From Wikipedia, the free encyclopedia
Always ialah album mini kedua bagi kumpulan muzik lelaki Korea Selatan, BIGBANG. Album mini ini dikeluarkan pada 16 Ogos 2007 oleh syarikat YG Entertainment,[1] lapan bulan setelah pelancaran album studio pertama kumpulan, Bigbang Vol.1 (2022). Always ini terdiri daripada enam buah runut, dengan lagu "거짓말" (Tipu) dijadikan sebagai single utama.[2]
Always | ||||
---|---|---|---|---|
Album mini oleh | ||||
Dilancarkan pada | 16 Ogos 2007 | |||
Dirakamkan pada | 2007 | |||
Tempat | Korea Selatan | |||
Genre | K-pop, hip hop dan R&B kontemporari | |||
Bahasa | Bahasa Korea | |||
Syarikat | YG Entertainment | |||
Penerbit | Brave Brothers (en) dan Teddy Park | |||
Kronologi keseluruhan album BIGBANG | ||||
| ||||
Single daripada Always | ||||
| ||||
Video muzik | ||||
"거짓말" di YouTube "Always" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Secara komersial, album ini mencatat prapesanan sebanyak 30 ribu salinan[3] dan terjual melebihi 55 ribu pada penghujung Oktober 2007.[4]
Album Always menandakan beberapa perubahan bagi kumpulan muzik BIGBANG. Walaupun mereka sebelum ini terlibat secara sendiri dengan penulisan dan penggubahan, kumpulan tersebut membawa kawalan yang lebih kreatif terhadap muzik mereka, beralih daripada hip-hop dan R&B kepada muzik tarian elektronik.[5] Anggota G-Dragon menggubah dan menulis untuk kebanyakan runut termasuklah single utamanya, "거짓말" (Tipu).[3] Beliau pada asalnya menulis lagu itu untuk album solonya, tetapi pihak syarikat memutuskan bahawa lagu itu lebih sesuai untuk kumpulan.[6]
Senarai runut Always | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "우린 빅뱅" "Kami BIGBANG" (Intro) | BIGBANG | Perry | Perry | 1:36 | |||||
2. | "거짓말" "Tipu" | G-Dragon | G-Dragon | Brave Brothers | 3:49 | |||||
3. | "없는 번호" "Tanpa Nombor" | Yang Hyun-suk |
| Brave Brothers | 3:37 | |||||
4. | "아무렇지 않은 척" "Berpura-pura Tiada yang Salah" (solo T.O.P) (menampilkan Jieun) | T.O.P |
| Brave Brothers | 3:55 | |||||
5. | "Oh Ma Baby" "Oh Sayangku" | G-Dragon |
| Brave Brothers | 3:51 | |||||
6. | "Always" "Sentiasa" |
|
| Teddy | 3:53 | |||||
Jumlah masa: 20:41 |
Carta mingguan
Carta tahunan
|
Carta bulanan
|
Wilayah | Tarikh | Format | Syarikat |
---|---|---|---|
Korea Selatan | 16 Ogos 2007 | YG Entertainment | |
Pelbagai | |||
Jepun | 4 September 2008 | CD[11][12] |
|