadari berbulu, Kamikaze-lah dia. Saya tahu bahawa saya tidak akan lagi merasai kasih sayang yang sama untuk mana-mana haiwan peliharaan lain. Anjing Akita memiliki semua sifat yang menarik hati saya. Ia lembut, mudah berteman, dan setia. (terjemahan)[42][38]
Anjing Akita Jepun dan anjing Akita Amerika mula mencapai dari segi jenis pasca-Perang Dunia Kedua kerana pihak Amerika dan Eropah memulihara anjing Akita yang kurang diminati di Jepun, terutamanya jenis Dewa dan anjing dengan topeng hitam ketara atau tanda tompok. Anjing Akita Amerika biasanya dianggap sebagai kacuk oleh para pembiak baka Jepun (dan bukan anjing Akita sejati menurut piawaian Jepun).[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, fenotipnya mendahului anjing Akita Jepun selama beberapa dekad dan ia lebih dekat dengan anjing Akita praperang seperti Hachikō.[31][perlu rujukan]
Helen Keller disebut sebagai penyumbang kerana membawa anjing Akita ke Amerika Syarikat selepas dihadiahi dua ekor anjing Akita oleh kerajaan Jepun pada tahun 1938. Menjelang tahun 1939, piawaian baka diasaskan dan pertunjukan anjing mula diadakan, namun perkembangan ini diganggu oleh Perang Dunia Kedua.[43] Pada waktu ini, askar Amerika Syarikat yang berjasa sebagai sebahagian daripada angkatan pendudukan di Jepun pertama kali bersemuka dengan anjing Akita. Baka yang begitu mengagumkan mereka sehingga ramai askar memilih untuk membawa pulang seekor Akita bersama dengan mereka seusai perjalanan mereka.
Walaupun kedua-dua jenis diterbitkan daripada keleluhuran bersama.[44] Anjing Akita Amerika pada umumnya bertulang lebih berat dan lebih besar, dengan kepala lebih mirip beruang, manakala anjing Akita Jepun cenderung lebih ringan dan berciri lebih halus dengan kepala mirip rubah.[15][sumber tak boleh dipercayai?] Sebagai tambahan, sementara anjing Akita Amerika diterima dengan semua warna, anjing Akita Jepun hanya diizinkan dengan warna merah, putih, atau brindle. Sebagai tambahan juga, anjing Akita Amerika mungkin bertompok dan/atau mempunyai topeng hitam, tidak seperti anjing Akita Jepun, yang disingkirkan jika mempunyai ciri-ciri yang tidak diizinkan dalam piawaian baka.[perlu rujukan]
Dengan pengiktirafan oleh American Kennel Club pada tahun 1955, anjing Akita ditempatkan dalam kelas Lain-lain. AKC tidak meluluskan piawaian anjing Akita sehingga tahun 1972 dan ia dipindahkan ke dalam kelas Anjing Pekerja. Ternakan asasi di Amerika Syarikat terus diimport dari Jepun sehingga tahun 1974, apabila AKC menghentikan pendaftaran kepada sebarang import lanjut dari Jepun sehingga tahun 1992, apabila piawaian Japan Kennel Club diiktiraf. Keputusan ini membawa kepada permulaan pencapahan jenis antara anjing Akita Amerika dengan anjing Akita Jepun yang ada kini.[45]
Di tempat lain di dunia, seekor anjing Akita Amerika pertama kali diperkenalkan ke United Kingdom pada tahun 1937. Ia merupakan import Kanada yang dimiliki oleh Pn. Jenson; keturunan Pn. Jenson kini masih membiakbakakan anjing Akita Amerika. Individu paling terkenal dengan meluas ialah Joseph Felton, pembiak baka anjing Akita yang pernah memenangi anugerah, tetapi baka ini sendiri tidak terkenal dengan meluas sehingga awal tahun 1980-an.[41] Baka ini diperkenalkan ke Australia pada tahun 1982 dengan import Amerika dan ke New Zealand pada tahun 1986 dengan import British.[41]
Sebagai baka spits, penampilan anjing Akita mencerminkan adaptasi cuaca sejuk yang penting untuk fungsi aslinya.[46] Anjing Akita ialah baka teguh untuk ketinggiannya dengan tulang berat.[47] Trait-trait fizikal baka ini termasuk kepala besar mirip beruang dengan telinga segi tiga tegak yang terletak pada suatu sudut kecil ikutan lengkung leher.[47] Sebagai tambahan, mata anjing Akita adalah kecil, gelap, terletak dalam-dalam, dan berbentuk segi tiga.[48] Anjing Akita mempunyai lapis bulu ganda tebal, dan kaki ketat mirip kucing dengan buku jari baik.[47] Ekornya terangkat ke arah atas belakangnya dalam lingkaran lembut atau ganda ke bawah paras loin.[49]
Jantan matang jenis Amerika biasanya berukuran setinggi 26–28 in (66–71 cm) pada paras kelasa dan sebeart 100–130 lb (45–59 kg).[47] Betina matang pula biasanya berukuran setinggi 24–26 in (61–66 cm) dan seberat 70–100 lb (32–45 kg).[50] Jenis Jepun, seperti yang tersebut dalam piawaian baka, adalah lebih kecil dan lebih ringan sedikit.[51]
Piawaian baka menyatakan bahawa semua warna lapis bulu dan corak baka anjing diizinkan pada anjing Akita Amerika.[52] Ini termasuk corak warna umum shiba inu yang dikenali sebagai urajiro.[53] Anjing Akita Jepun, menurut piawaian baka, terbatas kepada warna merah, perang kekuning-kuningan, bijan, brindle, dan putih tulen, kesemua dengan tanda urajiro - lapis bulu keputih-putihan di sisi muncung, di pipi, di bahagian bawah rahang, di leher, di dada, di tubuh, dan di ekor, dan bahagian dalam tungkai.[9]
Dua jenis lapis bulu pada anjing Akita merupakan lapis bulu piawai dan lapis bulu panjang.[54][55] Walau bagaimanapun, lapis bulu panjang dianggap sebagai kecacatan dalam gelanggang pertunjukan.[54][55] Lapis bulu panjang, juga dikenali sebagai moku, ialah hasil daripada gen resesif autosom dan mungkin hadir secara fenotip hanya jika kedua-dua ibu dan bapa merupakan pembawa. Ia mempunyai lapis bulu lebih panjang (kira-kira sepanjang 3–4 in (7.6–10.2 cm) dan lebih lembut[56] dan diketahui mempunyai perangai lebih manis.[54][55] Gen ini disangkakan berpunca daripada anjing samurai, anjing Karafuto.[57]
Anjing Akita pada umumnya terlihat bersikap kuat mempertahankan wilayahnya dan dapat bersikap suka menjauhi orang asing.[perlu rujukan]
Baka ini telah ditarifkan dalam perundangan spesifik baka di sesetengah negara sebagai anjing berbahaya.[58][59][60][61][62] Anjing Akita ialah anjing besar, kuat, berdikari, dan dominan. Anjing Akita yang terlatih dengan baik patut menerima orang asing yang tidak mengancam, atau sebaliknya, ia melawan semua orang asing dengan cara agresif.[63]
Tinjauan ke atas tingkah laku anjing pada lima baka 'purba' di Poland mendapati bahawa anjing Akita merupakan yang paling agresif terhadap anjing lain dengan 59% daripada jumlah anjing Akita yang dilaporkan mempamerkan agresi terhadap anjing dan haiwan lain. Ia merupakan yang kedua paling berkemungkinan untuk menjadi agresif terhadap manusia dengan 13% daripada jumlah anjing Akita yang dilaporkan mempamerkan agresi terhadap manusia. Tingkah laku stereotaip dilaporkan pada 27% daripada jumlah anjing Akita, yang menempatkannya sebagai yang kedua daripada lima baka yang ditinjau. Penyuaraan berlebihan hanya dilaporkan pada 17% untuk anjing Akita, yang lebih rendah daripada baka lain. Kurang daripada 10% daripada jumlah anjing Akita dilaporkan mengalami kebimbangan perpisahan, angka paling rendah. 70% daripada semua agresi terarah manusia melibatkan pelawat di wilayah anjing Akita berkenaan, yang menegaskan sifat defensif baka ini.[64]
Sebuah kajian Jepun mendapati bahawa polimorfisme ulangan CAG di dalam gen AR pada anjing Akita dihubungkaitkan dengan peningkatan laporan agresi pada anjing Akita jantan, tetapi bukan betina.[65]
Banyak penyakit autoimun diketahui menyerang anjing Akita, termasuk:
Sebagai tambahan kepada ini, sesetengah penyakit endokrin berantarakan imun dengan faktor boleh waris dapat terjadi, seperti:
Keadaan tidak spesifik imun lain yang diketahui telah menyerang anjing Akita termasuklah:
Keadaan spesifik baka ini disebut dalam kesusasteraan veterinar:
Sebuah kajian United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 11.4 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[91]
Pendahulu bagi anjing Akita moden digunakan untuk pemburuan beruang, babi hutan, dan rusa di Jepun selewat tahun 1957.[92] Ia digunakan untuk menggarah babi hutan dan menahannya sehingga pemburu dapat datang dan membunuh babi hutan itu. Kini, baka ini terutamanya digunakan sebagai anjing teman, namun buat masa ini juga diketahui digunakan sebagai anjing terapi,[93] dan bertanding dalam semua pertandingan anjing, termasuk pertunjukan pengakuran, ujian kepatuhan, program anjing warga baik, ujian penjejakan, dan pertandingan ketangkasan,[94] serta penarikan berat, perburuan, dan schutzhund (anjing perlindungan peribadi).[95]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.