From Wikipedia, the free encyclopedia
Djembe (bahasa Maninka: ߖߋ߲߰ߓߋ[1]) ialah sebuah alat perkusi yang berupa gendang yang diliputi kulit tali dan dimainkan dengan tangan, serta berasal dalam kalangan orang Mandinka dari Afrika Barat. Gendang ini mampu menghasilkan bunyi kuat meskipun berbinaan kecil.
Alat perkusi | |
---|---|
Pengelasan | Alat perkusi |
Lingkungan dimain | |
65 Hz hingga 1000 Hz |
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Terdapat persetujuan umum bahawa asal-usul djembe berkaitan dengan golongan tukang besi Mandinka bergelar Numu. Penyebaran alat ini sejajar dengan berkembangnya pengaruh Empayar Mali[2] di rantau ini merangkumi negara-negara moden Guinea, Mali, Burkina Faso, Côte d'Ivoire, Gambia dan Senegal. Alat ini juga lazim dimainkan rakyat jelata di kawasan itu berbanding alat-alat yang hanya dibenarkan sesama penglipur lara khas iaitu jeli.[3][4] Djembe hanya dikenali dalam kawasan asalnya disebabkan oleh pergerakan terhad penduduk Afrika ke luar kawasan bangsa mereka sendiri.
Badan gendang diperbuat daripada kayu keras dan muka belulang diperbuat daripada kulit kambing.
Selepas pengetatan bahagian tegaknya pada permulaan pembuatan, djembe dilaraskan dengan penghasilan putaran pada bahagian tegak untuk memendekkannya. Bukannya mencantas kulit daripada gelung atasan, tetapi pembuat gendang dapat melipat kulit supaya dapat menutup gelung atasan.
Terdapat tiga jenis bunyi yang menonjol terhasil dari pukulan djembe berdasarkan cara memukul dan tempat dipukul: bass yang bernada atau pic rendah, tone yang sederhana dan slap yang tinggi.[5] Bunyi yang dihasilkan hasil paluan djembe mampu mencapai kelantangan dan tekanan bunyi setinggi lebih 105 desibel.[6] Seorang pemain yang pakar mampu menggabungkan dan mengolahkan bunyi berdasarkan teknik pukulan sehingga menghasilkan sebanyak 25 bunyi gabungan lalu boleh menghasilkan rentak yang rumit seakan dimainkan lebih dari satu gendang; hal ini hanya dilakukan untuk memberi kesan khas (djembe kan ߖߋ߲߰ߓߋ ߞߊ߲ "bunyi djembe") dalam sesebuah persembahan solo.
Secara tradisi, djembe menjadi sebahagian daripada kumpulan muzik dengan beberapa djeme lain dan 1 atau lebih banyak dunun. Secara tradisinya dan pada masa kini, seseorang di Afrika perlu menghabiskan banyak tahun bersama dengan pakarnya dalam upacara dan perayaan lain sebelum menjadi djembefola (ߖߋ߲߰ߓߋߝߐߟߊ) sebenar.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.