An Yu-jin

From Wikipedia, the free encyclopedia

An Yu-jin

An Yu-jin ( Korea: 안유진  ; lahir 1 September 2003), lebih dikenali secara mononim sebagai Yujin, ialah seorang penyanyi Korea Selatan. Dia merupakan ketua kumpulan gadis Korea Selatan Ive di bawah syarikat rakaman Starship Entertainment . [2] Yujin menjadi terkenal selepas mendapat tempat kelima dalam rancangan survival kumpulan gadis milik Mnet iaitu Produce 48, yang membolehkan dia membuat penampilan sulung sebagai ahli kumpulan gadis Iz*One yang aktif dari tahun 2018 sehingga 2021.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
An Yu-jin
Thumb
An pada 2018
Kelahiran (2003-09-01) 1 September 2003 (umur 21)[1]
Daejeon, Korea Selatan
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • hos
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakaman
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanAn Yu-jin
McCune–ReischauerAn Yuchin
Tandatangan
Thumb
Tutup

Kehidupan awal

An dilahirkan pada 1 September 2003. Dia menghadiri Sekolah Seni Persembahan Seoul . Off the Record mendedahkan pada tahun 2019 bahawa dia telah berhenti sekolah untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kehidupannya sebagai penyanyi idola dan aktiviti Iz*One serta dia akan bersekolah di rumah. [3]

Kerjaya

2018–sekarang: Produce 48, Iz*One, aktiviti solo

Thumb
An semasa persembahan di IZ*ONE debut show-con

Dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2018, An mewakili Starship Entertainment bersama Jang Won-young dan Cho Ka-hyeon dalam rancangan survival kumpulan gadis realiti Produce 48 . Dia akhirnya menduduki tempat kelima dan memulakan kerjaya dengan Iz*One . Album Extended play (EP) Color*Iz yang sulung telah dikeluarkan pada 29 Oktober 2018, dengan "La Vie en Rose" sebagai single utamanya. [4] [5] [6]

Beberapa bulan selepas penampilan sulungnya bersama Iz*One, An menyertai pertandingan nyanyian, King of Mask Singer. Dia adalah pesaing termuda dalam sejarah rancangan itu (15 tahun dan 99 hari). [7] [8] Sehingga 11 Disember 2020, dia masih merupakan peserta wanita termuda.

An telah diumumkan menjadi ahli tetap untuk rancangan My Little Television V2 MBC, bersama Kim Gu-ra . [9] [10] Bagaimanapun, dia telah dikeluarkan daripada rancangan itu bermula dari episod ke-34 kerana siasatan manipulasi undian Mnet . [11] [12] [13]

Sejak 2021, An telah menjadi pengacara Inkigayo bersama Sungchan NCT dan Jihoon Treasure . [14]

Selepas Iz*One dibubarkan pada April 2021, dia dan rakan sekumpulan Wonyoung kembali menjadi pelatih di Starship.

Pada 1 November 2021, Starship Entertainment mengumumkan bahawa An dan Wonyoung akan debut dalam kumpulan gadis baharu mereka Ive pada 1 Disember 2021. Kumpulan tersebutadalah kumpulan pertama mereka sejak Cravity pada April 2020 dan kumpulan gadis pertama mereka sejak WJSN pada Februari 2016. An, bersama-sama dengan Wonyoung, menjadi dua ahli pertama yang didedahkan kepada kumpulan itu. [2]Berikutan itu, kumpulan Ive memulakan kerjaya mereka dengan album single pertama mereka, Eleven.

Pengendorsan

An telah muncul sebagai pelakon dalam pelbagai iklan dan video muzik, terutamanya dalam iklan Acuvue Vita. [15] [16]

Diskografi

Filemografi

Rancangan televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Nota Ruj.
2018 Produce 48 Peserta Selesai di tempat ke-5 [17]
King of Mask Singer sebagai Icicle (Episod 181) [18] [19]
2019 My Little Television V2 Ahli [20]
2021 King of Mask Singer Peserta sebagai Olivia Hussey (Episod 333-334) [21] [22] [23]
2022 Steel Troops Ahli panel Musim ke-2 [24]
Earth Arcade Ahli [25]
Tutup

Pengacaraan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Nota Ruj.
2021–2022 Inkigayo bersama Jihoon, Sungchan [14]
2022 Dream Concert ke-28 bersama Doyoung [26]
Tutup

Nota

  1. As a member of Iz*One only.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.