From Wikipedia, the free encyclopedia
Aliaune Damala Badara Akon Thiam[3][4] atau nama pentasnya Akon (lahir 16 April 1973)[5][6] adalah seorang penyanyi, komposer, dan penerbit muzik Amerika Syarikat dalam genre hip hop dan R&B kontemporari.
Akon | |
---|---|
Kelahiran | Aliaune Damala Badara Akon Thiam 16 April 1973 |
Nama lain |
|
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1996–present |
Organisasi | Akon Lighting Africa |
Anak-anak | 6 |
Ibu bapa | Mor Thiam (father)[1][2] Kine Gueye Thiam (née Gueye, mother)[1][2] |
Anugerah | Full list |
Kerjaya muzik | |
Berasal dari | Newark, New Jersey, USA |
Genre |
|
Instrumen |
|
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | akon |
Nama Akon menaik dalam tahun 2004 selepas single "Locked Up" dari album pertama beliau Trouble. Album keduanya, Konvicted, memberinya pencalonan Grammy Award untuk lagu "Smack That". Beliau merupakan pengasas Konvict Muzik dan Kon Live Distribution. Beliau dikenali menyanyi lagu hook dan mempunyai lebih 130 tetamu undangan dan 21 lagu-lagu Billboard Hot 100.
Majalah Forbes menyenaraikan beliau dalam kedudukan ke-80 Forbes Celebrity 100 tahun 2010[7] serta tempat kelima 40 Selebriti Afrika Paling Hebat (40 Most Powerful Celebrities in Africa) tahun 2011.[8] Billboard ranked Akon No. 6 on the list of Top Digital Songs Artists of the decade.[9]
Aliaune Damala Badara Akon Thiam lahir pada 16 April 1973 di St. Louis, Missouri. Beliau anak kepada Kine Gueye, seorang penari profesional, dan Mor Thiam, seorang penggiat perkusi jazz keturunan Dogon dari Mali.[1][2] Beliau ada dibesarkan seberapa waktu di Senegal dan Union City, New Jersey[10][11][12] dalam persekitaran Islam.,[13][14][15] beliau kemudiannya menetap Newark, New Jersey.[10] Beliau tidak dapat bergaul baik dengan orang sebayanya di New Jersey pada ketika itu. Dia kekal duduk dengan seorang abangnya di Jersey City sementara ahli-ahli keluarga lainya berpindah ke Atlanta, Georgia.[16]
Ayahnya mengajarkan Akon bermain seberapa alat muzik dengan mahirnya termasuk dram, gitar and suatu gendang tradisi iaitu djembe.[10] Beliau merakamkan lagu pertama beliau, "Operations of Nature," di usia 15 tahun.
Beliau pernah dipenjarakan atas tuduhan rompakan bersenjata dan mengedar dadah, dan menggunakan masa di dalam penjara dengan menggiat muzik.
Setelah dibebaskan, Akon mula menulis dan merakam runut-runut di dalam studio rumah beliau. Pita-pita tersebut dihantarkan ke Street Records Corporation/Universal Motown Records Group, yang menerbitkan album pertama Akon, Trouble]] pada bulan Jun 2004.
Album solo pertama Akon, Trouble diedarkan pada 29 Jun 2004. Ia merangkumi lagu-lagu hit beliau "Locked Up" dan "Lonely" serta "Belly Dancer (Bananza)," "Pot Of Gold," dan "Ghetto".
Dalam tahun 2006-2007 Akon telah berjaya mengatasi semua penyanyi lain dengan adanya 11 lagu dalam Billboard Hot 100. Album kedua beliau, bertajuk Konvicted, diedarkan pada 14 November 2006.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.