From Wikipedia, the free encyclopedia
Musim pertama Andainya Takdir, siri drama televisyen Malaysia, memulakan tayangan perdananya di Slot Samarinda TV3 bermula 29 Mei 2017 dan berakhir pada 22 Jun 2017 menggantikan Menanti Februari dan digantikan oleh siaran ulangan Patahnya Sebelah Sayap.[1][2][3]
Andainya Takdir | |
---|---|
Musim 1 | |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 16 |
Keluaran | |
Rangkaian | TV3 |
Tarikh siaran | 29 Mei – 22 Jun 2017 |
Kronologi musim |
Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahaya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.
Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?
Episod 1 (Pertama): 29 Mei 2017
Episod 2: 30 Mei 2017
Episod 3: 31 Mei 2017
Episod 4: 1 Jun 2017
Episod 5: 5 Jun 2017
Episod 6: 6 Jun 2017
Episod 7: 7 Jun 2017
Episod 8: 8 Jun 2017
Episod 9: 12 Jun 2017
Episod 10: 13 Jun 2017
Episod 11: 14 Jun 2017
Episod 12: 15 Jun 2017
Episod 13: 19 Jun 2017
Episod 14: 20 Jun 2017
Episod 15: 21 Jun 2017
Episod 16 (Akhir): 22 Jun 2017
Musim pertama drama ini menjadi kejayaan komersial apabila ia menjadi sohor kini di media sosial dan mencatatkan penarafan sebanyak 10 juta penonton.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.