lagu negeri Kedah From Wikipedia, the free encyclopedia
'Allah Selamatkan Sultan Mahkota'[1] merupakan lagu rasmi bagi negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Lagu kebesaran ini mula dimainkan secara rasmi pada tarikh 22 Mac 1937 (bersamaan dengan 9 Muharam 1356) setelah mendapat lulusan secara rasmi oleh kerajaan negeri. Sebelum 22 Mac 1937, tiada lagu khas yang dimainkan di majlis-majlis rasmi selain daripada permainan nobat.
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. (April 2023) |
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Lirik lagu ini ditulis oleh Tun Abdullah Syed Hussain Shahabuddin, seorang bekas Pegawai Tadbir Negeri. Lagunya pula disusun oleh J. A. Redhill (Reutenberg atau Roeytenberg) yang merupakan Ketua Pancaragam Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur berketurunan Yahudi Rusia. Liriknya yang ringkas tetapi padat antara lain mendoakan lanjutan usia Sultan Kedah sebagai ketua agama terkandung di dalam empat baris dengan empat perkataan pada sebaris yang mempunyai rima akhir.[2]
Reuternberg telah diperintahkan untuk mencipta lagu negeri untuk Kedah dengan $1000 sebagai ganjaran. Dia berjaya mengarangnya dalam masa 25 minit. Rancangan untuk mewujudkannya telah dimulakan oleh Penasihat British Kedah, S.L. Jones.
Lagu tersebut telah digubah semula oleh Tunku Yakob dengan tambahan liriknya yang ditulis oleh Hj. Mohammad Sheriff, Menteri Besar ketika itu dan melodi dari J.F. Agustin pada tahun 1949.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.