From Wikipedia, the free encyclopedia
Lee Sun-ho (Hangul: 이선호; Hanja: 李先皓 ; lahir 21 Januari 1981), lebih dikenali dengan nama Andy (Hangul: 앤디 ), merupakan seorang rapper dari Korea Selatan dan ahli termuda dalam kumpulan penyanyi lelaki popular Korea Selatan, Shinhwa. Selain menyanyi rap untuk kumpulannya, beliau juga telah menceburi lakonan TV, teater muzikal dan nyanyian solo. Andy juga merupakan penerbit kepada duet Jumper dan kumpulan idol lelaki Teen Top, 100% dan UP10TION.
Andy Lee dibesarkan di kawasan lembah San Fernando di Los Angeles, California, Amerika Syarikat dan telah menjadi pelajar di Sekolah Tinggi John F. Kennedy sebelum berpindah ke Seoul. Beliau kemudian tamat sekolah tinggi di Korea Kent Foreign School di Seoul. Lee merupakan ahli kedua yang menyertai Shinhwa. Pada awalnya, beliau dirancang untuk menjadi ahli kumpulkan H.O.T. (satu lagi kumpulan penyanyi lelaki) bersama kawannya Tony An. Namun, ibu bapa Lee tidak menyokong perancangan tersebut kerana mereka merasakan beliau terlalu muda (pada waktu itu). Walaupun demikian, beliau terus tinggal dengan pengurusan H.O.T. dan diberikan penampilan untuk menyanyikan bahagian rap untuk kumpulan penyanyi perempuan S.E.S. dalam single mereka berjudul I'm Your Girl bersama Eric Mun (Mun kemudiannya menyertai Shinhwa sebagai penyanyi rap utama).
Ketika Andy semakin dewasa, kedua ibua bapanya membenarkan beliau untuk menyertai Shinhwa. Beliau meneruskan kegiatan muzik bersama Shinhwa sehingga album keempat apabila beliau berehat untuk fokus kepada pengajian di Amerika Syarikat (beliau kemudian mengaku bahawa beliau sebenarnya sedang menjaga ibunya yang amat tenat pada waktu itu). Untuk album kelima Shinhwa Perfect Man beliau kembali dan telah bersama kumpulan sejak itu. Nama Inggeris beliau yang sebenar adalah Jason, namun SM Entertainment memujuk beliau untuk menukar nama tersebut sebelum debut.[perlu rujukan]
Pada 2003, apabila ahli-ahli Shinhwa lain memulakan aktiviti solo, Lee mengejutkan semua orang dengan menceburi bidang lakonan dalam pelbagai drama, yang paling memberi impak adalah drama Lovers In Prague. Walaupun mempunyai peranan yang amat kecil dalam drama tersebut, ia meraih ramai penonton kerana peranan yang beliau bawakan amat berbeza dengan diri beliau yang sebenar; watak tersebut amat serius. Beliau mula muncul dalam drama banjun bersama bekas ahli kumpulan Fin.K.L, Lee Jin. Keduanya banyak berlakon bersama dalam pelbagai projek lain selain drama banjun, juga sebagai pasangan kekasih selama 6 bulan, lebih lama berbanding pasangan lain atau pasangan pelakon lain dalam segmen tersebut dimana mereka telah meraih populariti kerana keserasian mereka. Lee juga pernah menjadi pengacara untuk rancangan muzik Inkigayo terbitan SBS dan Goldfish terbitan MBC, tetapi pada Januari 2007, beliau terpaksa meninggalkan kedua-dua rancangan ini dalam masa 3 hari (Inkigayo SBS pada 28 Januari dan Goldfish MBC pada 31 Januari).
Pada 2007, Lee meninggalkan agensi yang menguruskan kumpulannya untuk menubuhkan syarikat beliau sendiri, ND (New Dream) Entertainment, khas untuk menguruskan aktiviti solonya. Oleh kerana Shinhwa sudah mula berehat pada waktu itu, Lee kembali berlakon pada September 2007 sebagai peranan utama dalam teater muzikal "Music In My Heart (Musim 3)", satu projek yang tidak pernah diceburi oleh ahli Shinhwa yang lain. Selepas menghabiskan persembahan untuk teater ini, Lee melancarkan single digital pertama beliau berjudul "Irrelevant [or Extraordinary] Imagination" pada 30 November 2007, satu cover dari kumpulan Rollercoaster. Dengan bantuan Park Jin Young (juga dikenali sebagai JYP; CEO JYP Entertainment) dan Yubin dari Wonder Girls, Lee mampu untuk menjayakan single tersebut. Yubin menyanyikan bahagian rap manakala JYP menulis bahgian rap untuk lagu tersebut. Dengan bantuan itu, Lee mampu untuk menarik banyak perhatian terhadap single tersebut. Dengan pelancaran single digital ini, Lee menjadi ahli Shinhwa kelima untuk pergi solo di belakang Lee Min-woo, Shin Hye-sung, Jun Jin dan Kim Dong-wan, meninggalkan Eric Mun satu-satunya ahli Shinhwa yang tidak pernah meneruskan kerjaya nyanyian solo.
Pada Mac 2008, Andy menyertai rancangan realiti We Got Married terbitan MBC dimana beliau menjadi pasangan kepada Solbi yang melakonkan kehidupan pasangan yang baru berkahwin. Solbi dan Andy secara rasminya keluar dari rancangan ini pada 5 Oktober 2008. Beliau telah aktif dalam kerjaya teater seperti memainkan peranan seorang yang berusia 19 tahun dalam teater muzikal Polaroid pada Ogos 2008 dan juga mengadakan konsert secara langsung sepanjang September hingga Oktober. Beliau juga telah menerbitkan kumpulan duet lelaki bernama Jumper dibawah syarikat beliau ND Entertainment. Mereka telah mengeluarkan dua single berjudul YES! menampilkan Eric Mun dan 눈이부셔 (Sparkling Eyes) menampilkan Kang Jiyoung dari kumpulan Kara.
Pada November 2009, Lee memulakan siri jelajah konsert Asia dengan lokasi-lokasi seperti Taipei, Tokyo dan Shanghai dan ia selesai selepas perayaan Krismas dan mengadakan sesi bertemu peminat, Andy Farewell Party-Bye For Now seminggu sebelum disenaraikan. Beliau tersenarai untuk khidmat tentera pada 11 Januari 2010 selama 21 bulan dalam khidmat aktif di Kementerian Pertahanan di Yongsan-gu, Seoul. Beliau dilepaskan secara rasmi pada 31 Oktober 2011.
Pada 2010, TOP Media, agensi kepunyaan Andy, menerbitkan kumpulan penyanyi lelaki pertama mereka bernama Teen Top.
Pada Mac 2012, Lee kembali dengan ahli-ahli Shinhwa yang lain selepas empat tahun berehat, dibawah pengurusan 'Shinhwa Company'. Ia adalah satu usahasama supaya mereka boleh bergerak sebagai satu kumpulan, dimana Eric dan Min-woo adalah CEO bersama dan ahli-ahli lain sebagai pemegang saham. Syarikat ini menguruskan aktiviti mereka sebagai kumpulan manakala aktivitit solo diuruskan oleh agensi masing-masing. Kumpulan ini melancarkan album studio kesepuluh mereka The Return pada 23 Mac 2012, melancarkan siri konsert 2012 Shinhwa Grand Tour: The Return di seluruh Asia dan rancangan hiburan eksklusif pertama mereka, Shinhwa Broadcast yang mula ditayangkan pada 17 Mac 2012 di stesen kabel JTBC.
Pada September, dibawah TOP Media, beliau melancarkan kumpulan penyanyi lelaki baru yang dianggotai seramai tujuh orang bernama 100% yang debut dengan single yang menjadi hit berjudul "Bad Guy".[1][2]
Pada November 2013, Lee telah disabitkan kesalahan perjudian haram dalam perlawanan bolasepak, dengan denda mencecah 5 juta KRW. Shinhwa melakukan permohonan maaf secara terbuka untuk kesalahan Lee pada Disember 2013 dan beliau menarik diri dari semua aktiviti, kumpulan dan solo. Sebagai sebahagian daripada tempoh berehat itu, semua rakaman Shinhwa Broadcast yang telah dibuat, telah diedit keluar. Pada Februari 2014, stesen TV Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) mengumumkan Lee telah diharamkan penampilan beliau di semua rancangan terbitan stesen TV tersebut.
Pada Oktober 2014, Lee telah diumumkan akan kembali bersama ahli kumpulannya dalam satu konsert di Cina yang ditayangkan di Inkigayo terbitan SBS pada Januari 2015. Tidak lama selepas Shinhwa mengumumkan yang mereka akan kembali dengan album penuh pada Februari 2015, MBC mengumumkan telah menarik arahan pengharaman penampilan Lee dari rancangan mereka.
Tajuk | Butiran | Kedudukan tertinggi carta | Senarai Lagu |
---|---|---|---|
KOR (RIAK) | |||
The First New Dream[3] repackaged: The First Propose[4] |
2[7] | The First New Dream
The First Propose
| |
Single Man[8] |
|
N/A[A] | Senarai Lagu
|
Tajuk | Butiran | Album |
---|---|---|
"엉뚱한 상상"[10] (Extraordinary Imagination) |
|
The First New Dream |
"사랑하면 보내야 하는건데" (If You Love Her, Then Let Her Go) |
|
dari teater muzikal Polaroid |
"사랑 하나 (네게 배운 말...)" (menampilkan Kim Dong-wan) (One Love (You Taught Me)) |
|
N/A |
"You and Me" |
|
N/A |
Tajuk | Butiran | Kedudukan tertinggi carta | Senarai Lagu |
---|---|---|---|
JPN (Oricon) | |||
The First... 6日間の小さな奇蹟 (The First... The 6 Day Miracle) |
|
186 | Senarai Lagu
|
The First ... 6일간의 작은 기적 (The First... The 6 Day Miracle) |
|
- | Senarai Lagu
|
The First Propose In Tokyo |
|
- | Senarai Lagu
|
Tahun | Tajuk | Rangkaian | Peranan | Nota |
---|---|---|---|---|
2008 | We Got Married | MBC | Ahli tetap | Andy dipasangkan dengan Sol-bi
(Musim 1, Episode 1-28) |
Andy's French Kiss | tvN | |||
2012 | Teen Top Rising 100% | SBS MTV |
Tahun | Tajuk | Butiran |
---|---|---|
2007 | Music In My Heart (Musim 3) |
|
2008 | 폴라로이드 (Polaroid)[23] |
|
Singles |
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.